Bagaimana mengkonfigurasikan pemberitahuan webhooks
Webhook TradingView memberitahu aplikasi luaran anda apabila pemberitahuan tercetus. Daripada menyemak carta secara manual, kami boleh menghantar data secara automatik melalui permintaan HTTP POST kepada URL yang anda berikanyou provide. Ciri ini boleh diaktifkan apabila anda mencipta atau mengedit satu pemberitahuan. Tambah kepada URL yang betul untuk aplikasi anda dan kami akan menghantar satu permintaan POST sebaik sahaja pemberitahuan tercetus, dengan mesej pemberitahuan di dalam badan permintaan.
Jika mesej pemberitahuan ialah JSON yang sah, permintaan akan mengandungi pengepala jenis kandungan "application/json". Sekiranya tidak, permintaan akan menggunakan pengepala jenis kandungan "text/plain".
! Penting: Apabila mengkonfigurasikan webhook, pastikan anda tidak memasukkan maklumat sensitif seperti maklumat log masuk atau kata kunci dalam badan webhook. Menghantar data sensitif menerusi webhook boleh mendedahkannya kepada pihak tidak dikehendaki dan boleh menjadi kelemahan sekuriti. Sentiasa gunakan data yang selamat, disahkan dan disulitkan untuk melindungi maklumat anda.

Berikut adalah senarai alamat IP yang digunakan oleh TradingView untuk menghantar permintaan POST, sekiranya mereka perlu diberikan kebenaran:
- 52.89.214.238
- 34.212.75.30
- 54.218.53.128
- 52.32.178.7
Jika anda mahu menghantar satu permintaan kepada satu URL dengan satu nombor sumber (port), hanya nombor sumber (port) 80 dan 443 diterima. Permintaan untuk nombor sumber lain akan ditolak. Jika satu pelayan jauh memproses satu permintaan lebih daripada 3 saat, permintaan itu akan dibatalkan. Juga IPv6 tidak disokong untuk webhook pada masa ini.
Banyak aplikasi dan perkhidmatan dijangka akan menerima data webhook dalam format JSON dan bukan teks biasa (plain text), yang mana adalah format lalai untuk mesej pemberitahuan. Sebelum menghantar satu permintaan, sila baca dokumentasi untuk aplikasi atau perkhidmatan yang anda integrasikan dan formatkan pemberitahuan anda seperti yang diperlukan.
Sebagai contoh, Slack memerlukan satu mesej diformatkan dalam JSON dengan “teks” sebagai kekunci. Anda boleh memasukkan mesej berikut dalam kotak pemberitahuan:
{"text": "BTCUSD Greater Than 9000"}

Disebabkan mesej ialah satu JSON yang sah, TradingView akan menghantar satu permintaan dengan satu pengepala jenis kandungan "application/json". Di sini bagaimana permintaan akan kelihatan dengan menggunakan cURL:
curl -H 'Content-Type: application/json; charset=utf-8' -d '{"text": "BTCUSD Greater Than 9000"}' -X POST https://hooks.slack.com/services/T00000000/B00000000/XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Jika mesej anda adalah dalam teks biasa (plain text) (cth. mesej pemberitahuan lalai), permintaan akan menggunakan satu pengepala jenis kandungan "text/plain".

cURL:
curl -H 'Content-Type: text/plain; charset=utf-8' -d 'BTCUSD Greater Than 9000' -X POST https://webhook.site/test
Untuk perlindungan data anda, penggunaan pemberitahuan webhooks hanya dibenarkan apabila pengesahan 2 faktor diaktifkan.
Juga baca: