Volume Weighted Average Price (VWAP)

Volume Weighted Average Price (VWAP) ialah satu alat analisa teknikal yang digunakan untuk mengukur harga purata diberatkan (average price weighted) dengan volum. VWAP selalunya digunakan dengan carta intrahari sebagai satu cara menentukan arah umum harga intrahari. Ia adalah sama dengan satu moving average di mana apabila harga di atas VWAP, harga sedang menaik dan apabila harga di bawah VWAP, harga sedang menurun. VWAP selalunya digunakan oleh penganalisa teknikal untuk mengenalpasti arah aliran pasaran.

Pengiraan

ada lima langkah dalam mengira VWAP:

  1. Kira Harga Biasa (Typical Price) untuk tempoh.
    [(High + Low + Close)/3)]
  2. Darabkan Harga Biasa dengan tempoh Volum.
    (Typical Price x Volume)
  3. Cipta satu Jumlah Kumulatif untuk Harga Biasa (Cumulative Total of Typical Price).
    Cumulative(Typical Price x Volume)
  4. Cipta satu Jumlah Kumulatif untuk Volum (Cumulative Total of Volume).
    Cumulative(Volume)
  5. Bahagikan Jumlah Kumulatif (Cumulative Totals).
    VWAP = Cumulative(Typical Price x Volume) / Cumulative(Volume)

Asas

Penunjuk Volume Weighted Average Price adalah sama dengan satu moving average di mana apabila harga bergerak naik, mereka adalah di atas garisan penunjuk dan apabila mereka bergerak turun, mereka adalah di bawah garisan penunjuk. Perlu diingat, seperti satu moving average, VWAP juga boleh mengalami lag. Lag adalah wujud di dalam penunjuk kerana pengiraannya untuk satu purata adalah menggunakan data yang telah berlalu.

VWAP boleh digunakan dalam banyak rangka masa: intrahari (saat, minit, jam), minggu, bulan, tahun, dekad, abad. Sebagai contoh, jika anda memilih satu selang mingguan, jumlah nilai-nilai yang dikumpulkan bermula dari hari dagangan pertama setiap minggu. 

Apa yang perlu diperhatikan

Pengesanan Arah Aliran (Trend Identification)

Pengesanan arah aliran adalah satu kebaikan terbesar dalam menggunakan penunjuk Volume Weighted Average Price. Penggunaanya sangat mudah tetapi boleh menjadi sangat berguna apabila digunakan untuk mengesahkan isyarat dagangan.

Arah aliran bulis dikategorikan sebagai harga didagangkan di atas VWAP.

Arah aliran bearis dikategorikan sebagai harga didagangkan di bawah VWAP. 

Pasaran ke sisi (Sideways Market) dikategorikan sebagai harga didagangkan di atas dan bawah VWAP.

Kesimpulan

Volume Weighted Average Price adalah satu penunjuk yang menarik kerana tidak seperti alat-alat analisa teknikal lain, ia sangat sesuai untuk analisis intrahari. Ia merupakan satu cara berkesan untuk mengenalpasti arah aliran yang terbentuk dalam satu tempoh intrahari. Apabila harga di atas VWAP, arah aliran sedang menaik dan jika di bawah VWAP, arah aliran sedang menurun. Namun ia juga ada kelemahan. Walaupun ia selalunya digunakan untuk satu keadaan intrahari, ada satu lag yang besar di antara penunjuk dan harga. Penunjuk mula melakukan pengiraan pada harga buka dan berhenti mengira pada harga tutup. Disebabkan itu, untuk satu carta yang menggunakan satu rangka masa yang pendek (cth. 1 minit), ada beberapa ratus tempoh dalam satu hari tunggal itu. Semakin dekat ia kepada penutup hari, semakin tinggi lag untuk penunjuk. Ini adalah kebiasaan untuk mana-mana penunjuk yang mengira satu purata menggunakan data yang lepas.

Input

Sembunyi VWAP pada 1H atau Lebih Tinggi

Jika dipilih, VWAP hanya akan dipaparkan pada rangka masa intrahari. Ini berguna dengan 'Sesi' Tempoh Sauh kerana VWAP adalah logik hanya apabila Tempoh Sauh adalah lebih tinggi daripada rangka masa carta.

Tempoh Sauh (Anchor Period)

Tempoh pengiraan penunjuk. Tetapan ini menentukan Sauh, seperti sekerap mana pengiraan VWAP akan diset semua. Untuk VWAP berfungsi dengan baik, setiap tempoh VWAP hendaklah mengandungi beberapa bar di dalamnya, supaya contohnya menetapkan Sauh kepada 'Sesi' dan rangka masa kepada '1H' adalah tidak berguna kerana penunjuk akan diset semula pada setiap bar. 

Nilai mungkin: Sesi, Minggu, Bulan, Suku Tahunan, Tahun, Dekad, Abad, Perolehan (diset semula semasa perolehan), Dividen (diset semula semasa dividen), Pecahan (diset semula semasa pecahan).

Sumber

Sumber untuk pengiraan VWAP. Secara tradisinya, nilai purata bar adalah digunakan sebagai sumber. Secara lalai, sumber adalah hlc3, tetapi hl2 juga merupakan pilihan biasa yang lain.

Ofset

Menukar nombor ini akan menggerakkan VWAP sama ada Ke Depan atau Ke Belakang, relatif kepada pasaran terkini, Sifar adalah lalai.

Mod Pengiraan Jalur (Bands Calculation mode)

Menentukan unit yang digunakan untuk mengira jarak jalur. Apabila 'Peratusan' dipilih, satu pengganda 1 bermaksud 1%.

Pengganda Jalur #1-3

Jika dipilih, penunjuk akan mengira Sisihan Piawai untuk semua nilai VWAP dari sauh terakhir. Jalur Sisihan Piawai akan digandakan dengan nilai yang sepadan sebelum diplotkan pada carta.

Rangka Masa (Timeframe)

Menetapkan rangka masa di mana penunjuk dikira. Pilihan ini membenarkan pengiraan VWAP berdasarkan kepada satu data dari rangka masa lain, cth, VWAP dikira pada carta 1J akan dipaparkan pada satu carta 5m. 

Tunggu rangka masa menutup

Menentukan kelakuan apabila rangka masa penunjuk adalah lebih tinggi daripada rangka masa carta. Apabila 'Tunggu rangka masa menutup' dipilih, hanya nilai rangka masa lebih tinggi yang masuk dan disambungkan pada carta apabila rangka masa lebih tinggi selesai.

Gaya

VWAP

Boleh togol kebolehlihatan VWAP dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai semasa sebenar untuk VWAP. Juga boleh memilih warna Garisan VWAP, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Jalur Atas #1-3, Jalur Bawah #1-3 (Upper Band #1-3, Lower Band #1-3)

Boleh togol kebolehlihatan jalur sisihan piawai VWAP dan menetapkan warna dan jenis garisan.

Isian Jalur #1-3 (Bands Fill #1-3)

Boleh menukar sama ada untuk memenuhi ruangan antara jalur sisihan piawai dan menukar warna.

Ketepatan (Precision)

Menetapkan bilangan titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum pembundaran. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan ada pada nilai penunjuk.