Sinaran

Aplikasi

Sinaran ialah sama dengan Sinar Mendatar kecuali ia boleh berorentasikan dalam apa-apa arah. Titik pertama untuk satu sinaran menentukan permulaannya, dan titik kedua menentukan arahnya. Untuk melukisnya, letakkan titik permulaan pada mana-mana lokasi pada carta dan titik kedua ialah arah yang diingini. Sinaran ini akan memanjang ke arah itu tanpa had.

Gaya

Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk Sinaran:

garisan

Menetapkan warna, kelegapan, ketebalan dan gaya satu Sinaran. Juga, dalam dua menu lungsur turun terakhir untuk Garisan, satu penamat berbentuk anak panah mungkin ditetapkan dan bukannya yang normal untuk penamat kanan atau kiri sinaran:

titik tengah

Togol kebolehlihatan untuk titik tengah di antara titik-titik awalan sinaran arah aliran.

label harga

Togol kebolehlihatan nilai harga untuk dua titik sinaran pada paksi harga

STATistik

Kotak semak Julat harga, Perubahan peratusan, Perubahan dalam pip, Julat bar, Julat tarikh/masa, Jarak, Sudut membenarkan untuk memaparkan label dengan maklumat yang sesuai di sebelah sinaran pada carta.

Posisi untuk label ini hendaklah dipilih dalam menu lungsur turun Posisi statistik.

julat harga

Togol kebolehlihatan teks memaparkan julat harga antara dua titik awal sinaran.

Perubahan peratusan

Togol kebolehlihatan teks memaparkan perubahan peratusan dalam harga antara dua titik awal sinaran.

perubahan dalam pip

Togol kebolehlihatan teks memaparkan perubahan harga antara dua titik awal sinaran dalam pip.

JULAT BAR

Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan bilangan bar di antara ddua titik awal sinaran.

JULAT TARIKH/MASA

Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan julat tarikh/masa di antara dua titik awal sinaran.

JARAK

Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan jarak tertentu (dari segi tempoh masa) di antara dua titik awal sinaran.

SUDUT

Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan sudut kecerunan untuk sinaran (dalam sudut).

SENTIASA TUNJUK STATISTIK

Jika kotak semak ini tidak dipilih, Teks Statistik akan muncul di sisi hanya apabila sinaran dipilih dengan klik tetikus.

Teks

Dalam dialog sifat Teks, adalah dibolehkan menukar format teks.

Apabila kotak semak Teks aktif, teks boleh dimasukkan dalam kotak teks untuk dipaparkan di sebelah sinaran. Anda boleh menukar warna teks dan saiz fon. Anda juga boleh memilih untuk menebalkan dan/atau memiringkan teks. Pelarasan lungsur turun Teks membenarkan untuk menetapkan posisi teks sepanjang sinaran.

Anda boleh mengedit teks untuk garisan dipanjangkan terus pada carta – hanya perlu klik pada ruangan teks dan taip. 

Koordinat

Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik awal garisan pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar):

HARGA 1

Membenarkan penempatan tepat titik pertama sinaran (Harga 1) menggunakan satu nombor bar dan harga.

HARGA 2

Membenarkan penempatan tepat titik kedua sinaran (Harga 2) menggunakan satu nombor bar dan harga.

Kebolehlihatan

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh menukar alat Label Harga yang dipaparkan di atas carta pada rangka masa berbeza:

Pemberitahuan

Ia adalah dibolehkan untuk menetapkan satu pemberitahuan untuk mendapat notifikasi mengenai satu siri yang merentasi sinaran pada carta. Gunakan ikon jam dalam bar alat terapung atau klik kanan menu pada sinaran itu sendiri.

Kemudian pilih satu keadaan, berkala dan kaedah notifikasi yang disukai, edit mesej notifikasi jika anda mahu dan tekan Cipta