Zig Zag
Penunjuk Zig Zag adalah alat pencartaan yang menyerlahkan ayunan harga ketara dan menapis naik turun harga yang lebih kecil. Ia menganalisa titik pangsi tinggi dan rendah, melukis garis lurus untuk menyambungkan titik-titik pada puncak dan dasar ayunan yang memenuhi atau melebihi nilai ambang peratusan yang ditentukan.
Pedagang selalunya menggunakan penunjuk Zig Zag untuk mengenal pasti trend dan balikan harga meluas, mencari tingkatan sokongan dan rintangan berpotensi dan menganalisa corak seperti formasi harmonik dan gelombang Elliott.

Pengiraan
Penunjuk Zig Zag membandingkan titik-titik pangsi dalam siri harga untuk mengenal pasti ayunan harga. Dalam konteks ini, titik pangsi adalah harga tinggi atau rendah bar yang paling ekstrem merentasi bilangan bar sebelum dan selepas khusus:
- Bar tinggi adalah pangsi tinggi disahkan jika harga adalah lebih besar daripada harga tertinggi pada bilangan bar diperlukan sebelum bar tersebut dan lebih besar daripada atau sama dengan harga tertinggi pada bilangan bar yang sama selepas bar tersebut.
- Bar rendah adalah pangsi rendah disahkan jika harga adalah kurang daripada harga terendah pada bilangan bar diperlukan sebelum bar tersebut, dan kurang daripada atau sama dengan harga terendah pada bilangan bar yang sama selepas bar tersebut.
Input "Kaki pangsi" menjelaskan jumlah bilangan bar diperlukan untuk mengesahkan titik pangsi. penunjuk membahagikan nilai dengan dua, membundarkan ke bawah jika diperlukan untuk menentukan bar kiri dan kanan yang diperlukan. Sebagai contoh, jika nilai adalah 10, bar tinggi mewakili pangsi disahkan tinggi hanya jika harga adalah lebih besar daripada harga tertinggi merentasi lima bar terkini ke kiri dan lebih besar atau sama dengan tinggi tertinggi merentasi lima bar seterusnya ke kanan.
Membina Zig Zag
Penunjuk Zig Zag melukis garis lurus dan padu yang menyambungkan hanya titik-titik pangsi yang disahkan pada puncak dan dasar ayunan harga ketara berselang-seli. Ayunan dikira sebagai ketara jika peratusan balikan memenuhi atau melebihi nilai ambang yang ditentukan oleh input "Sisihan harga untuk balikan (%)".
Titik pertama disimpan dalam Zig Zag adalah pangsi tingi dan rendah yang disahkan. Dari titik ini ke hadapan, penunjuk membandingkan titik-titik pangsi berturut-turut kepada titik terakhir disimpan untuk mengenal pasti titik balikan baharu dan mengemas kini paparannya:
- Jika titik pangsi baharu adalah berada dalam arah bertentangan dari titik disimpan terkahir, dan jarak balikan dari titik sebelum ke titik baharu adalah lebih besar atau bersamaan dengan peratusan diperlukan, penunjuk akan melukis garis baharu yang menghubungkan dua titik. Sebagai contoh, jika titik akhir adalah pangsi tinggi dan nilai ambang peratusan adalah 5%, penunjuk akan melukis garis padu baharu selepas mengesahkan pangsi rendah di mana harga adalah sekurang-kurangnya 5% di bawah harga titik terakhir.
- Jika titik pangsi baharu adalah dalam arah yang sama seperti titik disimpan akhir dan mempunyai harga lebih ekstrem, penunjuk akan membatalkan titik akhir dan menambat garis terkini kepada titik baharu tersebut. Sebagai contoh, jika titik dipaparkan akhir adalah pangsi tinggi, dan pangsi tinggi baharu terjadi pada mana-mana harga lebih tinggi, pangsi tinggi baharu akan menjadi titik kedua garis terkini, dan yang sebelumnya menjadi tidak sah.
- Jika titik pangsi baharu terjadi dan tiada satu pun daripada syarat di atas terjadi, penunjuk akan mengabaikan titik tersebut dan tidak mengemas kini struktur disahkannya.
Pangsi diunjurkan
Penunjuk ini mempunyai pilihan untuk memaparkan pangsi diunjurkan apabila mengira pada bar masa nyata. Jika input "Kira pangsi diunjurkan" dipilih, penunjuk akan mencari bar selepas titik sah akhir dalam struktur Zig Zag untuk mencari dan memaparkan potensi seterusnya, tetapi pangsi tidak disahkan yang Zig Zag boleh gunakan. Gelagat ini membolehkan Zig Zag untuk mengemas kini secara aktif strukturnya sebagai respons kepada kemas kini harga terkini dan bukannya hanya menunggu pengesahan titik pangsi baharu.
Pada setiap bar baharu di mana titik pangsi disahkan tidak tersedia, penunjuk akan melakukan langkah-langkah berikut untuk mengira unjuran pangsi:
- Ia membandingkan titik terkini Zig Zag kepada bar tinggi atau rendah selepas titik tersebut untuk mengesahkan bahawa titik kekal sah. Jika pasaran mencecah harga lebih ekstrem tanpa perlu membalik kepada peratusan diperlukan, penunjuk akan membuang titik terkini dari Zig Zag, dan menggunakan titik Zig Zag sebelumnya sebagai titik sah terkini. Sebaliknya, ia mengekalkan titik disimpan terakhir.
- Ia mencari setiap bar selepas titik sah terakhir dalam Zig Zag untuk pangsi tidak disahkan pada puncak atau dasar balikan harga yang mencukupi. Pangsi tidak disahkan adalah bar tinggi atau rendah yang lebih ekstrem dari harga merentasi bilangan bar ke kiri, tetapi masih belum disahkan dengan bilangan bar diperlukan ke kanan. Jika titik sah akhir adalah pangsi tinggi, penunjuk mencari pangsi rendah belum disahkan. Jika titik akhir adalah pangsi rendah, ia mencari pangsi tinggi belum disahkan.
