Bagaimanakah saya boleh menukarkan skrip v3 kepada v4?
Anda boleh menukarkan skrip v3 kepada v4 dengan menggunakan utiliti penukaran. Pertama, anda mesti membuka skrip v3 anda yang disimpan dalam editor Pine dan menekan butang "Tukar ke v4".
Jika penukaran berjaya, anda akan mendapatkan kod v4 yang ditukar dalam editor. Jika tidak anda akan menerima ralat dalam konsol di bawah editor yang menjelaskan sebab kegagalan ini. Anda mungkin melihat amaran daripada penukar dalam konsol,walaupun penukaran berjaya. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan antara syntax v3 dan v4. Kami mencadangkan supaya mengambil perhatian kepada amaran penukaran.