Garisan Arah Aliran
Aplikasi
Alatan lukisan Garisan Arah Aliran mempunyai beberapa aplikasi yang berguna. Ia selalunya digunakan untuk melukis secara manual garisan-garisan yang menunjukkan arah aliran di dalam pasaran dan petunjuk-petunjuk yang berkaitan. Ia juga boleh digunakan sebagai anak panah (ada pilihan untuk meletakkan anak panah pada satu hujung atau kedua-dua hujung garisan) yang berguna untuk menandakan titik-titik minat. Untuk melukis garisan arah aliran pada 45 darjah, sentiasa tekan kekunci Shift semasa melukis.
Gaya
Di dalam dialog pemilikan Gaya, ia adalah dibolehkan untuk menukar rupa bentuk satu Garisan Arah Aliran:
Garisan
Menetapkan warna, kelegapan, ketebalan dan gaya untuk satu-satu garisan arah aliran. Menu jatuh-turun mengandungi pilihan-pilihan untuk menetapkan gaya garisan dan memanjangkan satu atau kedua-dua hujung garisan kepada infiniti. Juga, di dalam dua jatuh-turun terakhir untuk Garisan, satu penghujung berbentuk anak panah boleh ditetapkan selain daripada menggunakan yang normal untuk penghujung kira dan kanan garisan.
tunjuk titik tengah
Togolkan kebolehlihatan untuk titik tengah garisan arah aliran.
Teks
Kotak semak Tunjukkan Julat Harga, Julat Bar, Julat Tarikh/Masa, Tunjuk Jarak, Tunjuk Sudut membolehkan teks dipaparkan dengan maklumat berhubungan di tepi Garisan Arah Aliran pada carta. Menu jatuh-turun Statistic Warna Teks membenarkan pertukaran warna, jenis fon dan saiz fon untuk teks ini. Posisi teks ini hendaklah dipilih di menu jatuh-turun Posisi Statistik.
tunjuk julat harga
Togolkan kebolehlihatan untuk teks yang menunjukkan julat harga (mutlak, nilai peratusan dan tanda) di antara dua titik garisan arah aliran.
TUNJUK JULAT BAR
Togolkan kebolehlihatan untuk teks yang menunjukkan bilangan bar di antara dua titik garisan arah aliran.
tunjuk julat tarikh/masa
Togolkan kebolehlihatan untuk teks yang menunjukkan julat tarikh/masa di antara dua titik garisan arah aliran.
tunjuk jarak
Togolkan kebolehlihatan untuk teks yang menunjukkan jarak tertentu (dalam terma tempoh) di antara dua titik garisan arah aliran.
tunjuk sudut
Togolkan kebolehlihatan untuk teks yang menunjukkan kecondongan sudut untuk satu garisan arah aliran (dalam darjah)
selalu tunjuk statistik
Jika kotak semak ini tidak dipilih, Teks Statistik akan muncul disebelah hanya apabila Garisan Arah Aliran dipilih dengan mengklik tetikus.
Koordinat
Di dalam dialog pemilikan Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik akhir Garisan Arah Aliran pada skala harga (dengan menetapka harga) dan skala masa (dengan menetapkan nombor bar):
harga 1
Membenarkan penempatan tepat titik pertama garisan arah aliran (Harga 1) menggunakan bar nombor dan harga.
harga 2
Membenarkan penempatan tepat titik kedua garisan arah aliran (Harga 2) menggunakan bar nombor dan harga.
Kebolehlihatan
Didalam dialog pemilikan kebolehlihatan, anda boleh menukar paparan Garisan Arah Aliran pada carta pada rangka masa berbeza:
Kemudian pilih satu keadaan, keberkalaan dan kaedah yang digemari untuk notifikasi dan tekan Cipta: