Menerbitkan skrip jemputan sahaja


Sebagai pengguna TradingView, anda boleh menerbitkan penunjuk dan strategi jemputan sahaja dengan menggunakan Pine Script®. Anda juga boleh mengawalnya dengan memberikan kebenaran. Skrip-skrip tersebut dianalisa oleh moderator kami dan mematuhi Peraturan Dalaman.

Akan tetapi, setiap pedagang mempunyai pandangan mereka sendiri mengenai pasaran dan menggunakan skrip orang lain mungkin tidak selaras sepenuhnya dengan strategi dan jangkaan dagangan anda. Juga, moderator mempunyai pandangan dan jangkaan mereka sendiri, jadi kami mencadangkan anda melakukan penyelidikan anda sendiri sebelum menggunakan mana-mana skrip jemputan sahaja.

Sebelum itu, pertimbangkan yang berikut:

  • Siapakah penulisnya?
  • Bagaimanakah skrip menguruskan risiko dan menentukan saiz posisi?
  • Adakah rekod prestasi untuk dagangan sebelumnya pada akaun sebenar?
  • Pasaran manakah sistem direka bentuk?
  • Adakah skrip mencadangkan penggunaan leveraj?
  • Apakah skrip dilakukan ujian belakang?
  • Adakah penulis menyediakan bantuan?
  • Bolehkah anda menghubungi pengguna-pengguna skrip lain?
  • Adakah penulis menawarkan tempoh percubaan?

Beberapa skrip jemputan sahaja adalah khusus untuk dijalankan pada sistem diautomasikan, manakala yang lain direka bentuk untuk dagangan sendiri. Sebelum mengakses skrip, pastikan anda memahami kegunaan sebenarnya.

Juga baca: