Pivot Points Standard

Penunjuk teknikal Pivot Points Standard memaparkan tingkatan di mana harga boleh mencapai sokongan atau rintangan. Penunjuk Pivot Points menentukan satu tingkatan titik pangsi tunggal (P) dan beberapa tingkatan  sokongan (S) dan rintangan (R).

Input


Jenis

Menjelaskan jenis pengiraan titik pangsi (pivot). Setiap jenis titik pangsi menggunakan logik pengiraan berbeza (dijelaskan dalam bahagian Pengiraan di bawah) dan mengeluarkan bilangan tingkatannya sendiri.

Rangka Masa Pangsi

Rangka masa digunakan untuk pengiraan pangsi. Semua rangka masa tersedia adalah harian atau lebih tinggi. Sebagai contoh jika "Mingguan" dipilih, penunjuk menggunakan buka, tinggi, rendah dan tutup (OHLC) minggu sebelumnya untuk mengira tingkatan titik pangsi, dan disebabkan ini, tingkatan akan berubah sekali seminggu.

Tetapan “Automatik” memilih rangka masa pangsi berikut:

  • 1H untuk resolusi carta sehingga dan termasuk 15 min
  • 1M untuk resolusi carta lebih besar daripada 15 minit dan kurang dari 1 hari
  • 1B untuk resolusi carta dari hari 1 dan seterusnya

Bilangan Pangsi Sebelum

Menentukan sebanyak mana set pangsi untuk penunjuk paparkan. Sebagai contoh, dengan “Rangka Masa Pangsi” ditetapkan kepada “Mingguan”, nilai lalai “Bilangan Pangsi Sebelum” sebanyak 15 bermaksud penunjuk memaparkan pangsi untuk setiap daripada 15 minggu lepas.

Ambil maklum bahawa penunjuk boleh melukis tidak lebih daripada 500 garisan tanpa mengira nilai input ini.

Guna Nilai berasaskan Harian

Rangka masa lebih tinggi daripada 1H adalah dibina menggunakan data harian (sebagai contoh, tinggi mingguan adalah tinggi harian tertinggi untuk minggu itu) dan dipanggil “berasaskan harian” disebabkan ini. 

Secara lalai, tetapan ini adalah diaktifkan dan penunjuk memohon data secara terus dari rangka masa lebih tinggi yang ditentukan oleh tetapan “Rangka Masa Pangsi” (yang selalunya harian atau lebih tinggi). Dengan tetapan ini dinyahaktifkan, penunjuk membina data rangka masa lebih tinggi dari data carta.

Disebabkan itu, jika rangka masa carta adalah 1H atau lebih, tetapan ini tidak mempengaruhi pengiraan titik pangsi. Akan tetapi, data intrahari pada banyak simbol adalah satu suapan data berbeza dari data rangka masa lebih tinggi dengan nilai OHLC berbeza dan perbezaan ini boleh mempengaruhi pengiraan pangsi. Menyahaktifkan tetapan ini pada carta intrahari boleh membantu mengurangkan isu dalam beberapa kes.

Saham boleh mempunyai nilai-nilai berbeza disebabkan:

  • Set data intrahari dan harian selalunya mengandungi dagangan berbeza, menyebabkan harga berbeza.
  • Data jam dilanjutkan, jika diberikan, selalunya tidak termasuk dalam lilin harian. Disebabkan itu, Titik Pangsi dikira pada jam dilanjutkan intrahari dan yang dikira pada carta berdasarkan harian adalah sangat berbeza.

Niaga hadapan boleh mempunyai nilai berbeza disebabkan:

  • Tutup harian selalunya mewakili harga penyelesaian, yang merupakan nilai purata dan tidak semestinya harga dagangan akhir (kecuali pilihan "Guna penyelesaian sebagai tutup" dinyahaktifkan secara eksplisit). Pada rangka masa intrahari, harga akhir sesi adalah harga dagangan akhir.
  • Lilin harian menggunakan Jam Dagangan Elektronik, manakala carta intrahari mungkin membenarkan pertukaran antara sesi-sesi berbezaay charts might allow switching between different sessions.

Kelebihan mempunyai pilihan “Guna Nilai berasaskan Harian” diaktifkan adalah nilai pangsi kekal konsisten antara rangka masa intrahari dan lebih tinggi. Akan tetapi, dalam beberapa kes anda mungkin mahu menyahaktifkannya:

  • Untuk memasukkan data Jam Dagangan Dilanjutkan untuk saham seperti AAPL, nyahaktifkan tetapan— data jam dilanjutkan wujud hanya pada rangka masa intrahari dan pengiraan berdasarkan hari tidak mengandunginya.
  • Untuk memasukkan data Jam Dagangan Biasa pada hadapan ES1!, nyahaktifkan tetapan — data harian sentiasa berasaskan kepada sesi Jam Dagangan Dilanjutkan.
  • Untuk mengira Titik Pangsi pada AAPL atau ES1! dan memastikan pangsi dipaparkan pada carta 1jam anda dan pangsi pada carta 1 hari mempunyai nilai yang sama, aktifkan pilihan ini. Sebaliknya, pangsi dikira pada set data 1 jam, yang berbeza dari set data 1 hari dan keputusan juga akan jadi berbeza.

