Amaran Risiko

Di sini, anda akan mengetahui penerangan tentang risiko yang berkaitan dengan perdagangan berdasarkan maklumat yang diberi melalui laman web kami,TradingView.Com("Website"e;):

Risiko Perdagangan

Perdagangan secara amnya tidak sesuai kepada sesiapa yang mempunyai sumber yang terhad dan pelaburan yang terhad atau pengalaman dalam perdaganganyang rendah dan risiko toleransi yang rendah.

Perdagangan FOREX, CFDs, derivatif dan produk pelaburan lain yang mengunakan leverage,boleh membawa risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Sifat produk yang menggunakan leverage bermakna apa-apa pergerakan pasaran akan mempunyai impak yang sama terhadap dana yang anda deposit. Ini berkemungkinan akan membawa keburukan atau kebaikan untuk anda. Anda berkemungkinan akan menanggung kerugian yang melebihi dana yang anda deposit dan perlu menambah dana untuk mengekalkan posisi dagangan anda. Jika anda gagal memenuhi syarat margin, kedudukan dagangan anda mungkin dicairkan dan menyebabkan anda menanggung segala kerugian. Jual singkat mungkin menyebabkan kerugian melebihi dana yang anda deposit kerana anda mungkin harus membeli sekuriti dengan harga yang sangat tinggi untuk melindungi posisi jual. ANDA MUNGKIN KEHILANGAN DENGAN CEPAT DANA YANG ANDA DEPOSIT UNTUK PERDAGANGAN DAN MUNGKIN JUGA KEHILANGAN LEBIH DARIPADA DEPOSIT ANDA. Pelabur saham murah selalunya tidak dapat menjual balik saham kepada 'dealer' yang menjualkan saham tersebut kepada mereka. Oleh sebab itu, anda tidak harus membiayai perdagangan dengan simpanan persaraan, pinjaman pelajar, gadai janji kedua, dana kecemasan, dana yang diasingkan untuk tujuan pendidikan atau pemilikan rumah, atau dana yang diperlukan perbelanjaan sara hidup.

Perdagangan memerlukan pengetahuan yang baik mengenai pasaran kewangan, teknik dan strategi perdagangan. Anda perlu memahami bahawa anda akan bersaing dengan profesional pasaran lain, peniaga-peniaga berlesen dan pekerja perdagangan ketika berdagang. Selain risiko pasaran yang biasa dihadapi, anda mungkin akan mengalami kerugian yang disebabkan oleh masalah sistem. Perdagangan juga akan mengakibatkan pembayaran komisen yang banyak.Jumlah komisen yang anda bayar bagi dagangan mungkin akan menambah kerugian anda atau mengurangkan pendapatan anda.

Sebelum membuat keputusan untuk pertukaran, anda seharusnya pertimbangkan objektif anda, sumber kewangan, tahap pengalaman anda dan sebarang keadaan lain. Pihak kami menggalakkan anda mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan bebas sebelum beralih kepada pertukaran sebenar.

Tiada Nasihat Pelaburan yang Dibekalkan

Apa-apa pendapat, perbualan, mesej, berita, analysis, harga atau maklumat yang terdapat di website ini disediakan sebagai maklumat pasaran umun untuk tujuan pendidikan and hiburan sahaja dan ini bukan nasihat pelaburan . Website ini tidak seharusnaya dijadikan sebagai gantian kepada penyelidikan pasaran bebas yang meluas sebelum membuat keputusan perdagangan anda yang sebenar. Pendapat, data pasaran, cadangan dan sebarang kandungan adalah tertakhluk kepada perubahan tanpa notis pada bila bila masa . TradingView, Inc tidak akan bertanaggungjawab atas apa-apa kerugian atau kerosakan, termasuk kerugian atau keuntungan tanpa batasan, yang mungkin berlaku secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan atau pergantungan terhadap maklumat tersebut.

Kami tidak mengesyorkan pergantungan kepada analisa teknikal semata-mata dalam membuat keputusan urus niaga. Kami tidak mengesyorkan keputusan urus niaga dibuat secara terburu-buru. Anda harus sentiasa faham bahawa PRESTASI YANG LALU TIDAK MENJAMIN PENCAPAIAN YANG SETARA DI MASA HADAPAN.

Penafian

TradingView, Inc dengan ini menafikan semua waranti yang berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan dan maklumat yang disediakan di Website, termasuk semua waranti tersirat untuk kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, hak milik dan bukan pelanggaran selain daripada waranti yang tersirat dan tidak mampu pengecualian, sekatan atau pengubahsuaian di sisi undang-undang. Kami tidak mengeluarkan pernyataan tentang kesesuaian perkhidmatan atau maklumat yang disediakan di Website untuk sebarang tujuan. Semua perkhidmatan dan maklumat yang disediakan "as is" tanpa sebarang waranti, tersurat mahupun tersirat. Kami tidak menjamin perkhidmatan dan maklumat akan disediakan secara kerap, tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau Website bebas daripada virus atau komponen berbahaya yang lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan komunikasi, penyelewengan atau penangguhan semasa menggunakan Website kami.

Berdagang di TradingView

Semua syarikat terutamanya brokerage yang disokong TradingView sudah melepasi audit dalam kita. Merekat sudah lulus penyaringan kita untuk menawarkan perdagangan yang terbaik di TradingView.com untuk anda. Namun kita tiada pengaruh terhadap benda/orang yang bukan di bawah kita. TradingView tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang operasi syarikat parti ketiga, servis yang ditawarkan di TradingView.com termasuk tapi tidak dihadkan kepada rumah brokerage dan entiti lain yang menawarkan servis brokerage pasaran. Peranan TradingView adalah sebagai pelantar untuk menawarkan rumah brokerage dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang operasi rumah brokerage. TradingView tidak bertanggungjawab terhadap sebarang caj, penalti, denda sebarang syarikat parti ketiga. TradingView tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pendapat, berita, selidik dan informasi yang berkaitan dengan sebarang syarikat parti ketiga.

Malaysia
United States
United Kingdom
India
Deutschland
España
France
Việt Nam
Italia
Polska
Brasil
Россия
Türkiye
Indonesia
日本
한국
简体
繁體
Laman Utama Penapis Saham Pengesan Isyarat Forex Pencari isyarat mata wang Crypto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Peraturan Rumah Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Perpustakaan Carta Stok Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Bantuan & Wiki Twitter
Profil Pengesetan Profil Akaun dan Bil Sokongan Sokongan Layanan Keutamaan Lapor Isu Idea-idea yang diterbitkan Pengikut Mengikuti Mesej Peribadi Perbualan Log Keluar