Corak Segitiga
Penggunaan
Alat melukis corak segitiga membolehkan pengguna mengenalpasti corak segitiga pada carta.
Segitiga merupakan corak popular yang kerap digunakan oleh penganalisa untuk menjangka potensi balikan harga. Alat melukis corak segitiga membolehkan anda untuk memplot empat titik (A,B,C,D) pada carta untuk meletakkan satu corak segitiga di atas lilin pada carta harga. Tujuannya adalah untuk meletakkan titik-titik pada empat ketinggian dan kerendahan berulang. Contohnya, titik A dan C diletakkan pada puncak tertinggi (atau rendah) berturutan dan titik B dan D diletakkan pada puncak terendah berturutan (atau tinggi).
Terdapat beberapa corak segitiga yang boleh dikenalpasti. Perbezaan utama antara jenis segitiga ialah sudut di antara puncak tertinggi berturutan berkadar dengan sudut di antara puncak terendah berturutan. Ini untuk menunjukkan, apakah arah pergerakan garisan AC akan pergi apabila dibandingkan dengan pergerakan garisan BD?
Tiga jenis corak segitiga:
- Segitiga Simetri – Boleh dikenalpasti melalui pertemuan di antara garisan sokongan dan garisan rintangan yang bertemu di satu titik (apex). Dalam satu segitiga simetri, kecerunan kedua-dua garisan harus sama atau hampir sama. Harga akan melantun di antara sokongan dan rintangan sebelum memecah keluar akhirnya. Secara amnya, segitiga simetri dianggap sebagai corak kesinambungan. Ini bermakna sekiranya segitiga ini didahului oleh pola menaik, apabila harga akhirnya memecah keluar, ia akan meneruskan kenaikan. Sekiranya ia didahului oleh pola menurun, pergerakan akan berlaku seperti itu. Sudah tentu, tidak semua peraturan dagangan akan wajib terjadi. Namun begitu, sekiranya harga memecah keluar bertentangan dari pola sebelumnya, pola itu boleh dianggap sebagai satu permulaan pola baharu.
- Segitiga menaik – Corak segitiga bulis yang boleh dikenalpasti melalui garisan AC membentuk satu garisan rintangan mendatar dan garisan BD membentuk garisan sokongan menaik. Harga akan melantun di antara sokongan dan rintangan sebelum memecah ke atas garisan rintangan mendatar. Terdapat kebarangkalian harga akan menurun melepasi garisan sokongan sebelum memecah pola kenaikan. Oleh kerana harga memecah keluar boleh terjadi dalam mana-mana arah, pengguna dinasihatkan untuk menunggu sehingga pecahan keluar terjadi sebelum memasuki posisi. Membeli sebelum pecahan keluar berlaku adalah merbahaya.
- Segitiga menurun – Corak segitiga bearis yang boleh dikenalpasti melalui garisan BD membentuk satu garisan sokongan mendatar dan garisan AC membentuk garisan rintangan menurun. Harga akan melantun di antara sokongan dan rintangan sebelum memecah keluar ke bawah garisan rintangan mendatar. Ada kebarangkalian harga memecah keluar di atas garisan rintangan menurun sebelum memecah pola, Disebabkan pecahan keluar harga boleh terjadi pada mana-mana arah, pengguna dinasihatkan untuk menunggu sehingga pecahan keluar terjadi sebelum memasuki posisi. Membeli sebelum pecahan keluar berlaku adalah merbahaya.
Gaya
Label
Boleh menukar warna teks, jenis fon dan saiz fon. Anda juga boleh memilih menebalkan atau mencondongkan teks.
Sempadan
Warna dan ketebalan sempadan boleh ditukar.
Latarbelakang
Kotak semak ini membenarkan memenuhi latarbelakang saluran selari corak segitiga. Isikan warna dan kelegapannya boleh dipilih pada menu lungsur turun di sebelah.
Koordinat
Harga 1
Membenarkan untuk penempatan tepat untuk titik pertama pola (Harga 1) menggunakan satu nombor bar dan harga
Harga 2
Membenarkan untuk penempatan tepat untuk titik kedua pola (Harga 2) menggunakan satu nombor bar dan harga
Harga 3
Membenarkan untuk penempatan tepat untuk titik ketiga pola (Harga 3) menggunakan satu nombor bar dan harga
Harga 4
Membenarkan untuk penempatan tepat untuk titik keempat pola (Harga 4) menggunakan satu nombor bar dan harga
Kebolehlihatan
Dalam dialog tetapan kebolehlihatan, anda boleh menukar supaya alat Segitiga dipaparkan pada rangka masa yang berbeza.