Bolehkah saya membayar dengan kripto?

Sudah tentu boleh!

Anda boleh membayar dengan kripto (BTC, ETH, BCH, LTC, DOGE, USDC, DAI atau USDT) untuk pelan Essential, Plus atau Premium tahunan kami sahaja. Apakah mata wang kripto yang diterima untuk pembayaran dan rangkaian mana yang perlu digunakan?

  • Bitcoin (BTC) - Bitcoin network
  • Ethereum (ETH) - ERC20 network
  • USD Coin (USDC) - ERC20 network
  • Litecoin (LTC) - Litecoin network
  • Bitcoin Cash (BCH) - Bitcoin Cash network
  • Dogecoin (DOGE) - Dogecoin network
  • DAI (DAI) - ERC20 network 
  • USDT - ERC20 network

Adalah penting rangkaian yang anda keluarkan dana darinya dan yang anda depositkan dana ke dalamnya, adalah sama.

Sila ambil maklum bahawa jika dana dihantar melalui satu rangkaian berlainan, ia akan menyebabkan anda kehilangan pembayaran anda. Sila pastikan anda mengambilberat mengenai perkara ini dan jangan hanya memilih pilihan yang menawarkan komisyen paling rendah.

Anda akan disambungkan semula secara automatik ke Coinbase untuk menyelesaikan pembelian anda. Sebaik sahaja pembayaran diselesaikan, anda akan disambungkan semula ke halaman TradingView.

Sila ambil maklum bahawa anda tidak perlu mempunyai akaun Coinbase untuk menyempurnakan pembayaran - anda boleh menggunakan apa-apa dompet yang ada.