Garisan Arah Aliran
Aplikasi
Alatan lukisan Garisan Arah Aliran mempunyai beberapa aplikasi yang berguna. Ia selalunya digunakan untuk melukis secara manual garisan-garisan yang menunjukkan arah aliran di dalam pasaran dan petunjuk-petunjuk yang berkaitan. Ia juga boleh digunakan sebagai anak panah (ada pilihan untuk meletakkan anak panah pada satu hujung atau kedua-dua hujung garisan) yang berguna untuk menandakan titik-titik minat. Untuk melukis garisan arah aliran pada 45 darjah, sentiasa tekan kekunci Shift semasa melukis.
Gaya
Di dalam dialog sifat Gaya, ia adalah dibolehkan untuk menukar rupa bentuk satu Garisan Arah Aliran:
garisan
Menetapkan warna, kelegapan, ketebalan dan gaya garisan arah aliran. Menu lungsur turun kedua mengandungi pilihan-pilihan untuk menetapkan gaya garisan dan memanjangkan satu atau kedua-dua penamat garisan ke infiniti. Juga, dalam dua menu lungsur turun terakhir untuk Garisan, satu penamat berbentuk anak panah mungkin ditetapkan dan bukannya yang normal untuk penamat kanan atau kiri garisan:
titik tengah
Togol kebolehlihatan untuk titik tengah garisan arah aliran.
label harga
Togol kebolehlihatan nilai harga untuk dua titik garisan arah aliran pada paksi harga
STATistik
Kotak semak Julat harga, Perubahan peratusan, Perubahan dalam pip, Julat bar, Julat tarikh/masa, Jarak, Sudut membenarkan untuk memaparkan label dengan maklumat yang sesuai di sebelah garisan arah aliran pada carta.
Posisi untuk label ini hendaklah dipilih dalam menu lungsur turun Posisi statistik.
julat harga
Togol kebolehlihatan teks memaparkan julat harga antara dua titik garisan arah aliran .
Perubahan peratusan
Togol kebolehlihatan teks memaparkan perubahan peratusan dalam harga antara dua titik garisan arah aliran.
perubahan dalam pip
Togol kebolehlihatan teks memaparkan perubahan harga antara dua titik garisan arah aliran dalam pip.
JULAT BAR
Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan bilangan bar di antara dua titik garisan arah aliran.
JULAT TARIKH/MASA
Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan julat tarikh/masa di antara dua titik garisan arah aliran.
JARAK
Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan jarak tertentu (dari segi tempoh masa) di antara dua titik garisan arah aliran.
SUDUT
Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan sudut kecerunan untuk garisan arah aliran (dalam sudut).
SENTIASA TUNJUK STATISTIK
Jika kotak semak ini tidak dipilih, Teks Statistik akan muncul di sisi hanya apabila garisan arah aliran dipilih dengan klik tetikus.
Teks
Dalam dialog sifat Teks, adalah dibolehkan menukar format teks.
Apabila kotak semak Teks aktif, teks boleh dimasukkan dalam kotak teks untuk dipaparkan di sebelah garisan arah aliran. Anda boleh menukar warna teks dan saiz fon. Anda juga boleh memilih untuk menebalkan dan/atau memiringkan teks. Pelarasan lungsur turun Teks membenarkan untuk menetapkan posisi teks sepanjang garisan arah aliran.
Anda boleh mengedit teks untuk garisan arah aliran terus pada carta – hanya perlu klik pada ruangan teks dan taip.
Koordinat
Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik akhir garisan arah aliran pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar):
HARGA 1
Membenarkan penempatan tepat titik pertama garisan arah aliran (Harga 1) menggunakan satu nombor bar dan harga.
HARGA 2
Membenarkan penempatan tepat titik kedua garisan arah aliran (Harga 2) menggunakan satu nombor bar dan harga.
Kebolehlihatan
Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh menukar untuk memaparkan garisan arah aliran di atas carta pada rangka masa berbeza:
Pemberitahuan
Ia adalah dibolehkan untuk menetapkan satu pemberitahuan untuk mendapat notifikasi mengenai satu siri yang merentasi garisan arah aliran pada carta. Gunakan ikon jam dalam bar alat terapung atau klik kanan menu pada garisan arah aliran itu sendiri.
Kemudian pilih satu keadaan, berkala dan kaedah notifikasi yang disukai, edit mesej notifikasi jika anda mahu dan tekan Cipta: