Untuk memastikan ketersediaan sumber pengkomputeran yang berterusan kepada semua pengguna TradingView, penunjuk dan strategi mesti menyelesaikan pengiraan dalam masa 40 saat(untuk pelan Pro, Pro+ dan Premium) ataun 20 saat (untuk pelan Basic). Sekiranya skrip tidak dapat menyiapkan pengiraan dalam jangka masa ini, ralat “Pengiraan mengambil masa yang terlalu lama untuk diproses” akan terpapar. Berikut adalah perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkannya daripada terjadi: