Skrip peribadi jemputan sahaja

Skrip peribadi jemputan sahaja hanya boleh diterbitkan oleh akaun Premium. Anda boleh melihat sama ada satu skrip adalah peribadi atau tidak dari ikon "kunci" kecil yang muncul di sebelah kanan namanya. Skrip jemputan sahaja membenarkan penulis mengawal akses kepada skrip yang membuatkan anda perlu mendapatkan kebenaran dari penulis untuk menggunakannya dan selalunya memerlukan pembayaran wang.

Skrip peribadi tidak dianalisakan oleh moderator skrip. Pematuhan mereka kepada Peraturan Dalaman adalah tidak diperlukan. Walaupun tidak semua penjual menerbitkan skrip peribadi jemputan sahaja, ramai yang melakukannya kerana penerbitan ini tidak perlu mematuhi Peraturan Dalaman. Ini menyebabkan ada lebih tinggi risiko kepada anda apabila anda membayar untuk jenis skrip sebegini.

BERHATI-HATI:

  • Skrip atau penjelasannya mungkin tidak jujur.
  • Penulis mungkin melakukan dakwaan tidak wajar kepada prestasi skrip.
  • Penulisnya mungkin tidak ada pengetahuan tentang cara menulis satu skrip berkualiti atau mempunyai satu strategi yang sah.
  • Populariti skrip tidak berkadar lansung dengan keupayaan penggunaannya.

JANGAN BAYAR UNTUK SATU SKRIP BILNEVER PAY FOR A SCRIPT WHEN:

  • Penjual harap dapat meyakinkan anda tentang keberkesanan skrip dengan mengiklankan kadar kemenangannya.
  • Penjual menjamin prestasi masa hadapan.
  • Skrip menjana isyarat beli/jual dan pergerakan ke hadapan, atau penjual mengesyorkan menggunakannya pada carta bukan standard seperti Heikin Ashi, Renko, Kagi, Titik & Angka dan Julat. Jenis-jenis carta ini menghasilkan keputusan yang tidak realistik. Lihat penerbitan ini jika anda mahu memahami kenapa.

Jangan anggap skrip berbayar adalah lebih bagus daripada yang anda jumpai dalam puluhan ribu skrip sumber terbuka atau percuma di dalam Perpustakaan Awam kami. Ada beberapa skrip tersedia percuma di TradingView mungkin dapat mengatasi majoriti skrip-skrip jemputan sahaja, dan banyak skrip-skrip jemputan sahaja adalah versi terlindung nipis daripada penunjuk-penunjuk yang sudahpun tersedia meluas, dengan hanya beberapa pengubahsuaian yang tidak bermaksud mereka akan menjadi lebih berguna.

Ada beberapa skrip jemputan sahaja adalah direkabentuk oleh penulis yang memberikan hasil kerja asli tetapi sentiasa ingat bahawa menjana keuntungan dalam dagangan adalah lebih dari menjana isyarat untuk kemasukan. Ada beberapa contoh di mana skrip yang memberikan isyarat masukan hanya memberikan sedikit nilai kepada kemahiran pedagang atau akaun dagangan. Ini kerana titik masukan hanyalah satu komponen kecil dalam keseluruhan satu strategi yang berjaya. Faktor-faktor lain seperti pengurusan risiko, saiz posisi, kekerapan dagangan, cas dagangan dan banyak lagi hendaklah diuruskan dengan baik untuk mencapai keuntungan.

Aspek lain yang anda perlu uruskan dengan baik untuk mencapai keuntungan ialah diri anda sendiri. Anda boleh mempunyai model kuantitatif terbaik di tangan anda untuk memberitahu segalanya tentang apa yang anda perlukan untuk berdagang, tetapi jika anda tidak boleh uruskan diri anda sebagai seorang pedagang, anda tidak akan dapat mencapai potensi sebenar sistem itu.

Sebelum membayar untuk satu skrip yang bertujuan untuk membantu anda dengan masuk dan keluar, fikirkan semula siapa yang mengesyorkan anda membeli skrip berkenaan. Adakah dia seorang penulis yang boleh dipercayai? Bagaimana dia menjawab soalan-soalan yang kami harap anda akan tanyakan padanya tentang bagaimana sistem dia boleh menghadapi risiko dan menentukan saiz posisi? Bolehkah dia memberikan anda satu rekod pencapaian dagangan lalu pada akaun sebenar? Pasaran manakah sistem yang direka itu patut dijalankan? Perlukah anda menggunakan keumpilan (leverage) untuk mendagangkan sistem itu? Adakah sistem itu dilakukan ujian belakang (backtest)? Bolehkah anda melihat keputusan ujian belakang pada beberapa pasaran? Adakah penjual mempunyai satu forum sokongan di mana anda boleh bertanyakan soalan dan berkongsi dengan pengguna-pengguna lain tentang produk ini? Bolehkan penjual merujuk anda kepada pembeli-pembeli lain?

Perhatikan bagaimana seseorang penjual bercakap tentang produknya. Secara amnya, semakin banyak jaminan yan diberikan, lebih banyak bendera merah sepatutnya muncul untuk anda. Pedagang berpengetahuan memahami bahawa adalah mustahil untuk meramalkan keputusan masa depan dengan sistematik dan tepat. Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Peristiwa tidak dijangka selalu terjadi. Pedagang berpengalaman selalunya menggunakan tona berhati-hati kerana mereka memahami metodologi dagangan adalah tidak selalunya tepat.

Beberapa jenis skrip jemputan sahaja adalah bertujuan untuk menjalankan sistem berautomasi, yang lain direka untuk digunakan dalam dagangan budi bicara (discretionary trading). Sebelum anda membayar untuk satu skrip, pastikan anda memahami apakah kegunaannya.

Beberapa penjual menawarkan satu tempoh percubaan di mana anda boleh menguji skrip mereka. Dagangan yang berjaya bergantung kepada law of large numbers untuk berfungsi, yang mana memerlukan ratusan atau ribuan dagangan untuk dapat menyemak dengan betul tentang sesuatu sistem. Walaupun sesi percubaan mungkin dapat membantu anda memahami dengan lebih baik tentang apa yang skrip lakukan dan bagaimana menggunakannya, ia tidak membenarkan anda untuk memastikan kesahihannya dengan tepat.

Bolehkah beberapa skrip peribadi jemputan sahaja berguna kepada pedagang? Mungkin ya, tetapi penjual paling berpengetahuan akan menerbitkan skrip awam jemputan sahaja kerana mengeluarkan penerbitan yang mematuhi Peraturan Dalaman bukannya satu masalah untuk mereka. Jika anda tetap mahu memilih untuk membayar kepada skrip peribadi jemputan sahaja dan memilih untuk mewakilkan tanggungjawab keputusaan dagangan anda kepada satu alat, kami harap anda tahu bahawa lebih banyak diperlukan untuk menjadi seorang pedagang berjaya selain daripada satu skrip sahaja.