Corak Segitiga

Penggunaan

Alat melukis corak segitiga membolehkan pengguna mengenalpasti corak segitiga pada carta.

Segitiga merupakan corak popular yang kerap digunakan oleh penganalisa untuk menjangka perubahan harga. Alat melukis corak segitiga membolehkan pengguna untuk melukis empat titik (A,B,C,D) pada carta untuk melapis corak segitiga di atas carta lilin. Empat titik tersebut hendaklah diletakkan pada titik tertinggi dan terendah secara berselang-seli. Contohnya, titik A dan C diletakkan pada puncak tertinggi berturutan dan titik B dan D diletakkan pada puncak terendah berturutan (atau sebaliknya).

Terdapat beberapa corak segitiga yang boleh dikenalpasti setelah lukisan dibuat. Perbezaan utama antara corak segitiga yang terhasil ialah sudut di antara puncak tertinggi berturutan berkadar dengan sudut di antara puncak terendah berturutan. Ini menunjukkan perbandingan arah pergerakan garisan AC dan arah pergerakan garisan BD?

Tiga jenis corak segitiga:

  • Segitiga simetri – Boleh dikenalpasti melalui pertemuan di antara garisan sokongan dan garisan rintangan yang bertemu di satu titik (apex). Dalam corak ini, kecerunan kedua-dua garisan harus sama atau hampir sama. Harga akan melantun di antara sokongan dan rintangan sebelum memecah keluar pada apex. Secara amnya, segitiga simetri dianggap sebagai corak kesinambungan. Ini bermakna sekiranya segitiga ini didahului oleh pola menaik, harga saham akan meneruskan kenaikan selepas memecah keluar dari apex dan sebaliknya akan berlaku sekiranya segitiga ini didahului oleh pola menurun. Namun begitu, sekiranya harga memecah keluar dan membuat perubahan bertentangan dari pola sebelumnya, pola itu boleh dianggap sebagai pola baharu.
  • Segitiga menaik – Corak segitiga bullish yang boleh dikenalpasti melalui garisan AC membentuk garisan rintangan mendatar dan garisan BD membentuk garisan sokongan menaik. Harga akan melantun di antara sokongan dan rintangan sebelum memecah ke atas garisan rintangan. Terdapat kebarangkalian harga akan menurun melepasi garisan sokongan sebelum memecah pola kenaikan. Oleh kerana harga memecah keluar boleh terjadi sama ada meningkat atau menurun, pengguna dinasihatkan untuk menunggu sehingga pecahan keluar terjadi sebelum membeli saham. Membeli sebelum pecahan keluar berlaku tidak digalakkan dan merbahaya.
  •  Segitiga menurun – Corak segitiga bearish yang boleh dikenalpasti melalui garisan BD membentuk garisan rintangan mendatar dan garisan AC membentuk garisan sokongan menurun. Harga akan melantun di antara sokongan dan rintangan sebelum memecah keluar ke bawah garisan rintangan. Oleh sebab harga memecah keluar boleh terjadi sama ada meningkat atau menurun, pengguna dinasihatkan untuk menunggu sehingga pecahan keluar terjadi sebelum membeli saham. Membeli sebelum pecahan keluar berlaku tidak digalakkan dan merbahaya.

Gaya

Sempadan

Warna dan ketebalan sempadan boleh ditukar mengikut pilihan pengguna

Pilihan teks

Warna, jenis dan saiz font boleh ditukar mengikut pilihan pengguna. Pengguna juga boleh memilih untuk menebalkan atau menyondongkan teks (bold atau italic)

Koordinat

Harga 1

Untuk meletakkan titik pertama dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga  2

Untuk meletakkan titik kedua dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga  3

Untuk meletakkan titik ketiga dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga  4

Untuk meletakkan titik keempat dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Visibility

Dalam dialog tetapan kebolehlihatan,  anda boleh menukar supaya alat Segitiga dipaparkan pada rangka masa yang berbeza.

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Kawan-kawan yang dirujuk Coin Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikuti Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar