Skrip awam jemputan sahaja
Skrip awam jemputan sahaja hanya boleh diterbitkan oleh akaun Premium. Ia membenarkan penulisnya mengawal akses kepada skrip, yang membuatkan anda perlu mendapatkan kebenaran dari penulis untuk menggunakannya dan selalunya memerlukan pembayaran wang. Skrip awam sudah dianalisa oleh moderator skrip dan mematuhi Peraturan Dalaman, tetapi anda seharusnya tidak membuat kesimpulan bahawa TradingView menyokong skrip ini atau penulisnya.
Jangan anggap skrip berbayar adalah lebih bagus daripada yang anda jumpai dalam puluhan ribu skrip sumber terbuka atau percuma di dalam Perpustakaan Awam kami. Ada beberapa skrip tersedia percuma di TradingView mungkin dapat mengatasi majoriti skrip-skrip jemputan sahaja, dan banyak skrip-skrip jemputan sahaja adalah versi terlindung nipis daripada penunjuk-penunjuk yang sudahpun tersedia meluas, dengan hanya beberapa pengubahsuaian yang tidak bermaksud mereka akan menjadi lebih berguna.
Beberapa skrip jemputan sahaja adalah direkabentuk oleh penulis yang memberikan hasil kerja asli tetapi sentiasa ingat bahawa menjana keuntungan dalam dagangan adalah lebih dari menjana isyarat untuk kemasukan. Ada beberapa contoh di mana skrip yang memberikan isyarat masukan hanya memberikan sedikit nilai kepada kemahiran pedagang atau akaun dagangan. Ini kerana titik masukan hanyalah satu komponen kecil dalam keseluruhan satu strategi yang berjaya. Faktor-faktor lain seperti pengurusan risiko, saiz posisi, kekerapan dagangan, cas dagangan dan banyak lagi hendaklah diuruskan dengan baik untuk mencapai keuntungan.
Aspek lain yang anda perlu uruskan dengan baik untuk mencapai keuntungan ialah diri anda sendiri. Anda boleh mempunyai model kuantitatif terbaik di tangan anda untuk memberitahu segalanya tentang apa yang anda perlukan untuk berdagang, tetapi jika anda tidak boleh uruskan diri anda sebagai seorang pedagang, anda tidak akan dapat mencapai potensi sebenar sistem itu.
Sebelum membayar untuk satu skrip yang bertujuan untuk membantu anda dengan masuk dan keluar, fikirkan semula siapa yang mengesyorkan anda membeli skrip berkenaan. Adakah dia seorang penulis yang boleh dipercayai? Bagaimana dia menjawab soalan-soalan yang kami harap anda akan tanyakan padanya tentang bagaimana sistem dia boleh menghadapi risiko dan menentukan saiz posisi? Bolehkah dia memberikan anda satu rekod pencapaian dagangan lalu pada akaun sebenar? Pasaran manakah sistem yang direka itu patut dijalankan? Perlukah anda menggunakan keumpilan (leverage) untuk mendagangkan sistem itu? Adakah sistem itu dilakukan ujian belakang (backtest)? Bolehkah anda melihat keputusan ujian belakang pada beberapa pasaran? Adakah penjual mempunyai satu forum sokongan di mana anda boleh bertanyakan soalan dan berkongsi dengan pengguna-pengguna lain tentang produk ini? Bolehkan penjual merujuk anda kepada pembeli-pembeli lain?
Perhatikan bagaimana seseorang penjual bercakap tentang produknya. Secara amnya, semakin banyak jaminan yan diberikan, lebih banyak bendera merah sepatutnya muncul untuk anda. Pedagang berpengetahuan memahami bahawa adalah mustahil untuk meramalkan keputusan masa depan dengan sistematik dan tepat. Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Peristiwa tidak dijangka selalu terjadi. Pedagang berpengalaman selalunya menggunakan tona berhati-hati kerana mereka memahami metodologi dagangan adalah tidak selalunya tepat.
Beberapa jenis skrip jemputan sahaja adalah bertujuan untuk menjalankan sistem berautomasi, yang lain direka untuk digunakan dalam dagangan budi bicara (discretionary trading). Sebelum anda membayar untuk satu skrip, pastikan anda memahami apakah kegunaannya.
Beberapa penjual menawarkan satu tempoh percubaan di mana anda boleh menguji skrip mereka. Dagangan yang berjaya bergantung kepada law of large numbers untuk berfungsi, yang mana memerlukan ratusan atau ribuan dagangan untuk dapat menyemak dengan betul tentang sesuatu sistem. Walaupun sesi percubaan mungkin dapat membantu anda memahami dengan lebih baik tentang apa yang skrip lakukan dan bagaimana menggunakannya, ia tidak membenarkan anda untuk memastikan kesahihannya dengan tepat.
Bolehkah beberapa skrip jemputan sahaja berguna kepada pedagang? Sudah tentu, tetapi jika anda memilih untuk mewakilkan tanggungjawab keputusaan dagangan anda kepada satu alat, kami harap anda tahu bahawa lebih banyak diperlukan untuk menjadi seorang pedagang berjaya selain daripada satu skrip sahaja.