Carta Titik & Angka

Definisi

Carta Titik dan Angka adalah satu lagi contoh jenis carta yang bergantung sepenuhnya kepada pergerakan harga dan bukannya selang masa semasa penciptaan carta. Dalam cara ini, Carta Titik dan Angka adalah sama dengan Carta Renko, Kagi dan Garisan Putus. Dalam pemahaman asas untuk Carta Titik dan Angka, anda boleh memahami bahawa mereka terdiri daripada satu siri lajur yang dicipta sama ada dari X atau O. Lajur X mewakili harga yang menaik, manakala lajur O mewakili harga menurun. Carta Titik dan Angka pada mulanya popular semasa awal 1900an, sebelum kewujudan pencartaan berasaskan komputer. Mereka merupaka satu cara untuk penganalisa teknikan untuk mencartakan jumlah data yang banyak dalam masa yang singkat. Dengan peningkatan penggunaan komputer, Carta Titik dan Angka telah menjadi kurang popular. Akan tetapi, baru-baru ini, Carta Titik dan Angka sekali lagi mencapai kepopularan. Secara keseluruhan, ada satu minat baru yang muncul dalam carta-carta "saringan hingar", yang hanya memfokuskan kepada pergerakan harga.

X dan O yang membentuk setiap lajur mengambil ruang yag dipanggil Saiz Kotak. Saiz kotak ialah satu nilai yang ditentukan pengguna. Apabila harga bergerak secukupnya dalam arah yang sama dengan lajur sedia ada, satu X atau O baru akan ditambahkan kepada lajur tersebut. Apabila harga menutup agak jauh dalam arah berbeza, satu lajur baru bermula sama ada satu X atau satu O (Bertentangan dengan lajur sebelumnya). Jumlah yang harga perlu bergerak adalah ditentukan oleh jarak balikan. Nilai ini dicipta dengan mendarabkan saiz kotak dengan nilai yang ditentukan pengguna yang lain iaitu Jumlah Balikan. Jumlah balikan ialah bilangan harga bata-bata perlu digerakkan untuk melukiskan satu huruf baru atau satu lajur baru. Jadi, jika saiz kotak ditetapkan kepada 1 ($1) dan jumlah balikan ditetapkan kepada 3, harga hendaklah bergerak $3 untuk membolehkan satu huruf baru ditambahkan kepada carta.

Ada dua peraturan berkaitan huruf dan lajur.
  1. Setiap lajur hendaklah menjadi sama ada X atau O. Tidak boleh ada dua huruf dalam satu lajur.
  2. Lajur X dan O sentiasa akan bersilih ganti. Anda tidak akan nampak dua lajur X sebelah menyebelah dan sebaliknya.

Jenis kotak

Ada empat jenis garisan berbeza yang boleh dilukis di dalam Carta Titik dan Angka.

  1. Bar Atas — Terbentuk semasa satu arah aliran menaik.
  2. Bar Bawah — Terbentuk semasa satu arah aliran menurun.
  3. Bar Atas Jangkaan — Semasa satu rangka masa intrahari, satu garisan atas berpotensi yang akan terbentuk berdasarkan kepada harga semasa (sebelum harga penutup sebenar ditetapkan).
  4. Bar Bawah Jangkaan — Semasa satu rangka masa intrahari, satu garisan bawah berpotensi yang akan terbentuk berdasarkan kepada harga semasa (sebelum harga penutup sebenar ditetapkan).

Kaedah pengiraan kotak

Ada dua kaedah berbeza untuk mengira jarak balikan:

  1. Average True Range (ATR) — Menggunakan nilai-nilai yang dijana oleh penunjuk Average True Range (ATR). ATR digunakan untuk menyaring hingar normal atau ketidaktentuan satu instrumen kewangan. Kaedah ATR “secara automatiknya” menentukan satu jarak balikan yang bagus. Ia mengira nilai ATR yang mungkin dalam satu carta candlestick biasa dan menjadikan nilai ini sebagai jarak balikan.
  2. Tradisi — Menggunakan satu nilai mutlak yang ditentukan terdahulu oleh pengguna untuk saiz kotak dan jumlah balikan. Kotak-kotak baru hanya dicipta apabila pergerakan harga adalah lebih besar daripada jumlah balikan yang ditentukan sebelumnya. Kebaikan kaedah ini ialah ia ringkas dan senang untuk mengandaikan bila dan di mana kotak-kotak baru akan terbentuk. Keburukannya ialah dalam memilih saiz kotak yang betul untuk sesuatu instrumen tertentu memerlukan pengguna melakukan beberapa percubaan sebelum mendapat nilainya.

Kegunaan Carta Titik dan Angka

Seperti juga carta-carta saringan hingar yang disebut sebelum ini, Carta Titik dan Angka mula menjadi popular kerana ia tidak memfaktorkan masa atau pergerakan harga kecil yang selalunya terjadi. Penyokong-penyokong jenis carta sebegini percaya bahawa ciri-ciri ini menjadikannya lebih mudah kepada pengguna untuk mencari arah aliran dan mengandaikan pergerakan harga masa hadapan. Sebagai contoh, Carta Titik dan Angka adalah bagus untuk membayangkan garisan arah aliran, tingkatan sokongan dan rintangan dan pecah keluar.

Garisan Arah Alira — Carta Titik dan Angka secara asalnya dilukis dengan tangan di atas kertas graf. Kerana sifatnya, garisan arah aliran bersudut 45 darjah dapat terbentuk dengan sendirinya. Garisan ini adalah satu cara yang bagus untuk mengenalpasti keseluruhan arah aliran, yang berguna dengan hanya menggunakannya dan juga dengan menggunakan dengan tambahan alat atau penunjuk.

Tingkatan Sokongan dan Rintangan — selalunya, apabila menggunakan Carta Titik dan Angka, julat dagangan terbentuk apabila bar-bar dicipta di antara tingkatan sokongan dan rintangan. 

Pecah Keluar — pecah keluar terjadi apabila kotak-kotak mula menjana satu arah yang ditentukan selepas satu tempoh dagangan dalam julat dagangan terikat kepada sokongan dan rintangan.

Opsyen tertentu Carta Titik dan Angka dalam TradingView

Bar Atas — menukar warna dan bentuk Bar Atas.

Bar Bawah — menukar warna dan bentuk Bar Bawah..

Bar Atas Jangkaan — menukar warna dan bentuk Bar Jangkaan Atas.

Bar Bawah Jangkaan — menukar warna dan bentuk Bar Jangkaan Bawah.

Sumber — menentukan data apakah dari setiap tempoh akan digunakan di dalam pengiraan. Tutup ialah lalai.

Gaya — boleh memilih di antara kaedah pengiraan jarak balikan ATR dan kaedah pengiraan jarak balikan tradisi.

Panjang ATR — jika ATR ialah kaedah pengiraan yang dipilih, nilai ini akan menetapkan tempoh pandang ke belakang ATR. 14 ialah lalai.

Jumlah Balikan — jika Tradisi ialah kaedah pengiraan yang dipilih, nilai ini adalah jumlah balikan yang ditentukan pengguna.