Sinaran

Aplikasi

Sinaran ialah sama dengan Sinar Mendatar kecuali ia boleh berorentasikan dalam apa-apa arah. Titik pertama untuk satu sinaran menentukan permulaannya, dan titik kedua menentukan arahnya. Untuk melukisnya, letakkan titik permulaan pada mana-mana lokasi pada carta dan titik kedua ialah arah yang diingini. Sinaran ini akan memanjang ke arah itu tanpa had.

Gaya

Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk Sinaran:

garisan

Menetapkan warna, kelegapan, ketebalan dan gaya satu Sinaran. Menu lungsur turun kedua mengandungi pilihan-pilihan untuk menetapkan gaya garisan sinaran dan memanjangkan satu atau kedua-dua penamat garisan ke infiniti (membenarkan untuk menetapkan Sinaran dalam arah bertentangan). Juga, dalam dua menu lungsur turun terakhir untuk Garisan, satu penamat berbentuk anak panah mungkin ditetapkan dan bukannya yang normal untuk penamat kanan atau kiri sinaran:

******atas dh bt
titik tengah

Togol kebolehlihatan untuk titik tengah di antara titik-titik awalan sinaran arah aliran.

Teks

Kotak semak Tunjuk Julat Harga, Julat Bar, Julat Tarikh/Masa, Tunjuk Jarak, Tunjuk Sudut membenarkan untuk memaparkan teks dengan maklumat yang relevan di sebelah Sinaran pada satu carta. Menu lungsur turun Tunjuk Warna Teks membenarkan untuk mengubah warna, jenis fon dan saiz fon untuk teks ini. Posisi untuk teks ini adalah untuk dipilih dalam Menu lungsur turun Posisi Statistik Position.

tunjuk julat harga

Togol kebolehlihatan untuk teks memaparkan julat harga di antara titik-titik awalan sinaran arah aliran.

TUNJUK JULAT Bar

Togol kebolehlihatan untuk teks memaparkan bilangan bar di antara titik-titik awalan sinaran arah aliran.

TUNJUK JULAT tarikh/harga

Togol kebolehlihatan untuk teks memaparkan julat tarikh/masa di antara titik-titik awalan sinaran arah aliran.

TUNJUK Jarak

Togol kebolehlihatan untuk teks memaparkan jarak tertentu di antara titik-titik awalan sinaran arah aliran.

TUNJUK sudut

Togol kebolehlihatan untuk teks memaparkan sudut kecerunan untuk satu sinaran (dalam darjah).

selalu TUNJUK Statistik

Jika kotak semak ini tidak dipilih, Teks Statistik akan muncul di sebelah hanya apabila Sinaran dipilih dengan mengklik tetikus.

Koordinat

Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh tetapkan dengan tepat posisi awalan Sinaran pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar):

harga 1

Membenarkan penempatan tepat untuk titik pertama sinaran (Harga 1) menggunakan harga dan bilangan bar.

harga 2

Membenarkan penempatan tepat untuk titik kedua sinaran (Harga 2) menggunakan harga dan bilangan bar.

Kebolehlihatan

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh menukar paparan satu Sinara pada carta untuk rangka masa berbeza:

Pemberitahuan

Adalah dibolehkan untuk menetapkan satu pemberitahuan untuk mendapatkan notifikasi mengenai satu siri merentasi Sinaran pada satu carta. Gunakan ikon jam pada alat bar lukisan terapung atau dalam menu klik kanan pada Sinaran itu sendiri:

Kemudian pilih satu keadaan, perkalaan dan kaedah pemberitahuan yang diingini dan tekan Create: