Bagaimanakah untuk mengkonfigurasikan pengesahan dua-faktor kepada akaun TradingView saya

 Untuk mengaktifkan pengesahan dua-faktor untuk akaun TradingView anda, anda perlu pergi ke tab Keselamatan dalam Tetapan Profil anda. Untuk mula menggunakan ciri ini, klik Mengaktifkan.

If you have correctly entered the code from the authenticator app, but the system isn’t accepting it, please make sure that your devices are synced and display the same time.

Jika anda memilih untuk mengunakan aplikasi pengesahan untuk pengesahan dua-faktor, anda perlu memasang aplikasi pihak ketiga (contohnya  Google AuthenticatorDuo MobileAuthy, atau Microsoft Authenticator) dalam telefon anda, scan kod QR yang muncul dan tetingkap tetapan pengesahan dua-faktor di TradingView, dan masukkan kod dalam medan kod pengesahan.

Jika anda memilih untuk menerima mesej pengesahan SMS untuk pengesahan dua-faktor, anda akan menerima SMS dengan kod pengesahan kepada nombor telefon yang berpaut dengan akaun anda. Jika tiada nombor telefon yang dipaut dengan akaun anda, anda akan diarahkan untuk memasukkan yang baru.  

Selepas berjaya mengaktifkan pengesahan dua-faktor, anda akan menerima senarai kod sandar yang boleh digunakan jika anda tidak mempunyai akses kepada telefon anda. Sila simpan kod ini di tempat yang selamat supaya anda tidak hilang akses kepada akaun anda.

Jika anda lupa atau hilang senarai kod sandar, anda boleh janakan yang baru. Hanya perlu klik pada Jana kod baru dalam tab Keselamatan di Tetapan Profil anda.

Untuk menyahaktifkan pengesahan dua-faktor, pergi ke tab Keselamatan di Tetapan Profil anda dan pilih Menyahaktifkan.