Nota: Untuk semua simbol, bilangan bar untuk data intrahari tersedia pada carta adalah dihadkan kepada langganan anda, manakala data harian selalunya ditunjukkan secara penuh tanpa mengira pelan anda. Jika anda menggunakan rangka masa kecil pada carta (sebagai contoh, 1 minit) dan rangka masa lebih besar sebagai Rangka Masa Pangsi (sebagai contoh, Tahunan), carta anda hanya ada beberapa bulan data 1 minit — tidak cukup untuk memadankan dengan rangka masa lebih tinggi. Dalam kes ini, penunjuk memulangkan ralat, meminta anda menukar tetapan ini untuk memastikan penunjuk mempunyai data yang cukup untuk mengira pangsi.

Tunjuk Label/Harga

Menentukan sama ada untuk menunjukkan label ("P", "R1", "S1" dll.) dan harga berkaitan dengannya di sebelah garisan pangsi.

Posisi Label

Menentukan sama ada untuk memaparkan label dan harga ke kiri atau kanan garis pangsi.

Lebar Garis

Menentukan lebar garisan pivot.

P, S1, R1 dll.

Menentukan sama ada untuk melukis garisan sokongan dan rintangan tertentu dan menetapkan warna mereka. Ambil maklum bahawa bukan semua jenis pangsi mengandungi keseluruhan set garisan: sebagai contoh, hanya pangsi Traditional dan Camarilla mengira garisan S5 dan R5; jenis pangsi lain tidak memaparkan mereka walaupun jika input P5 dan S5 dimasukkan.

Pengiraan

Nilai pangsi, rintangan dan sokongan dikira dalam cara berbeza bergantung kepada jenis titik pangsi ditetapkan dalam input “Jenis”.

Jenis

Penunjuk Titik Pangsi Standard menggunakan jenis pangsi berikut:

  • Traditional
  • Fibonacci
  • Woodie
  • Classic
  • DM
  • Camarilla

Formula pengiraan untuk setiap jenis diberikan di bawah. Nilai "semasa" dan "sebelum" merujuk kepada bar semasa dan sebelum untuk rangka masa dipilih dalam pilihan “Rangka Masa "Pangsi”.

Traditional
P = (prevHigh + prevLow + prevClose) / 3
R1 = P * 2 - prevLow
S1 = P * 2 - prevHigh
R2 = P + (prevHigh - prevLow)
S2 = P - (prevHigh - prevLow)
R3 = P * 2 + (prevHigh - 2 * prevLow)
S3 = P * 2 - (2 * prevHigh - prevLow)
R4 = P * 3 + (prevHigh - 3 * prevLow)
S4 = P * 3 - (3 * prevHigh - prevLow)
R5 = P * 4 + (prevHigh - 4 * prevLow)
S5 = P * 4 - (4 * prevHigh - prevLow)
Fibonacci
P = (prevHigh + prevLow + prevClose) / 3
R1 = P + 0.382 * (prevHigh - prevLow)
S1 = P - 0.382 * (prevHigh - prevLow)
R2 = P + 0.618 * (prevHigh - prevLow)
S2 = P - 0.618 * (prevHigh - prevLow)
R3 = P + (prevHigh - prevLow)
S3 = P - (prevHigh - prevLow)
Woodie
P = (prevHigh + prevLow + 2 * currOpen) / 4
R1 = 2 * P - prevLow
S1 = 2 * P - prevHigh
R2 = P + (prevHigh - prevLow)
S2 = P - (prevHigh - prevLow)
R3 = prevHigh + 2 * (P -  prevLow)
S3 = prevLow  - 2 * (prevHigh - P)
R4 = R3 + (prevHigh - prevLow)
S4 = S3 - (prevHigh - prevLow)
Classic
P = (prevHigh + prevLow + prevClose) / 3
R1 = 2 * P - prevLow
S1 = 2 * P - prevHigh
R2 = P + (prevHigh - prevLow)
S2 = P - (prevHigh - prevLow)
R3 = P + 2 * (prevHigh - prevLow)
S3 = P - 2 * (prevHigh - prevLow)
R4 = P + 3 * (prevHigh - prevLow)
S4 = P - 3 * (prevHigh - prevLow)
DM
if prevOpen == prevClose
    X = prevHigh + prevLow + 2 * prevClose
else if prevClose >  prevOpen
    X = 2 * prevHigh + prevLow + prevClose
else
    X = 2 * prevLow + prevHigh + prevClose
P = X / 4
R1 = X / 2 - prevLow
S1 = X / 2 - prevHigh
Camarilla
P = (prevHigh + prevLow + prevClose) / 3
R1 = prevClose + 1.1 * (prevHigh - prevLow) / 12
S1 = prevClose - 1.1 * (prevHigh - prevLow) / 12
R2 = prevClose + 1.1 * (prevHigh - prevLow) / 6
S2 = prevClose - 1.1 * (prevHigh - prevLow) / 6
R3 = prevClose + 1.1 * (prevHigh - prevLow) / 4
S3 = prevClose - 1.1 * (prevHigh - prevLow) / 4
R4 = prevClose + 1.1 * (prevHigh - prevLow) / 2
S4 = prevClose - 1.1 * (prevHigh - prevLow) / 2
R5 = (prevHigh / prevLow) * prevClose
S5 = prevClose - (R5 - prevClose)