Apakah carta Titik & Angka

KANDUNGAN:

Apakah carta titik dan angka

Carta titik dan angka adalah sejenis carta lain yang bergantung sepenuhnya pada pergerakan harga dan bukannya selang masa. Dalam keadaan ini, carta titik dan angka adalah serupa dengan carta Renko, Kagi dan garis putus.

Pada keadaan asas, carta titik dan angka adalah mengandungi lajur-lajur yang dibina dari sama ada X atau O. Lajur X mewakili harga menaik, manakala lajur O menunjukkan harga turun.

Carta titik dan angka adalah pada mulanya popular di awal 1900an, sebelum penggunaan meluas pencartaan berasaskan komputer. Mereka menawarkan cara untuk penganalisa teknikal untuk mencarta sejumlah besar carta dengan lebih efisyen. Dengan kenaikan penggunaan komputer, carta-carta ini merundum dari segi kepopularan. Akan tetapi, mereka sekarang kembali mendapat perhatian disebabkan minat dalam carta "penapisan hingar" — mereka yang memfokuskan sepenuhnya pada pergerakan harga — semakin meningkat.

X dan O yang membina setiap lajur menduduki ruangan dipanggil saiz kotak, iaitu nilai ditentukan pengguna. Apabila harga bergerak secukupnya dalam arah yang sama seperti lajur semasa, satu X atau O baharu ditambahkan. Apabila harga bergerak jauh secukupnya dalam arah bertentangan, lajur baharu bermula dengan sama ada satu X atau O (bertentangan dengan lajur sebelumnya).

Jumlah pergerakan harga yang diperlukan adalah ditentukan oleh jarak balikan, dikira dengan mendarabkan saiz kotak dengan nilai ditentukan pengguna lain: jumlah balikan. Jumlah balikan menentukan sebanyak mana kotak harga perlu bergerak untuk huruf atau lajur baharu diciptakan.

Sebagai contoh, jika saiz kotak ditetapkan kepada $1 dan jumlah balikan ditetapkan kepada 3, harga perlu bergerak $3 dalam arah bertentangan untuk mencetuskan lajur baharu.

Ada dua peraturan penting berkaitan huruf dan lajur:

  • Setiap lajur hendaklah mengandungi hanya X atau O. Anda tidak boleh mempunyai kedua-duanya dalam lajur yang sama
  • Lajur X dan O sentiasa berganti-ganti. Anda tidak akan melihat dua lajur X atau dua lajur O sebelah menyebelah

Jenis kotak

Ada empat jenis garis yang boleh muncul pada carta Titik & Angka:

  • Bar naik: Terhasil semasa kenaikan (uptrend)
  • Bar turun: Terhasil semasa penurunan (downtrend)
  • Bar diunjurkan ke atas: Mewakil pergerakan ke atas berpotensi semasa rangka masa intrahari, berdasarkan kepada harga semasa sebelum tutup
  • Bar diunjurkan ke bawah: Mewakil pergerakan ke bawah berpotensi semasa rangka masa intrahari, berdasarkan kepada harga semasa sebelum tutup

Kaedah pengiraan kotak

Ada tiga kaedah utama digunakan untuk mengira jarak balikan:

  • Average True Range (ATR): Menggunakan penunjuk ATR untuk menapis hingar atau ketidakstabilan pasaran biasa. Kaedah ini secara automatik menentukan jarak balikan yang sesuai dengan mengira ATR dari carta candlestick biasa dan menggunakan nilai tersebut
  • Tradisional: Menggunakan satu nilai mutlak yang ditentukan terdahulu oleh pengguna untuk saiz kotak dan jumlah balikan. Kotak-kotak baru hanya dicipta apabila pergerakan harga adalah lebih besar daripada jumlah balikan yang ditentukan sebelumnya. Kaedah ini ringkas dan senang, tetapi memilih saiz kotak yang betul untuk sesuatu instrumen tertentu memerlukan beberapa percubaan
  • Peratusan (LTP): Saiz kotak adalah berdasarkan kepada peratusan yang ditentukan oleh pengguna.pada harga tutup terkini. Peratusan ini dibundarkan kepada saiz tick minimum terdekat dan digunakan secara konsisten merentasi semua bar. Kaedah ini adalah tertakluk kepada penyegaran semula carta (repainting), bermaksud ia boleh bertukar secara retroaktif semasa data baharu masuk. Maklumat lebih lanjut tersedia untuk gelagat ini

Bagaimana menggunakan carta titik dan angka

Seperti carta penapisan hingar lain, carta titik dan angka adalah popular kerana mereka tidak emmasukkan masa dan pergerakan harga tidak penting yang kecil. Beberapa pedagang percaya ini menjadikannya lebih mudah untuk mengenalpasti trend dan meramalkan tindakan harga akan datang.

Garis trend: Awalnya dilukis tangan pada kertas graf, carta titik dan angka biasanya membentuk garis trend pepenjuru (selalunya 45 darjah). Garisan ini membantu pengguna mengenalpasti arah pasaran keseluruhan dan boleh digunakan bersama-sama alatan dan penunjuk lain.

Tingkatan sokongan dan rintangan: Carta-carta ini selalunya menunjukkan julat dagangan jelas kerana bar-bar terbentuk antara zon sokongan dan rintangan mendatar.

Pecah keluar (breakout): Pecah keluar terjadi apabila kotak baharu muncul dalam satu arah selepas satu tempoh tindakan harga terikat julat (range-bound). Ini menandakan potensi trend baharu.

Tetapan carta

  • Bar atas: Sesuaikan warna dan bentuk bar atas
  • Bar bawah: Sesuaikan warna dan bentuk bar atas
  • Bar atas jangkaan: Sesuaikan bentuk bar jangkaan atas
  • Bar bawah jangkaan: Sesuaikan bentuk bar jangkaan bawah
  • Sumber: pilih titik data mana (cth tutup) akan digunakan di dalam pengiraan. Tutup ialah lalai
  • Kaedah tugasan saiz kotak: Pilih antara kaedah ATR, Tradisional atau Peratusan (LTP)
  • Panjang ATR: Jika menggunakan ATR, ini akan menetapkan tempoh pandang belakang (lalai adalah 14)
  • Saiz kotak: Untuk kaedah Tradisional, ini adalah saiz kotak ditentukan pengguna
  • Jumlah balikan: Untuk kaedah Tradisional, ini menetapkan jumlah kotak harga perlu membalik sebelum lajur baharu dicipta
  • Peratusan: Untuk kaedah Peratusan (LTP), ini menetapkan peratusan harga dagangan akhir untuk menentukan saiz kotak (lalai adalah 1%)

Juga baca: