Perdagangan Kerta - kefungsian utama

Perdagangan kertas, juga dikenal sebagai perdagangan simulasi, untuk memberi peluang anda berdagang dengan wang "palsu" dan berlatih membeli dan menjual sekuriti. Semuanya pada dasarnya sama seperti jika anda berniaga dengan wang sebenar, kecuali anda boleh menggunakannya untuk berdagang tanpa risiko. Sistem kami mengesan pesanan anda dan anda dapat melihat berapa Untung atau Rugi (PnL) yang ada pada akaun anda. Ini membantu anda mengukur sejauh mana prestasi anda ketiaka berniaga!

Anda boleh memulakan dengan log masuk untuk menggunakan Perdagangan Kertas. Pada awal, baki akaun anda bermula pada $100,000, yang dapat anda tetapkan semula pada bila-bila masa.

Carta dilengkapi dengan butang "beli / jual" yang membolehkan anda memasukkan pesanan dengan cepat. Anda boleh membeli sebarang aset yang benar-benar diperdagangkan.


Anda boleh menyembunyikan butang "beli / jual" dengan mengklik kanan dan mencentangnya. Butang tersembunyi dapat ditunjukkan semula dengan pergi ke Tetapan Carta dan memilih tab Perdagangan.

Cara lain untuk memasukkan pesanan adalah dengan klik kanan pada carta pada harga yang diinginkan. Pesanan kemudian dapat diubah dengan menyeretnya ke atas atau ke bawah.

Tetapan carta membolehkan anda mengkonfigurasi bagaimana pesanan dan kedudukan ditunjukkan (anak panah penempatan pesanan, garis, dll.).


Panel Dagangan berada di bahagian bawah carta. Ia mempunyai senarai kedudukan dan pesanan terbuka.

Setelah memuatkan semula carta, pesanan yang diisi, dibatalkan dan ditolak secara automatik akan dihapus.

Mengedit / menutup / membatalkan pesanan boleh dilakukan secara langsung dari carta.


Atau di Panel Pedagangan


dan


Anda boleh menetapkan semula akaun anda pada bila-bila masa. Setelah diset semula, semua sejarah pesanan dan baki akan dikembalikan ke nilai pada awalnya. Anda boleh menetapkan semula akaun anda di Tetapan Akaun.