Apakah Skrip Pine?
Skrip Pine adalah satu bahasa pengaturcaraan yang di bina oleh TradingView, digunakan untuk menulis penunjuk-penunjuk dan strategi-strategi milikan yang boleh ditambahkan kepada carta anda dan boleh digunakan di dalam analisa teknikal.
Ada satu editor istimewa di panel bawah carta anda, ianya dicipta secara khas untuk menulis dan mengedit kod. Secara tambahan, pengedit ini boleh berfungsi sebagai satu penyerlah automatik, yang direka untuk menyerlahkan pembolehubah, fungsi-fungsi dan hujung alat. Secara asasnya, ia menyerlahkan secara automatik elemen-elemen terbina dalam (pembolehubah dan fungsi) untuk bahasa dan menghantar petunjuk pada tetingkap timbul dengan informasi-informasi tambahan yang muncul apabila anda menggerakkan kursor anda di atas elemen-elemen tertentu.
Penunjuk yang telah siap boleh ditambahkan kepada carta dan disimpan untuk kegunaan lain dan untuk mengedit, atau diterbitkan pada Skrip Komuniti kami.
Bagaimana untuk bermula?
Bahan-bahan asas rujukan:
- Manual Pengguna - dokumentasi terperinci menjelaskan ciri-ciri utama, sintaks dan struktur bahasa, Skrip Pine dan bagaimana ia berfungsi dengan Skrip Komuniti;
- Bahan Rujukan - bahan rujukan pantas untuk semua fungsi-fungsi, pembolehubah dan kata kunci yang tersedia di dalam Pine, dengan contoh-contoh bagaimana untuk menggunakannya. Anda boleh membuka Bahan Rujukan kami secara terus di dalam editor melalui tetingkap timbul; dan
- Sumber PineCoders - satu komuniti berdikari yang terdiri daripada pengguna-pengguna Skrip Pine yang aktif dan berpengalaman yang menulis arahan-arahan untuk membantu ahli-ahli baru dan mengekalkan asas pengetahuan mereka
Kami telah menciptakan satu bahagian mudah di mana sesiapa pun boleh berkenalan dengan struktur bahasa kami dengan menggunakan contoh skrip mudah yang telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian individu untuk kemudahan anda.
Satu cara lain untuk mempelajari bahasa ialah menerusi penunjuk-penunjuk terbina dalam TradingView’s yang telah ditulis di dalam Pine. Kod untuk penunjuk-penunjuk ini adalah terbuka dan boleh diakses oleh sesiapa. Hanya pilih penunjuk yang anda sukai daripada senarai dan ia akan keluar di editor. Kemudian anda boleh bereksperimen dengan melakukan perubahan-perubahan kepada kod berkenaan.
Sebagai tambahan, anda boleh mencari contoh-contoh kerja penulis-penulis lain di dalam Skrip Komuniti kami. Satu bilangan yang banyak adalah dalam bentuk skrip sumber terbuka yang tersedia untuk pengguna-pengguna.
Pembangunan Skrip Pine
Bahasa Skrip Pine kami adalah senantiasa berkembang dan diperbaiki. Kami menunpukan kepada maklumbalas dan cuba untuk meluaskan bahasa ini untuk memenuhi keperluan anda. Anda boleh mengikuti kemaskini pada laman nota keluaran kami, di laman sembang Tradingview atau pada saluran telegram, PineCoders Squawk Box.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya saya masih mempunyai soalan-soalan?
Jika anda tidak menjumpai apa yang anda berminat untuk ketahui di dalam bahan-bahan rujukan kami, anda boleh menanyakan soalan-soalan laman sembang Tradingview di mana Skrip Pine adalah dibincangkan dengan khusus, atau pada laman web StackOverflow, di mana kami mempunyai tag berasingan disenaraikan.