Mencipta akaun dan memilih avatar anda

Ketika mencipta akaun TradingView, adalah terbaik untuk melakukannya dengan dengan niat yang baik dan jelas. Lengkapkan profil dan bina ID pengguna yang jelas serta bermakna kepada diri anda. Untuk menjadi pengarang terkemuka di TradingView, akaun anda seharusnya mempunyai nilai autentik dan mempunyai kepakaran dalam bidang anda tersendiri.

ID pengguna anda boleh dipilih semasa mendaftar dan boleh diubah hanya sekali selepas itu. Oleh itu, sila berhati-hati ketika memilih ID pengguna. Binalah ID pengguna dengan cermat dan berhemah. Pihak kami tidak membenarkan sebarang nama profil dan avatar yang mempunyai unsur-unsur seperti berikut: 

• Bersifat diskriminasi.

• Berpolitik secara berlebihan

• Menyamar atau memperolok-olokkan orang lain.

• Mencadangkan diri anda sebagai seorang moderator, pekerja TradingView atau diambil bekerja oleh mana-mana pihak broker atau pihak pertukaran.

• Mengandungi laman web, alamat e-mel dan maklumat perhubungan.

• Sebarang penyiaran kandungan yang menggunakan unsur erotika, lucah dan bersifat seksual.

• Menyinggung perasaan mana-mana pihak.

 

Jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana perkara di atas akan menyebabkan akaun anda disekat dari mana-mana ciri sosial di TradingView sehinggalah unsur tersebut tersebut telah dihapuskan.