Corak ABCD

Penggunaan

Alat melukis corak ABCD membolehkan penganalisa untuk mengetengahkan empat titik corak pada carta. Pengguna boleh melukis sendiri dan menggerakkan empat titik ABCD di atas carta. Titik ABCD akan membentuk tiga kaki berasingan yang akan membentuk corak pada carta. Tiga kaki ini dikenali sebagai AB, BC dan CD. 

Setiap titik ABCD mewakili harga tertinggi atau terendah pada carta. Oleh itu, tiga kaki yang terbentuk (AB, BC, CD) menggambarkan perbezaan pola atau arah perubahan harga.

Terdapat tiga corak ABCD yang paling kerap terhasil. Corak ini boleh menjadi bullish atau bearish. Namun begitu, adalah hampir mustahil bagi panjang garisan dan nisbah untuk menjadi hampir sama. Analisa teknikal bukanlah satu bidang sains dan beberapa kajian lanjut perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Tiga corak utama adalah :

  1. AB=CD
  2. ABCD Klasik
  3. ABCD Sambungan

AB=CD

Masa dan panjang AB sama dengan masa dan panjang CD

ABCD klasik

CD ialah 127.2% atau 161.8% daripada BC

ABCD sambungan

CD ialah 127.2% atau 161.8% daripada AB

Gaya

Sempadan

Can change the color of the border as well as its thickness.Warna dan ketebalan sempadan boleh ditukar mengikut pilihan pengguna

Pilihan Teks

Warna, jenis dan saiz font boleh ditukar mengikut pilihan pengguna. Pengguna juga boleh memilih untuk menebalkan atau menyondongkan teks (bold atau italic)

Koordinat

Harga 1

Untuk meletakkan titik pertama dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga  2

Untuk meletakkan titik kedua dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga  3

Untuk meletakkan titik ketiga dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga  4

Untuk meletakkan titik keempat dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Visibility

Dalam dialog ciri kebolehlihatan,  anda boleh menukar supaya alat ABCD dipaparkan pada rangka masa yang berbeza.

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Kawan-kawan yang dirujuk Coin Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikuti Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar