Bagaimana melindungi akaun anda

TradingView mengambil berat mengenai anda, sekuriti anda dan privasi anda.

Tetapi keselamatan anda bergantung kepada anda dahulu.

KANDUNGAN:

Cara-cara yang anda boleh lakukan untuk melindungi akaun anda

Disebabkan itu kami mengesyorkan anda mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi akaun anda:

  • Tetapkan kata laluan unik: Anda boleh menggunakan pengurus kata laluan pada pelayar web anda, sistem pengoperasian atau aplikasi dan perkhidmatan istimewa
  • Guna tanda istimewa: Huruf seperti  #, /, <, % adalah penting dan menjadikannya lebih sukar untuk manusia dan mesin meneka kata laluan anda
  • Guna kata laluang panjang: Jadikan kata laluan anda sekurang-kurangnya 12 huruf
  • Jangan gunakan jujukan yang biasa digunakan: Susunan abjad dan kekunci papan kekunci berdekatan seperti "qwerty1234," "1abc23xyz," dll.
  • Guna pengesahan dua faktor (2FA): Walaupun sekiranya kata laluan anda dicuri, penggodam masih tidak dapat mengakses akaun anda.
  • Simpan kod sandaran 2FA anda: Sekiranya anda kehilangan akses kepada aplikasi pengesahan 2FA anda, mereka akan membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun anda. Ketahui bagaimana mengkonfigurasi 2FA untuk menjaga akaun anda.

! Penting: Ubah kata laluan anda serta-merta jika anda tahu akaun, e-mel dan kata laluan anda telah dicerobohi. Kemudian periksa e-mel anda — kami sentiasa menghubungi anda jika seseorang memasuki akaun anda dari peranti baharu.

Taktik popular penggodam yang anda perlu tahu

Tidak kira seselamat mana anda, penggodam masih boleh menipu anda. Berikut adalah beberapa taktik paling popular yang digunakan:

  • Laman web pancingan data (phishing): Guna hanya sumber rasmi yang diberikan
  • Iklan dalam keputusan carian: Jika anda melihat label seperti "Ditaja" berdekatan mana-mana laman web yang mendakwa menjadi rakan kongsi kami, pengedar dll. — jauhinya dan hubungi pasukan Sokongan TradingView
  • Penyamar "TradingView rasmi": Semakin mendesak mereka, berkemungkinan besar mereka adalah penggodam. Kami tidak pernah memaksa anda untuk melakukan apa-apa.
  • Surat "gembira", mesej dan panggilan telefon: Kami hanya menghubungi pengguna kami sahaja. Jika anda bukan ahli TradingView, anda tidak akan menerima apa-apa komunikasi dari kami. Untuk pengguna, periksa tetapan notifikasi akaun anda — kami menghantar hanya e-mel yang anda langgan dan memberikan respons kepada soalan yang anda hantarkan menerusi borang sokongan
  • Permintaan untuk memuat turun aplikasi "istimewa" atau memasang program: Hanya percayakan sumber TradingView yang diberikan dalam artikel ini

Platform rasmi TradingView

Kami tahu ramai penipu menyamar sebagai pengedar kami, berpura-pura mewakili kami atau mendakwa mempunyai perkongsian yang berbeza dengan kami.

Berhati-hati dengan mengakses dan memuat turun sumber pihak ketiga dan perisian, mendakwa datang daripada kami atau rakan kongsi kami, pengedar dll. Terutamanya apabila mereka menawarkan kepada anda "tawaran terhad" atau sesuatu yang "istimew."

Platform kami tersedia hanya pada:

Media sosial rasmi TradingView

Untuk mengelak daripada terjebak dan ditipu, hanya percaya kepada sumber dan media sosial rasmi kami.

You can find them at the bottom part of our website.

Berikut adalah sumber utama yang anda boleh dapatkan maklumat berkenaan kami:

Alatan penting untuk keselamatan anda

Kami mengesyorkan anda menggunakan alatan berikut untuk menjaga keselamatan akaun anda:

Jika anda melihat penggodam:

Jika anda hilang akses kepada akaun anda

Jika keadaan tidak diingini ini terjadi, kami mengesyorkan anda mengambil langkah-langkah berikut:

Rumusan

Kami harap panduan ini membantu anda melindungi akaun anda supaya anda boleh menikmati analisis kewangan dan melabur dengan aman.

Sila kongsi artikel ini dengan yang lain, mereka yang boleh mendapat kebaikan daripadanya.

Dari bahagian kami, kami melakukan segalanya yang mungkin untuk menjaga dan melindungi akaun anda.

Akan tetapi, tiada siapa yang boleh melindungi anda lebih baik daripada anda sendiri. 

Keselamatan anda berada dalam tangan anda.

— Pasukan TradingView

Juga baca: