Zig Zag

Definisi

Penunjuk Zig Zag digunakan untuk mengenalpasti arah aliran harga dan dengan melakukan ini, ia memplot titik-titik pada carta untuk menandakan di mana kawasan harga melakukan balikan dengan peratusan yang besar daripada satu pembolehubah atau penanda yang telah ditetapkan (predetermined variable or marker). Titik-titik ini disambungkan dengan garisan lurus yang membantu pedagang melihat tindakan harga (price action). Penunjuk ini berfungsi untuk memadamkan kekeliruan mengenai perubahan harga kecil atau turun naik dan mensasarkan kepada mencari perubahan arah aliran sepanjang masa ia berfungsi. 

Pengiraan

Penunjuk Zig Zag boleh dikira dengan mengguna formula berikut:

ZigZag (HL, % change = X , retrace = FALSE, LastExtreme = TRUE) If  % change > = X, plot ZigZag  

Definisi

HL = siri harga High-Low atau siri harga Tutup (Closing)

% change = Pergerakan harga minimum (seperti peratusan).

Retrace = Ini boleh menjadi perubahan dalam balikan untuk pergerakan sebelumnya, menukar satu balikan untuk yang sebelumnya atau boleh juga menjadi perubahan mutlak dari puncak ke jurang.

LastExtreme = Ini merujuk kepada harga ekstrem, jika sama sepanjang satu tempoh berganda (selalunya pemerhatian harga pertama atau terakhir).

Ambil langkah-langkah berikut untuk mengira penunjuk Zig Zag:

  1. Mulakan dengan memilih titik permulaan anda (ayunan tinggi atau rendah).
  2. Pilih % pergerakan harga anda.
  3. Anda kemudiannya hendaklah mengenalpasti ayunan selepas ini (ayunan tinggi atau rendah), pastikan ia berbeza dari titik permulaan anda.
  4. Kemudian lukis satu garisan arah aliran (trendline) dari titik permulaan ke titik baru.
  5. Sekali lagi, kenalpasti ayunan tinggi atau ayunan panjang anda seterusnya, pastikan ia berbeza dari titik yang anda cipta dalam Langkah 3.
  6. Lukis satu garisan arah aliran menghubungkan titik-titik ini.
  7. Ulangi langkah ini untuk ayunan tinggi atau rendah selepas ini. 

Pemerhatian

Dengan menyaring pergerakan harga kecil, penunjuk Zig Zag mampu mengekalkan fokus pedagang kepada arah aliran dan arahnya. Penunjuk Zig Zag adalah bagus untuk menyerlahkan arah arah aliran (trend direction) dan merendahkan tingkatan hingar. Ia bekerja dengan efektif bersama-sama pasaran yang mempunyai arah aliran kuat. Penunjuk Zig Zag tidak meramalkan arah aliran masa hadapan, tetapi ia membantu mengenalpasti dan memplot ayunan tinggi dan ayunan rendah.

Kekangan

Sama seperti penunjuk mengikuti arah aliran (trend-following indicator), penunjuk Zig Zag memberikan isyarat beli dan jual yang berdasarkan kepada harga lalu yang tidak selalunya dapat meramalkan arah akan datang untuk arah aliran harga. Dengan itu, adalah tidak pernah didengari bahawa garisan Zig Zag akan muncul selepas kebanyakan arah aliran telah datang dan pergi.

Pedagang sepatutnya mengingat perkara ini dan selalu beringat bahawa garisan Zig Zag tidak selalunya akan menjadi kekal. Jika ada balikan harga (price reversal), penunjuk akan mula melukis satu garisan baru. Jika garisan baru ini tidak mencapai peratusan tetapan yang ditetapkan oleh penunjuk, ditambah pula harga sekuriti mula berubah arah, garisan itu akan dibuang dari carta dan digantikan dengan satu versi garisan Zig Zag dipanjangkan yang kemudiannya akan sepadan dengan arah asal arah aliran.

Disebabkan lag, ada pedagang akan menggunakan penunjuk untuk mengesahkan arah arah aliran (trend direction) dan kekuatan atau kelemahan, dan bukannya sebagai titik masukan atau keluar yang sempurna. Ini boleh menjadi satu kekangan kerana bacaan yang didapati tidak 100% tepat. Lag juga boleh mengganggu bacaan penunjuk. Pedagang sepatutnya berwaspada dengan perkara ini semasa menggunakan penunjuk Zig Zag dan perlu mengambilkira penggunaannya bersama-sama penunjuk mengikuti arah aliran lain untuk mendapatkan hasil dagangan yang lebih tepat dan menguntungkan.

Kesimpulan

Penunjuk Zig Zag mengenalpasti arah aliran harga dan memplotkan titik-titik pada carta untuk menandakan balikan harga apabila mereka berbeza dalam satu titik peratusan yang besar daripada nilai pembolehubah yang ditentukan. Titik-titiko akan disambungkan dengan garisan lurus untuk membantu pedagang menentukan keseluruhan arah aliran harga. Garisan penunjuk Zig Zag dipaparkan apabila ada satu pergerakan ketara di antara ayunan tinggi dan rendah. Penunjuk juga membantu menyaring mana-mana pergerakan harga kecil, menjadikannya mudah kepada pedagang untuk memfokuskan sepenuhnya kepada arah aliran, arahnya dan kedudukan kekuatannya.