- Jika pangsi tidak disahkan ditemui dan memenuhi peratusan balikan diperlukan, penunjuk akan melukis garis putus-putus sementara yang menghubungkan titik terkini Zig Zag kepada pangsi tersebut. Sebaliknya, ia membuang mana-mana unjuran terdahulu dan tidak memaparkan yang baharu.
Jika tetapan "Kira pangsi diunjurkan" tidak diaktifkan, penunjuk tidak mencari pangsi diunjurkan atau memaparkan garis putus-putus. Ia akan melukias garis padu baharu atau mengemas kini garis sedia ada hanya selepas titik pangsi disahkan menjadi tersedia.
Label maklumat
Penunjuk Zig Zag boleh memaparkan label dengan maklumat tambahan untuk setiap titik pangsi disimpan dan untuk pangsi diunjurkan semasa jika tetapan "Kira pangsi diunjurkan" diaktifkan. Jika sekurang-kurangnya satu daripada kotam semak "Paparkan" dipilih, penunjuk akan memaparkan label hijau di atas pangsi tinggi Zig Zag dan label merah di bawah pangsi rendah.
Setiap label dipaparkan mengandungi satu atau lebih maklumat, bergantung kepada tetapan dipilih:
- Harga balikan: Harga pada titik pangsi.
- Volum kumulatif: Jumlah kumulatif volum dari titik Zig Zag sebelumnya kepada titik terkini.
- Perubahan harga balikan: Jarak dari titik pangsi sebelumnya kepada titik pangsi semasa, dijelaskan sebagai perbezaan harga atau peratusan daripada harga pangsi sebelum.
Sekatan
Penunjuk Zig Zag mempunyai beberapa had ketara disebabkan cara pengiraan dan menjelaskan maklumatnya:
- Penunjuk ini tertunda; ia melukis garis dan label disahkan sebelum ini, kerana mengesahkan titik pangsi baharu untuk mengemas kini struktur Zig Zag memerlukan bar dengan sokongan tindakan harga untuk masa sebelum dan selepas bar tersebut. Pengesahan tertunda bergantung terus kepada nilai input "Kaki pangsi".
- Garis padu terkini dalam Zig Zag adalah bukan muktamad. Penunjuk membuang atau melukis semula garis terkini jika tindakan harga seterusnya membatalkan titik pangsinya.
- Garis dan label unjuran boleh berubah pada setiap bar, kerana penunjuk sentiasa mengemas kini lukisan-lukisan ini secara konsisten untuk memaparkan titik pangsi berpotensi seterusnya.
- Bilangan garis dan label maksimum yang boleh dipaparkan oleh penunjuk adalah sehingga 500. Disebabkan itu, penunjuk ini memaparkan hanya sehingga ~500 pangsi terkini dalam struktur Zig Zag. Jika Zig Zag pada carta anda mengandungi lebih daripada 500 pangsi, anda boleh menggunakan Ulangan Bar untuk melihat pangsi pada bar terdahulu.
Input

Sisihan harga untuk balikan (%)
Menetapkan peratusan balikan mutlak minimum, relatif kepada pangsi dipaparkan terakhir, yang diperlukan oleh Zig Zag untuk memaparkan titik pangsi baharu dalam arah bertentangan dengan titik sebelumnya.
Kaki pangsi (pivot legs)
Menetapkan jumlah bilangan bar diperlukan untuk mengesahkan titik pangsi. Penunjuk membahagikan bilangan ini kepada dua, membundarkan ke bawah jika diperlukan dan memeriksa keputusan bilangan bar ke kiri dan kekanan untuk setiap bar. Nilai lebih besar memerlukan lebih banyak bar untuk mengesahkan titik pangsi, yang menaikkan masa yang diperlukan penunjuk.
Warna garis
Menetapkan warna garis Zig Zag.
Mengira pangsi diunjurkan
Menjelaskan sama ada penunjuk mengira pangsi diunjurkan pada bar-bar masa nyata.
Jika dipilih, penunjuk akan mencari pangsi-pangsi tidak disahkan apabila pangsi baharu tidak tersedia. Pada setiap bar di mana penunjuk mengesan pangsi sah tetapi belum disahkan bahawa ia boleh digunakan oleh Zig Zag, ia akan mengemas kini garis padu terkini dan label yang sepadan, mengikut keperluan, kemudian memaparkan garis putus-putus sementara dan label untuk mewakili titik diunjurkan. Unjuran mengemas kini pada setiap bar baharu sehinggalah penunjuk mengenal pasti titik pangsi disahkan seterusnya.
Jika tidak dipilih, penunjuk mengemas kini struktur dipaparkannya hanya selepas titik pangsi baharu yang disahkan tersedia.
Tetapan ini tidak mempengaruhi pengiraan penunjuk pada bar sejarah.
Memaparkan harga balikan
Menjelaskan sama ada label penunjuk menunjukkan nilai harga pada setiap titik dalam Zig Zag.
Memaparkan volum kumulatif
Menjelaskan sama ada label penunjuk menunjukkan jumlah volum dikumpulkan antara setiap titik dalam Zig Zag.
Memaparkan perubahan harga balikan
Kotak semak menentukan sama ada label penunjuk menunjukkan perubahan harga dari satu titik dalam Zig Zag ke titik seterusnya. Input lungsur turun menentukan sama ada setiap label menunjukkan perubahan sebagai perbezaan harga mutlak atau sebagai peratusan kepada harga titik sebelumnya.