Pengenalan kepada carta Garisan Putus

KANDUNGAN:

Apakah carta Garis putus

Garis putus adalah jenis carta Jepun yang tidak mengambil kira selang masa dan hanya memfokuskan kepada pergerakan harga, sama seperti carta Kagi dan Renko.

Carta garis putus membentuk satu siri bar menaik dan menurun (dirujuk sebagai garisan). Garis menaik mewakili harga menaik dan garis menurun mewakili harga yang jatuh. Garis disahkan baharu hanya terbentuk pada carta apabila harga tutup memecah julat yang dirangkumi oleh garis sebelum.

Anda boleh mengawal bilangan garis sebelum yang digunakan dalam pengiraan melalui input "Bilangan Garisan" dalam tetapan carta. Tetapan "Bilangan Garisan" biasa adalah 3, di mana ia bermaksud carta membentuk satu garis menaik hanya apabila harga tutup adalah di atas harga tinggi pada tiga garis akhir dan membentuk satu garis turun baharu apabila harga tutup di bawah tiga harga rendah lepas.

Jika harga semasa lebih tinggi, ia adalah garisan menaik dan jika lebih rendah, ia adalah garisan menurun. Jika harga tutup semasa adalah sama atau pergerakan dalam arah bertentangan adalah tidak cukup besar untuk memberikan amaran mengenai satu potensi balikan, tiada garis baharu akan dibentuk.

Jenis garisan

Ada empat jenis garis:

  1. Garisan menaik: Terbentuk semasa trend menaik
  2. Garisan menurun: Terbentuk semasa trend menurun
  3. Garisan unjuran menaik: Dalam satu rangka masa intrahari, satu garis menaik berpotensi akan terbentuk berdasarkan harga semasa (sebelum harga tutup sebenar ditetapkan)
  4. Garisan unjuran menurun: Dalam satu rangka masa intrahari, satu garis menurun berpotensi akan terbentuk berdasarkan harga semasa (sebelum harga tutup sebenar ditetapkan) 

Kaedah pengiraan garis

Setiap harga tutup baharu ada tiga jenis keputusan yang mungkin

  1. Garis baharu, warna sama: Apabila harga menyambung kepada arah yang sama
  2. Garis baharu, warna berbeza: Apabila harga berubah cukup besar untuk membentuk balikan (reversal)
  3. Tiada garis baharu: Apabila harga tidak berubah atau balikan tidak cukup besar untuk membuat satu garisan baharu

Pengguna menentukan nilai "Bilangan garisan". Carta membandingkan harga tutup semasa kepada nilai tinggi dan rendah dari garisan sebelum "Bilangan Garisan". Jika nilai input adalah 3, pengiraan membandingkan tutup semasa kepada tinggi dan rendah tiga garis disahkan terkini, membentuk satu garis atas atau bawah baharu hanya apabila tutup adalah di atas tinggi atau di bawah rendah. Garisan yang sesuai kemudia dilukis (atau tidak dilukis) berdasarkan kepada garis panduan atas.

Kegunaan carta garis putus

Hampir sama seperti carta Kagi dan carta Renko, carta Garis putus adalah popular kerana cara mereka menapis hingar dan melakukan pergerakan harga adalam mudah untuk difahami. Beberapa kegunaan biasa carta Garis Putus adalah mencari sokongan dan rintangan, menjumpai pecah keluar (breakout) dan menemui corak carta klasik.

Sokongan dan rintangan: Carta Garis putus menunjukkan kawasan sokongan dan rintangan.

Pecah keluar: Terjadi apabila bar mula mengeluarkan arah yang jelas selepas tempoh dagangan dalam julat dagangan sokongan dan rintangan.

Corak carta klasik: Membolehkan menjumpai corak carta klasik.

Tetapan carta garis putus

  • Bar menaik: Tukar warna dan bentuk bar menaik
  • Bar menurun: Tukar warna dan bentuk bar menurun
  • Bar unjuran menaik: Tukar warna dan bentuk bar unjuran menaik
  • Bar unjuran menurun: Tukar warna dan bentuk bar unjuran menurun

Juga baca: