Dagangan Kertas - kefungsian utama

Dagangan Kertas adalah satu pensimulasi dagangan tanpa risiko dengan tiada deposit dan wang sebenar terbabit — hanya kemahiran anda, diuji dalam keadaan hampir kepada pasaran sebenar.

Ia adalah satu cara yang terbaik untuk melaksanakan kedua-dua analisis teknikal dan asas anda dalam masa anda membina keyakinan dan mendalamkan pemahaman anda mengenai pasaran kewangan.

Dalan artikel ini, kami akan terjun ke dalam kefungsian Dagangan Kertas TradingView dan apa yang ditawarkan.

KANDUNGAN:

Apakah Dagangan Kertas

Dagangan kertas, juga dikenal sebagai perdagangan simulasi, untuk memberi peluang anda berdagang dengan wang "palsu" dan berlatih membeli dan menjual aset.

Semuanya pada dasarnya sama seperti jika anda berniaga dengan wang sebenar, kecuali anda boleh menggunakannya untuk berdagang tanpa risiko. Sistem kami mengesan pesanan anda dan anda dapat melihat berapa keuntungan dari strategi anda.

Dagangan disimulasikan adalah permulaan biasa untuk ramai pedagang. Kami membina Dagangan Kertas kami untuk anda menerokai alam dagangan dengan semua jenis carta, penunjuk, lukisan dan banyak lagi alatan lain.

Kami sentiasa menyatakan bahawa membangunkan strategi yang unik adalah penting — ia hendaklah sepadan dengan pendekatan peribadi anda, mengambil kira rintangan tekanan anda, dan berprestasi baik dengan aset yang anda mahu dagangkan.

Mengapa berdagang kertas

Sebelum merisikokan wang sebenar, apa kata anda uji dahulu strategi anda dengan Dagangan Kertas? Ini adalah cara paling selamat untuk melihat apa yang sesuai untuk anda.

Pasaran boleh menjadi sangat kompleks, dan tiada pendekatan yang sempurna untuk semua keadaan. Analisis teknikal dan asas menawarkan alatan berkuasa tetapi mereka selalunya bercanggah antara satu sama lain. Penunjuk, alatan lukisan dan metrik semuanya bertindak berlainan bergantung kepada aset dan keadaan pasaran.

Dagangan Kertas memberikan anda peluang untuk melakukan eksperimen dengan kaedah-kaedah berbeza — daripada analisis carta standard kepada penunjuk dan strategi tersuai Pine Script®  — dan lihat bagaimana idea anda berlangsung dalam senario masa nyata.

Sama ada anda berdagang harian forex, niaga hadapan, kripto atau membina portfolio saham jangka panjang, setiap kelas aset mempunyai peraturan mereka tersendiri. Berlatih dapat membantu anda mencari yang sesuai.

Untuk mengasah strategi yang berkesan adalah mengambil masa dan Dagangan Kertas adalah alat untuk membantu anda melakukan ini.

Bagaimana mengaktifkan akaun Dagangan Kertas anda

Untuk memulakan perjalanan dagangan anda, navigasi kepada Panel Dagangan terletak pada bahagian bawah Carta Super.

Di situ, anda boleh melihat broker yang tersedia dalam wilayah anda. Dagangan Kertas tersedia di mana-mana, untuk semua — anda tidak akan terlepasnya.

Klik pada ikon "Dagangan Kertas" dan klik "Sambungkan" — dan anda sudah sedia untuk dagangan simulasi.

Apakah Panel Dagangan

Terletak pada bar alat bawah, Panel Dagangan adalah kawasan di mana anda boleh mengkonfigurasikan akaun, menjejak pesanan dan posisi, dan meletakkan pesanan. Sebelum kita lompat kepada seterusnya, mari lihat maklumat yang anda boleh temui di sini.

Panel Dagangan mengandungi:

  • Pengurus akaun
  • Panel Pesanan
  • Gambarajah Depth of Market

Pengurus akaun

Di sini, anda boleh menukar tetapan akaun anda, menjejak pesanan dan posisi dan memilih paparan maklumat dalam baris Ringkasan Akaun.

Tetapan dagangan

Untuk menukar brokerj dan melaraskan tetapan dagangan anda, klik "Dagangan Kertas" dalam bahagian atas Pengurus akaun.

Dalam "Tetapan dagangan…", pilih nilai yang anda mahu paparkan pada carta anda. Cuba aktif dan nyahaktifkan "Butang Beli/jual," "Posisi," "Pesanan," dll. — cari konfigurasi yang anda paling selesa.

