Saya mendapat ralat ‘Pengiraan mengambil masa yang terlalu lama untuk diproses’
Untuk memastikan ketersediaan sumber pengkomputeran yang berterusan kepada semua pengguna TradingView, penunjuk dan strategi mesti menyelesaikan pengiraan dalam had masa berikut:
- 20 saat (untuk pelan Basic)
- 40 saat (untuk pelan Essential, Plus dan Premium)
- 60 saat (untuk pelan Expert)
- 80 saat (untuk pelan Elite)
- 100 saat (untuk pelan Ultimate)
Jika satu skrip tidak dapat menyiapkan pengiraan dalam jangka masa ini, ralat “Pengiraan mengambil masa yang terlalu lama untuk diproses” akan terpapar. Berikut adalah perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkannya daripada terjadi:
- Pisahkan skrip kepada beberapa bahagian supaya setiap satu boleh diproses dengan lebih pantas.
- Mengehadkan bilangan bar untuk skrip dijalankan dengan menggunakan penyaring tarikh/masa.
- Optimumkan kod skrip. Kod Pine boleh dioptimumkan dalam pelbagai cara. Berikut adalah cadangan-cadangan yang dapat membantu anda mengenalpasti peluang untuk mengoptimumkan.