Saya melihat pilihan 'Rangka Masa' dan 'Tunggu untuk rangka masa ditutup' dalam tetapan penunjuk. Apakah kegunaan mereka?
Analisa julat masa berbilang (MFT) adalah satu proses di mana pedagang boleh melihat ticker/penunjuk yang sama pada satu rangka masa yang lebih tinggi daripada carta. Pedagang menggunakan MTF untuk meletakkan tindakan harga pada sesuatu carta dalam konteks yang lebih luas dan jangka masa panjang.
Banyak penunjuk terbina dalam kami datang dengan fungsi MTF. Sekiranya ada, tab skrip “Tetapan/Input” akan mempunyai bahagian "Pelbagai Rangka Masa" dengan satu lungsur turun Rangka Masa, di mana anda boleh memilih rangka masa yang anda mahukan penunjuk ini dikira. Fungsi ini membenarkan anda melihat, sebagai contoh, carta 1 jam dan melihat purata bergerak harian pada masa yang sama.
Rangka masa penunjuk sepatutnya secara ideal adalah lebih tinggi daripada penunjuk carta, untuk memberikan satu perspektif lebih luas. Menggunakan rangka masa lebih rendah daripada carta, akan menghasilkan keputusan serpihan kerana setiap bar pada carta, akan ada beberapa bar dari rangka masa penunjuk, dan hanya nilai intrabar yang terakhir akan dipaparkan (nilai-nilai pelbagai tidak dapat dipaparkan untuk satu bar carta tunggal).
Jika anda mahu menambahkan rangka masa baru kepada menu lungsur turun "Rangka Masa", anda boleh melakukan ini dengan menambahkan mereka kepada menu lungsur turun "Selang Waktu" utama yang tersedia pada halaman carta. Senarai rangka masa tersuai adalah dikongsi di antara dua menu.
Tetapan 'Tunggu untuk rangka masa ditutup' menentukan kelakuan di mana rangka masa penunjuk adalah lebih tinggi daripada carta. Apabila kotak semak 'Tunggu untuk rangka masa ditutup' dipilih, hanya nilai-nilai rangka masa yang lebih tinggi akan masuk dan disambungkan kepada carta apabila rangka masa lebih tinggi menjadi lengkap. Sebagai contoh, satu penunjuk dengan "1 jam" sebagai rangka masanya dipaparkan pada carta satu minit hanya memulangkan satu nilai setiap 60 bar, cth., apabila bar jam menutup dan nilai disahkan. Ini mempunyai kelebihan dalam mengelakkan pengecatan semula dalam masa nyata. Nilai-nilai akan disambung secara visual dengan satu garisan, tetapi tiada data akan berada di antara mereka.
Jika kotak semak 'Tunggu untuk rangka masa ditutup' dinyahaktifkan, jurang-jurang sejarah adalah diisikan dengan nilai dipulangkan yang terakhir. Pada bar-bar masa nyata, nilai tersedia terakhir akan dipulangkan pada setiap tick, membenarkan anda untuk menjejak pembangunan masa nyata untuk nilai-nilai penunjuk. Dengan tetapan ini diaktifkan, penunjuk akan mengeluarkan nilai-nilai tidak dicat pada bar-bar sejarah, tetapi nilai-nilai pengecatan semula (repainting) dalam masa nyata.
Jika anda ingin mengaktifkan fungsi MTF untuk penunjuk tersuai Pine anda, sila lihat artikel di halaman Pusat Bantuan ini untuk mengetahui dengan lebih jelas.