Sumber layan diri untuk pengguna percuma
Kami gembira untuk berkongsi sumber dan bahan pendidikan yang dikhaskan untuk membantu pengguna pelan asas kami dan mereka yang menikmati tempoh percubaan. Anda boleh mendapatkan semua sumber berikut di pusat bantuan kami. Jangan bimbang, kami tidak akan membuat anda mencari semuanya, kami telah menandai semua penyelesaian yang diperlukan di bawah ini untuk kemudahan anda. Pusat bantuan kami telah dipermudahkan untuk proses pembelajaran mengenai TradingView, dasar kami, dan membantu anda menyelesaikan masalah yang mungkin anda alami.
Setiap topik diedarkan ke dalam pelbagai kategori yang ada di pusat bantuan kami dan menawarkan soal jawab yang bermanfaat sambil merujukkan anda ke pelbagai sumber lain di atau disambungkan ke laman web kami. Sekiranya anda pengguna percuma, penyelesaian ini akan membantu anda memahami platform kami dan menjawab sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda pengguna berbayar, anda dapat terus mengakses sokongan menggunakan paket Essential, Plus atau Premium.
Sumber yang telah diperluaskan ini mampu memberikan panduan yang sangat berguna kepada anda dan juga kepada mereka yang baru sahaja menggunakan platform kami untuk menavigasi komuniti yang sentiasa berkembang ini.
Pengebilan:
Saya telah dikenakan bayaran untuk percubaan saya dan saya mahukan bayaran balik
Saya mempunyai percubaan, tetapi saya mempunyai soalan. Di mana saya boleh bertanya mengenainya?
Pelan mana yang harus saya uji?
Pelan mana yang harus saya pilih sekiranya saya menjalani percubaan dan masih tidak tahu?
Rangkaian sosial:
Sekiranya saya tidak dapat menemui jawapan, bagaimana saya dapat menyelesaikan isu yang saya hadapi?
Bagaimana saya boleh menerbitkan idea / skrip?
Di manakah saya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kemas kini TradingView terbaru?
Adakah anda mempunyai tutorial untuk sumber pembelajaran visual yang dapat saya kaji?
Carta:
Kami ingin mendengar maklum balas anda tentang tambahan ini kepada Pusat Bantuan kami, jadi sila hantarkan komen dan cadangan anda kepada kami. Jika anda merasa terdapat sebarang kekurangan, sila maklumkan kepada kami supaya kami boleh menambahkannya di kemas kini yang akan datang. Matlamat kami adalah menjadikan semua orang merasa mereka merupakan sebahagian daripada komuniti kam. Oleh sebab itu, kami sentiasa berusaha untuk membina untuk semua orang.