Apakah skrip komuniti
Bahagian Skrip Komuniti TradingView mengandungi tiga jenis skrip yang anda boleh digunakan: penunjuk, strategi dan perpustakaan. Mereka mempunyai banyak persamaan, tetapi setiap jenis skrip tertentu adalah disesuaikan kepada penggunaannya yang tersendiri.
Penunjuk
Penunjuk ialah skrip kegunaan biasa yang boleh melakukan apa-apa pengiraan yang diprogramkan oleh penulis dan memaparkannya di atas carta. Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat mudah, seperti moving average, atau sesuatu yang sangat kompleks, seperti penyaring yang memerhatikan berdozen-dozen simbols dan mencari beberapa isyarat yang berbeza. Kefungsian Pemberitahuan yang diberikan oleh penunjuk membenarkan anda untuk mendapatkan pemberitahuan apabila beberapa keadaan tertentu dipenuhi; keadaan tertentu boleh ditetapkan oleh pengguna atau penulis kepada penunjuk berkenaan.
Anda boleh menemui skrip komuniti di dalam dialog penunjuk. metrik dan strategi pada bar alat atas, atau di dalam bahagian Skrip Komuniti.
Strategi
Strategi ialah disesuaikan untuk ujian belakang, cth.,menguji satu strategi dagangan yang ada pada data sejarah untuk memeriksa daya majunya. Mereka memberikan pengguna satu gugusan fungsi yang luas untuk menggambarkan dagangan dunia nyata. Anda boleh meletakkan sendiri modal awal dan saiz posisi anda, menggambarkan komisyen dan dagangan margin, menggunakan jenis pesanan berbeza yang membenarkan anda mencipta pendakap untung/rugi dan henti dan renti mengekori, dan banyak lagi.
Strategi adalah dikira dengan menggunakan satu enjin strategi yang mencipta kemasukan dan keluaran posisi dan menunjukkan mereka di atas carta, dan untuk perincian lebih lanjut, enjin akan menggambarkan pergerakan harga bar intra untuk melaksanakan pesanan berdasarkan harga dengan betul.
Strategi juga menyokong kefungsian pemberitahuan dan dengan pemberitahuan yang ditetapkan oleh penulis skrip, mereka juga boleh mempunyai pemberitahuan yang memberikan notifikasi apabila ada satu perubahan posisi berlaku.
Anda boleh menjumpai strategi di dalam dialog penunjuk. metrik dan strategi pada bar alat atas, atau di dalam bahagian Skrip Komuniti. Untuk yang sebelumnya, strategi diberikan anotasi tambahan dengan simbol istimewa.

Sebaik sahaja dilancarkan pada satu carta, anda boleh mengakses satu parameter konfigurasi penunjuk atau strategi menggunakan kotak dialog Tetapan, yang boleh diakses daripada menu pop keluar skrip. Strategi menggunakan satu tab Sifat tambahan untuk mengkonfigurasikan parameter yang khas untuk ujian belakang, seperti modal awalan dan komisyen.
Strategi juga memaparkan kemasukan dan keluaran pada carta dengan penanda anak panah dan menunjukkan maklumat terperinci ujian belakang di dalam panel Penguji Strategi di bawah carta.

Perpustakaan
Perpustakaan ialah penerbitan yang mengandungi fungsi-fungsi yang boleh digunakan semula di dalam penunjuk Skrip Pine™, strategi, atau di dalam perpustakaan lain. Mereka berguna untuk menjelaskan fungsi-fungsi yang selalu digunakan supaya kod sumber mereka tidak perlu diisikan di dalam setiap skrip di mana mereka diperlukan. Sebaik sahaja satu perpustakaan diterbitkan, skrip-skrip lain boleh mengimportnya menerusi kata kunci `import`. Perpustakaan perlu diimportkan di dalam bentuk kod, bukan ditambahkan kepada carta secara langsung. Untuk mengakese mereka, tapis untuk perpustakaan di dalam bahagian Skrip Komuniti.
Ada tiga jenis berbeza untuk skrip diterbitkan : sumber terbuka, dilindungi atau jemputan sahaja.
! Nota: Perpustakaan selalunya diterbitkan secara sumber terbuka.Untuk lebih maklumat mengenai penerbitan skrip, rujuk kepada bahagian "Penerbitan" pada Manual Pengguna Pine.