Corak ABCD
Penggunaan
Alat melukis corak ABCD membolehkan penganalisa untuk mengetengahkan empat titik corak pada carta. Pengguna boleh melukis sendiri dan menggerakkan empat titik ABCD di atas carta. Titik ABCD akan membentuk tiga kaki berasingan yang akan membentuk corak pada carta. Tiga kaki ini dikenali sebagai AB, BC dan CD.
Setiap titik ABCD mewakili harga tertinggi atau terendah pada carta. Oleh itu, tiga kaki yang terbentuk (AB, BC, CD) menggambarkan perbezaan pola atau arah perubahan harga.
Terdapat tiga corak ABCD yang paling kerap terhasil. Corak ini boleh menjadi bullish atau bearish. Namun begitu, adalah hampir mustahil bagi panjang garisan dan nisbah untuk menjadi hampir sama. Analisa teknikal bukanlah satu bidang sains dan beberapa kajian lanjut perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Tiga corak utama adalah :
- AB=CD
- ABCD Klasik
- ABCD Sambungan
AB=CD
Masa dan panjang AB sama dengan masa dan panjang CD
ABCD klasik
CD ialah 127.2% atau 161.8% daripada BC
ABCD sambungan
CD ialah 127.2% atau 161.8% daripada AB
Gaya
Label
Warna dan saiz font boleh ditukar mengikut pilihan pengguna. Pengguna juga boleh memilih untuk menebalkan atau menyondongkan teks (bold atau italic)
Sempadan
Warna dan ketebalan sempadan boleh ditukar mengikut pilihan pengguna
Koordinat
Harga 1
Untuk meletakkan titik pertama dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar
Harga 2
Untuk meletakkan titik kedua dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar
Harga 3
Untuk meletakkan titik ketiga dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar
Harga 4
Untuk meletakkan titik keempat dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar
Visibility
Dalam dialog ciri kebolehlihatan, anda boleh menukar supaya alat ABCD dipaparkan pada rangka masa yang berbeza.