5 perkara yang anda tidak sepatutnya lakukan di TradingView
Tradingview adalah suatu kawasan di mana pedagang-pedagang, pelabur-pelabur, pendidik-pendidik, dan peminat-peminat pasaran boleh berhubung untuk berkongsi idea-idea dan berborak mengenai pasaran. Dengan mengambil bahagian dengan aktif di dalam penglibatan masyarakat dan perbualan, anda boleh memecut pertumbuhan anda sebagai seorang pedagang. Tiada jalan lain yang lebih baik untuk belajar melainkan dengan menyertai persekitaran pendidikan yang mendedahkan anda kepada banyak idea-idea dan strategi-strategi berbeza. Pedagang runcit adalah diperkasakan dengan alat-alat bergred profesional, data masa nyata, dan idea-idea berguna yang sebelum ini hanya tersedia untuk pedagang-pedagang profesional. Cuba lihat sejauh mana kita telah sampai. Menggunakan TradingView boleh meningkatkan ilmu anda di dalam pasaran, kaedah dan teknik, disamping membenarkan anda untuk mengelokkan pencartaan dan kemahiran berdagang anda. Pandangan daripada komuniti juga dapat membantu anda melakukan keputusan yang menguntungkan. Disebabkan berdagang mempunyai risiko, kami telah membina satu platform yang membekalkan semua yang anda perlukan untuk belajar dengan bertanggungjawab dan menambahbaik sebagai seorang pedagang.
Kami menyedari bahawa bagaimanapun usaha dan niat kami, kadang-kadang ahli-ahli menggunakan TradingView dan kandungannya yang padat secara tidak betul dan melakukan perkara-perkara tidak bertanggungjawab, yang akhirnya membawa kepada jangkaan yang tidak tercapai, kehilangan wang, dan dalam beberapa kes, kesusahan. Kami tahu kisah-kisah itu. Kami telah mendengar cerita-cerita mereka dan memujuk ahli-ahli yang telah mengalami isu-isu sebegini. Komuniti kami adalah berkembang dengan pantas, dengan lebih daripada 10 juta pedagang aktif melawati setiap bulan dan 1,000+ ahli-ahli baru menyertai setiap hari. Di antara mereka adalah pedagang-pedagang novis. Topik ini adalah ditujukan secara langsung terutamanya (walaupun tidak secara khasnya) kepada mereka, kerana dengan akal fikiran dan amaran awal, beberapa kesilapan boleh dielakkan. Kami tanpa segan silu berdiri dengan misi ketelusan dan kebertanggungjawaban kami, jadi sila bersedia untuk perbualan sebenar berdasarkan kes-kes sebenar.
Sebelum kami menyambung, ia adalah penting untuk dimaklumi apa yang TradingView adalah bukan. TradingView adalah BUKAN satu servis isyarat dan BUKAN satu kawasan pasaran untuk pembekal-pembekal kandungan pihak ketiga yang meragukan. TradingView adalah satu kawasan di mana orang-orang belajar sesama sendiri dan kami berusaha untuk membuat setiap idea yang diterbitkan untuk menjadi bermakna, teliti, deskriptif, dan menarik. Itu adalah tujuan utama kami sebagai satu platform. Untuk lebih memahami bagaimana untuk menerbitkan idea-idea yang mendapat keterlihatan maksimum, sila baca siaran mengenai mencapai pendedahan dan membina satu reputasi. Menerbitkan isyarat-isyarat ringkas dengan penjelasan yang sedikit atau langsung tiada penjelasan adalah bercanggah dengan keseluruhan idea untuk laman. Ia adalah lebih baik untuk mengabaikan penulis-penulis sebegini kerana mereka mungkin mahu menjual sesuatu kepada anda. Setiap idea yang diterbitkan hendaklah memberikan anda informasi jelas mengenai kaedah pada dagangan tertentu, memberikan anda satu peluang untuk memahami dan belajar daripadanya.
Dan sekarang, tanpa membuang masa lagi, ini adalah 5 perkara yang anda sepatutnya tidak lakukan di TradingView.
1) Jangan menyertai satu kursus latihan daripada ahli yang dinilai tinggi dengan satu pemikiran bahawa anda akan mendapat keuntungan sekelip mata.
Penyumbang-penyumbang adalah dinilai dan ditarafkan mengikut bagaimana komuniti menilai sumbangan mereka. Reputasi mereka menunjukkan sebanyak mana penglibatan mereka lakukan dan bagaimana keaktifan mereka, tetapi ia tidak mengukur samada seseorang itu adalah satu pedagang atau pelatih yang baik. TradingView tidak mengulas, memeriksa, atau menjamin servis-servis pihak ketiga yang dipromosikan di tapak kami. Jadi ia adalah terpulang kepada anda untuk melakukan usaha wajar sebelum mengikat kepada satu kursus latihan. Pergi ke jurnal awam ahli dan gunakan ciri main kami pada 100 idea terakhir untuk meninjau. Minta butiran kursus untuk mengkaji dan tanya pelajar-pelajar sebelum ini mengenai pengalaman mereka. Ketahui bahawa walaupun dengan latihan yang berterusan, ia akan mengambil masa berbulan-bulan untuk latihan dan dedikasi yang tinggi sebelum anda boleh mendapat keuntungan secara konsisten. Dan itu pun jika anda ada satu bakat untuk berdagang. Tiada pil ajaib. Jika anda tidak mahu menyiasat satu kursus dan berfikir untuk terus menyertai tanpa melakukan sedikit penyelidikan dahulu, ia adalah lebih baik untuk tidak menyertainya. Jadilah bijak mengenainya, berikan usaha, dan anda boleh bermula!
2) Jangan berdagang dengan idea-idea popular dengan wang sebenar, dengan menjangkakan keuntungan mudah.
Tidak kira sebanyak mana satu idea menerima suka, tidak kira sebanyak mana keyakinan penulisnya kelihatan, atau setinggi mana orang ini ditarafkan, tiada jaminan idea akan jadi seperti yang dijangka. Noktah. Jadi jangan letakkan wang anda pada risiko dengan mencuba menyalin idea dagangan seseorang yang lain kecuali anda telah menyiasatnya, memahaminya, dan ia menepati strategi anda. Jika anda tiada strategi untuk bermula, tiada idea akan menepati dan jadi anda tidak sepatutnya merisikokan wang anda. Kerana ianya adalah satu risiko yang besar. Kesimpulannya adalah: pandangan seseorang tidak sepatutnya digantung harapkan sebagai satu gantian kepada anda melakukan analisis anda sendiri sebelum melakukan keputusan dagangan sebenar. TradingView mempunyai satu simpanan idea yang besar untuk kajian semula setara yang boleh digunakan untuk membantu anda membangun dan memperbaiki strategi anda sendiri. Periksa mereka jika anda ada masa. Tetapi jangan tersilap mengandaikan status popular untuk kepastian. Hindari dari merisikokan wang dengan menyalin idea-idea popular ideas seakan-akan penulisnya boleh melihat masa depan dengan pasti. Anda boleh memenangi sedikit, tetapi masa berlalu, anda akan kehilangan wang. Ini adalah satu idea tidak bagus yang anda kena hindari sebaik mungkin.
3) Jangan meminta untuk isyarat-isyarat masa nyata buta di dalam sembang, dengan mengharapkan kenaikan pantas.
Setiap hari, kami melihat ahli-ahli datang ke laman sembang dan bertanya dengan tidak sabar, “Bolehkah saya membeli EU sekarang? Tolong?”, “Bolehkah saya menjual GU? Sesiapa?” atau pertanyaan yang sama untuk instrumen-instrumen lain. Mereka membuka satu dagangan nyata sebaik sahaja sesiapa memberikan satu jawapan afirmatif. Anda tidak akan belajar apa-apa dengan menanyakan soalan-soalan sebegini jika anda tidak melihat hanya sedikit satu syot kilat carta yang anda boleh periksa dan samada bersetuju atau tidak. Tidak mengetahui rekod atau strategi penjawab menambahkan lagi kepada risiko ini. Laman sembang awam kami menawarkan peluang-peluang hebat untuk bersembang mengenai keadaan pasaran masa nyata dan membenarkan anda menyertai di dalam pertukaran pendapat, pandangan, dan analisis pantas mengenai kemana arah pasaran akan pergi. Menggunakan mereka dengan cara yang betul akan membantu anda membesar sebagai seorang pedagang dan membantu anda mencari peluang-peluang sebenar untuk mendapatkan keuntungan. Tetapi keputusan dagangan terburu-buru selepas meminta panggilan dagangan lemah adalah tidak bertanggungjawab dan hanya akan membawa anda kepada kerugian. Jangan lakukannya!
4) Jangan membeli isyarat atau bot dari ahli-ahli tanpa melihat satu rekod prestasi yang disahkan.
TradingView mempunyai semua ciri-ciri untuk membantu anda memperbaiki dagangan anda, akan tetapi jika anda masih mencari untuk membeli isyarat-isyarat atau “penasihat-penasihat pakar” dari seorang ahli: minta satu rekod prestasi yang disahkan untuk satu jangkamasa yang sepadan pada akaun wang sebenar. Jika tidak, anda akan meletakkan modal dagangan anda pada satu risiko yang tidak diketahui, yang mana boleh berakhir menjadi ketara dan kehilangan banyak duit anda. Bukan hanya untuk pembelian tetapi juga untuk dana di dalam akaun dagangan. Janji-janji dan ayat-ayat jualan adalah bukannya pengganti kepada prestasi lepas yang terbukti. Ingat, kami tidak memeriksa atau menjamin mana-mana servis yang dipromosikan oleh ahli-ahli kami, tetapi ada tapak-tapak ulasan dalam talian dan anda boleh meminta untuk dirujuk kepada ahli-ahli yang berpuas hati dan memeriksa dengan mereka sebelum bersetuju. Meminta sesi percubaan percuma boleh membantu mengurangkan lagi risiko. Di dalam mana-mana kes, nasihat kami adalah jangan membeli apa-apa dari sesiapa tanpa bukti kukuh yang ia adalah sebenarnya berfungsi. Hanya katakan tidak kecuali anda telah memeriksa sepenuhnya tawaran itu.
5) Jangan mengikuti pendapat sesiapa secara membuta tuli pada apa-apa berkaitan dengan dagangan anda.
Bahagian rangkaian sosial TradingView adalah besar, jadi tidak ada kekurangan pendapat-pendapat pada pasaran atau pada dagangan. Setiap hari, anda boleh mencari sehingga 12,000 mesej sembang, 750 idea-idea, 600 komen-komen, dan 500 syot kilat di mana pedagang-pedagang lain memberikan pandangan mereka. Perkara sosial ini sangat bagus, tetapi ia membawa risiko kepada pedagang-pedagang novis. Risiko-risiko termasuklah memilih tabiat tidak baik daripada yang lain, goyang dengan pendapat popular, dan terikut-ikut kepada tekanan rakan. Terdapat juga risiko melakukan sesuatu yang anda tidak memberikan pemikiran kritikal kepadanya, menganalisa dengan objektif, dan/atau menilainya sendiri. Risiko-risiko ini boleh termasuk berdagang satu akaun wang sebelum anda bersedia, mengikuti “petua dalaman” atau gerak hati kabur dari yang lain, terlebih berdagang kerana ada terlalu banyak idea-idea, meletakkan posisi yang lebih besar daripada yang akaun anda mampu kendalikan, dan menukar minda anda separuh jalan. Jauhi risiko-risiko ini atau anda akan berakhir dengan mensabotaj sendiri akaun anda dan pertumbuhan anda sebagai seorang pedagang. Bertenang dan fikir dahulu!
Pemandu utama dibelakang amaran-amaran ini adalah kesedaran bahawa orang yang bertanggungjawab kepada kemenangan dan kerugian hanyalah anda seorang. Bukan kepada penulis yang menerbitkan idea-idea, bukan satu pelawat laman sembang yang memberikan pendapat berat sebelah, dan bukan seorang pengomen yang berkongsi satu petua. Ini adalah duit anda yang anda sedang hadapi, jadi kenapa anda meletakkan keputusan-keputusan berkaitan wang di dalam tangan seseorang yang lain? Buat analisis anda sendiri dan jika anda tidak tau bagaimana untuk melakukannya, pergi belajar dahulu sebelum melakukan apa-apa keputusan berkaitan wang. Anda tidak mahu berkejar untuk mencuba dan memenangi wang kerana selalunya yang terjadi adalah, anda akan kehilangannya.
Ia mungkin kelihatan seperti cinta yang sukar dan satu realiti yang keras, tetapi kami berharap anda menghargai sifat berterus terang dan amaran-amaran kami mengenai bahaya-bahaya yang anda mungkin hadapi. Jaga diri anda dan wang anda dengan baik. Kami di TradingView memberitahu ia seperti yang sebenarnya dan ia adalah sukar untuk mendapat tahap ketelusan seperti ini di dalam komuniti yang lain. Kami telah mempertahankan pendekatan ini dari hari pertama dan akan terus melalukannya kerana kami berbangga dengannya. Kami harap anda juga begitu.