Dari situ, anda juga boleh mengkonfigurasikan penempatan pesanan pantas. Ciri ini membenarkan anda meletakkan pesanan pasaran beli dan jual dengan hanya satu klik. Untuk mempelajari lebih lanjut mengenai ini, anda boleh membaca bagaimana untuk berdagang di TradingView — dan cari petua lain yang boleh mempertingkatkan kebolehan dagangan anda.

Dari situ, anda juga boleh mensesuaikan baris ringkasan:

  • Baki akaun: Jumlah keseluruhan dana anda
  • Ekuiti: Jumlah keseluruhan dana anda termasuk untung dan rugi tidak direalisasikan
  • Untung dan rugi terealisasi: Menunjukkan keuntungan posisi tutup anda
  • Untung dan rugi tidak terealisasi: Menunjukkan keuntungan posisi aktif anda
  • Margin akaun: Dana digunakan untuk mengekalkan posisi buka anda
  • Dana tersedia: Dana yang anda boleh dagangkan
  • Margin pesanan: Dana diperlukan untuk melaksanakan pesanan anda

Juga, jika anda menggunakan alatan untuk analisis kuantitatif, anda boleh mengeksport data dagangan anda sebagai fail CSV.

Jika anda tidak mahu log keluar dari akaun Dagangan Kertas anda, klik "Lihat senarai broker…", untuk melihat broker yang tersedia dalam wilayah anda.

Dalam bahagian "Akaun:", anda boleh mencipta akaun baharu dan bertukar antara beberapa akaun Dagangan Kertas anda.

Tetapan akaun

Sebaik sahaja anda disambungkan kepada Dagangan Kertas, anda boleh mula meletakkan pesanan dan berdagang.

Akaun dagangan kertas anda bermula dengan $100,000 AS dalam wang maya dan leveraj prakonfigurasi untuk jenis aset berbeza:

  • Saham: 1:1
  • Niaga Hadapan: 20:1
  • Forex: 50:1
  • Kripto: 10:1
  • Lain-lain: 50:1

Akan tetapi, anda mungkin mahu melaraskan tetapan lalai akaun Dagangan Kertas anda.

Untuk melakukannya, cari butang gear berdekatan nama akaun anda.

Dari situ, anda boleh menukar:

  • Leveraj untuk beberapa jenis aset
  • Komisyen setiap kontrak untuk niaga hadapan
  • Jenis komisyen — sejenis nilai wang atau peratusan dagangan anda

Pelajari lebih mengenai bagaimana menetapkan leveraj pada Dagangan Kertas dan sesuaikan akaun anda untuk memenuhi keperluan dagangan anda.

Penetapan semula akaun

Cara lain untuk menukar tetapan akaun anda adalah dengan menetapkannya semula.

! Nota: Anda tidak boleh mengembalikan akaun yang sudah ditetapkan semula.

Dengan butang "Set semula akaun", anda boleh menukar:

  • Baki: Akaun anda dengan jumlah mata wang "palsu"
  • Mata wang: Pilih mana-mana 20+ tersedia, dari fiat ke kripto
  • Leveraj: Sebanyak mana anda boleh dagangkan dengan jenis aset-aset ini

Penetapan semula akaun juga akan memadamkan:

  • Pesanan: Setiap pesanan diletakkan, diisikan, dibatalkan, ditolak dan aktif
  • Sejarah: Kedua-dua sejarah dagangan (baki sebelum dan selepas dagangan, P&L, aset didagangkan dll.)
  • Posisi: Posisi panjang dan singkat yang dibuka

Jika anda mahu bermula semula tanpa kehilangan akaun dagangan kertas semasa anda, anda boleh mencipta beberapa akaun Dagangan Kertas. Ciri ini membenarkan anda menggunakan strategi-strategi berbeza semasa mendagangkan jenis aset berbeza dan melihat yang mana sesuai untuk anda.

Untuk membuang akaun lain anda, dalam menu tetapan akaun, klik butang tong sampah.

Bagaimana menjejak pesanan dan posisi anda

Seterusnya adalah "Posisi," "Pesanan," "Sejarah," "Sejarah akaun," dan "Jurnal dagangan."

! Nota: Tab-tab dalam Pengurus akaun adalah berbeza untuk setiap broker. Maklumat ini hanya untuk Dagangan Kertas sahaja.

  • Posisi: Memaparkan posisi aktif anda dalam semua aset untuk akaun Dagangan Kertas semasa anda
  • Pesanan: Memaparkan pesanan anda untuk akaun Dagangan Kertas semasa anda
  • Sejarah: Memaparkan maklumat mengenai semua pesanan diisikan, ditolak dan dibatalkan, termasuk margin digunakan, masa diletakkan dan ditutup dan banyak lagi
  • Sejarah akaun: Memaparkan maklumat mengenai posisi tutup anda, dengan harga masuk dan tutup, P&L direalisasikan dan banyak lagi 
  • Journal dagangan: Memaparkan maklumat bertulis mengenai pesanan anda dan masa mereka

Bagaimana untuk melakukan dagangan kertas

Pensimulasi kami bekerja dengan banyak jenis aset tersedia di TradingView — anda boleh berdagang saham, forex, kripto, komoditi dan niaga hadapan indeks dan banyak lagi.

Meletakkan dagangan melalui Panel Pesanan

Selepas anda memilih yang anda mahu berlatih, cari butang "Dagang", yang akan membuka Panel Pesanan.

Dengan Panel Pesanan, anda boleh meletakkan pesanan menerusi Tiket Pesanan atau Depth of Market.

Dalam Tiket Pesanan, anda boleh meletakkan jenis pesanan berikut:

  • Pasaran: Untuk meletakkan jenis pesanan ini, anda perlu menetapkan hanya bilangan unit yang anda mahu beli atau jual. Mereka akan dilaksanakan serta-merta pada harga pasaran terbaik. Pesanan ini selalunya akan diisikan.
  • Had: Untuk meletakkan jenis pesanan ini, anda perlu menetapkan kedua-dua bilangan unit dan harga had yang anda mahu beli atau jual pada bilangan unit aset. Ia tidak semestinya akan diisikan disebabkan kerana kekurangan kecairan pasaran
  • Henti: Juga dikenali sebagai pesanan henti pasaran, ia diletakkan dalam sistem Dagangan Kertas hanya selepas harga aset mencecah harga yang anda tetapkan. Sebelum itu, pesanan tidak akan diletakkan — ia hanya dihantar. Jika harga aset mencecah tahap henti, pesanan-pesanan ini diisikan sepenuhnya pada harga pasaran terbaik. Ia mungkin tidak dilaksanakan, kerana harga mungkin tidak mencapai tahap yang ditentukan, yang sepatutnya akan diisikan.

Meletakkan dagangan dari Carta Super

Satu daripada ciri-ciri utama TradingView adalah pendagangan carta. Ia membantu anda melakukan analisis anda dan berdagang terus dari carta serentak. Ia berfungsi dengan kedua-dua Dagangan Kertas dan broker dan bursa lain.

Untuk kekal fokus kepada analisis anda dan meletakkan pesanan semasa mencarta, lihat panduan penuh kami ini mengenai bagaimana berdagang di TradingView.

The Leap

Apabila anda telah belajar bagaimana dagangan kertas berfungsi dan merasa bersedia untuk menguji kemahiran anda, sertai The Leap — pertandingan dagangan maya kami dengan pedagang-pedagang lain dari seluruh dunia dan hadiah wang sebenar untuk direbut.

Ia membenarkan anda mengetahui keberkesanan strategi dagangan anda dan membandingkan keputusan anda dengan yang lain sambil bertarung untuk mendapatkan hadiah.

Tiada deposit awal, tiada yuran broker, tiada caj tersembunyi diperlukan untuk bertanding mendapatkan hadiah wang sebenar.

Ambil peluang menjadi salah seorang dari pemenang kami. Pastikan anda membaca peraturan The Leap sebelum bermula, kerana setiap pertandingan adalah unuk dan membenarkan dagangan aset yang berbeza.

Kesimpulan Dagangan Kertas

Dagangan kertas adalah pensimulasi dagangan tanpa risiko. Tiada yuran, tiada muslihat — tersedia untuk setiap pengguna TradingView untuk mempelajari kedua-dua pencartaan dan dagangan.

Analisis teknikal adalah satu kajian menyeluruh. yang mungkin mengambil masa untuk dipelajari. Anda mungkin perlu melaraskan strategi anda dan bukan hanya sekali. Kami mengesyorkan anda mengambil masa dan tidak terburu-buru merisikokan wang tunai anda.

Terokai panduan-panduan lain kami mengenai alatan dagangan dan pencartaan dalam Pusat Pengetahuan kami untuk menjadikan dagangan anda fleksibel dan membina keyakinan anda dalam pasaran.

Sebelum terjun lebih dalam kepada dagangan dengan wang sebenar, uji kemahiran anda dalam The Leap — pertandingan dagangan seluruh dunia tanpa risiko kami.

Selepas anda mempelajari analisis teknikal dengan TradingView dan merasa lebih yakin dalam pasaran, anda boleh memilih salah satu daripada broker terbaik kami dan membawa perjalanan anda dalam alam dagangan ke tahap lebih tinggi.

Selamat berjaya dalam pasaran!

— Pasukan TradingView

Juga baca: