Saya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai laporan The Commitments of Traders (COT)

Data Commitment of Traders (COT) adalah dikaitkan dengan Commodity Futures Trading Commission (CFTC), sebuah agensi persekutuan AS yang menyelia dagangan pasaran derivatif seperti niaga hadapan di AS. Data mingguannya membekalkan kepada pedagang dengan maklumat mengenai open interest untuk sesebuah aset. CFTC memantau pasaran derivatif yang didagangkan pada bursa-bursa berbeza, jadi data COT adalah tersedia untuk aset-aset yang boleh didagangkan di CBOT, CME, NYMEX, COMEX dan ICEUS.

Satu penjelasan yang lebih mendalam mengenai laporan COT boleh ditemui di laman web CFTC.

Data COT diasingkan kepada tiga laporan berbeza: Legacy, Disaggregated dan Financial. Data ini boleh diakses pada TradingView melalui empat penunjuk berbeza yang diterbitkan dari akaun rasmi TradingView. Penjelasan ringkat untuk setiap penunjuk ditunjukkan di bawah; klik pada pautan untuk membuka halaman penerbitan di mana setiap penunjuk akan dijelaskan dengan lebih mendalam.

Commitment of Traders: Total mewakili data khusus dari laporan COT Legacy. Data Total menjelaskan posisi yang dipegang oleh pelbagai pedagang: Commercial Hedgers (pedagang berdaftar dengan CFTC yang menggunakan kontrak hadapan dalam komoditi tertentu untuk lindung nilai), Large Traders (pedagang berdaftar dengan CFTC yang melindung nilai mana-mana komoditi) dan Small Traders (tidak berdaftar dengan CFTC).

Commitment of Traders: Legacy Metrics mewakili data dari laporan legasi, yang dipecahkan oleh bursa. Laporan legasi memecahkan posisi open interest yang dilaporkan kepada dua pengkelasan: pedagang bukan komersil dan komersil.

Commitment of Traders: Disaggregated Metrics mewakili data dari laporan Disaggregated. Laporan disaggregated adalah dipecahkan mengikut pertanian, petroleum and produk, gas asli dan produk, electrik dan logam dan lain-lain kontrak fizikal. Laporan Disaggregated memecah lagi posisi open interest yang dilaporkan kepada empat pengelasan: Pengeluar/Pedagang/Pemproses/Pengguna, Peniaga Swap, Duit Diuruskan dan Laporan Lain.

Commitment of Traders: Financial Metrics mewakili data dari laporan COT Financial (Pedagang dalam Hadapan Kewangan). Laporan Financial mengandungi kontrak kewangan seperti mata wang, sekuriti Perbendaharaan AS, Eurodollars, saham, VIX dan indeks komoditi Bloomberg. Di sebabkan itu, data TFF adalah terhad kepada ticker yang berkaitan dengan kewangan. Laporan TFF memecah lagi kepada posisi open interest yang dilaporkan kepada empat pengelasan: Dealer/Perantara, Pengurus Aset/Institusi, Dana Leveraj dan Laporan Lainged Funds, and Other Reportables.