Sumber layan diri untuk pengguna percuma

Kami gembira untuk berkongsi sumber dan bahan pendidikan yang dikhaskan untuk membantu pengguna pelan asas kami dan mereka yang menikmati tempoh percubaan. Anda boleh mendapatkan semua sumber berikut di pusat bantuan kami.  Jangan bimbang, kami tidak akan membuat anda mencari semuanya, kami telah menandai semua penyelesaian yang diperlukan di bawah ini untuk kemudahan anda. Pusat bantuan kami telah dipermudahkan untuk proses pembelajaran mengenai TradingView, dasar kami, dan membantu anda menyelesaikan masalah yang mungkin anda alami.

Setiap topik diedarkan ke dalam pelbagai kategori yang ada di pusat bantuan kami dan menawarkan soal jawab yang bermanfaat sambil merujukkan anda ke pelbagai sumber lain di atau disambungkan ke laman web kami. Sekiranya anda pengguna percuma, penyelesaian ini akan membantu anda memahami platform kami dan menjawab sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda pengguna berbayar, anda dapat terus mengakses sokongan menggunakan paket Pro, Pro + atau Premium. 

Sumber yang telah diperluaskan ini mampu memberikan panduan yang sangat berguna kepada anda dan juga kepada mereka yang baru sahaja menggunakan platform kami untuk menavigasi komuniti yang sentiasa berkembang ini.

Pengebilan:

Kad atau PayPal saya tidak berjaya membuat pembayaran, apa yang saya salah buat dan apa yang boleh saya lakukan?

Saya telah cuba membuat pembayaran, tetapi ketika memasukkan butiran kad saya, tindakan saya disekat. Apakah yang dimaksudkan?

Saya telah dikenakan bayaran untuk percubaan saya dan saya mahukan bayaran balik

Saya mempunyai percubaan, tetapi saya mahu menukar pelan percubaan saya. Bagaimana saya boleh melakukannya?

Saya mempunyai percubaan, tetapi saya mempunyai soalan. Di mana saya boleh bertanya mengenainya?

Saya mempunyai percubaan, tetapi ia telah dibatalkan. Bagaimana saya boleh mendapatkannya kembali / apa yang boleh saya lakukan?

Pelan mana yang harus saya uji?

Pelan mana yang harus saya pilih sekiranya saya menjalani percubaan dan masih tidak tahu?

Rangkaian sosial:

Saya tidak dapat menulis tiket, bagaimana saya boleh menghubungi sokongan atau mendapatkan bantuan mengenai isu saya?

Saya memerlukan bantuan dengan beberapa soalan lazim atau sekadar maklumat umum. Di mana saya boleh pergi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat?

Bagaimana saya boleh memperolehi jawapan mengenai ciri, alat, carta, petunjuk / strategi, atau pasaran secara umum?

Sekiranya saya tidak dapat menemui jawapan, bagaimana saya dapat menyelesaikan isu yang saya hadapi?

Saya ingin mencari Idea yang paling popular di TradingView dan belajar dari mereka serta untuk memberi inspirasi kepada idea saya sendiri. Di mana saya boleh menemui mereka?

Bagaimana saya boleh menerbitkan idea / skrip?

Di manakah saya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kemas kini TradingView terbaru?

Saya baru menggunakan TradingView. Di mana saya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai cara menggunakan ciri dan alatan di TradingView?

Adakah anda mempunyai tutorial untuk sumber pembelajaran visual yang dapat saya kaji?

Carta:

Saya amat menyukai sebuah ciri/alat spesifik. Bagaimanakah saya boleh tahu jika ia tersedia di TradingView?

Saya ingin meminta sesuatu ciri di TradingView? Bagaimanakah saya boleh membuat permintaan sedemikian?

Kami ingin mendengar maklum balas anda tentang tambahan ini kepada Pusat Bantuan kami, jadi sila hantarkan komen dan cadangan anda kepada kami. Jika anda merasa terdapat sebarang kekurangan, sila maklumkan kepada kami supaya kami boleh menambahkannya di kemas kini yang akan datang. Matlamat kami adalah menjadikan semua orang merasa mereka merupakan sebahagian daripada komuniti kam. Oleh sebab itu, kami sentiasa berusaha untuk membina untuk semua orang.

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Kawan-kawan yang dirujuk Coin Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikuti Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar