Supertrend

Definisi

Supertrend adalah suatu penunjuk pengekoran-trend berdasarkan Average True Range (ATR). Perkiraan garis tunggalnya menggabungkan pengesanan trend dan ketaktentuan. Ianya boleh digunakan untuk mengesan perubahan dalam arah aliran dan penetapan renti rugi.

Sejarah

Penunjuk Supertrend dicipta oleh Olivier Seban.

Perkiraan

Untuk mengira aluran-aluran Supertrend, gunakan formula-formula berikut:

hl2 = (high + low) / 2
basicUpperBand = hl2 + (multiplier × ATR)
basicLowerBand = hl2 - (multiplier × ATR)

upperBand = basicUpperBand < prev upperBand or
prev close > prev upperBand ? basicUpperBand : prev upperBand
lowerBand = basicLowerBand > prev lowerBand or
prev close < prev lowerBand ? basicLowerBand : prev lowerBand

superTrend = trendDirection == isUpTrend ? lowerBand : upperBand

trendDirection ditentukan melalui pemenuhan syarat-syarat berikut:

Until the ATR value is calculated trendDirection = isDownTrend
else if prev superTrend == prev upperBand
trendDirection := close > upperBand ? isUpTrend : isDownTrend
else
trendDirection := close < lowerBand ? isDownTrend : isUpTrend

Info Asas

Supertrend merupakan penunjuk pengekoran-trend. Ianya dipamerkan secara bertindih atas carta utama dengan plot-plot menunjukkan arah aliran semasa. Supertrend boleh digunapakai dalam tempoh masa berbeza (harian, mingguan, intrahari dll.) dengan instrumen berbeza (saham, kontrak hadapan, forex).

Supertrend mempunyai beberapa tetapan input yang anda boleh selaraskan mengikut strategi dagang anda. Mengubah tetapan-tetapan ini membolehkan anda membuat penunjuk lebih peka atau kurang peka kepada perubahan harga.

Untuk input-input Supertrend, anda boleh mengubah panjangATR dan pengganda:

●Tetapan panjangATR merupakan panjang gelung balik dalam perkiraan ATR;

●Pengganda digunakan sebagai nilai darab ke atas nilai ATR dan hasilnya digunakan sebagai nilai ofset aluran-aluran daripada harga.

Perhatikan yang berikut

Apabila harga jatuh di bawah lengkung penunjuk, ianya bertukar merah dan ini bermakna trend turun. Sebaliknya, apabila harga naik di atas lengkung, penunjuk bertukar hijau dan ini bermakna trend naik. Selepas setiap penutupan di atas atau di bawah Supertrend, trend yang baru akan wujud.

Ringkasan

Supertrend membantu anda membuat keputusan dagangan yang betul. Namun begitu, adakalanya ia menghasilkan isyarat palsu. Maka, adalah lebih bagus jika beberapa penunjuk-penunjuk yang bersesuaian digabung pakai. Seperti mana penunjuk yang lain, Supertrend berfungsi lebih baik apabila diguna pakai dengan penunjuk-penunjuk lain seperti MACD, Parabolic SAR, atau RSI.