Bagaimanakah pautan rujukan berfungsi?

Ingat, Program Rujukan adalah khas untuk pelanggan baru sahaja. Ia berfungsi seperti berikut:

  1. Pengguna TradingView menghantar pautan rujukan mereka kepada rakan yang belum menyertai kami. (Anda boleh mencari pautan rujukan anda di sini).
  2. Pelanggan baru mengikuti pautan ini dan mencipta akaun mereka.
  3. Rakan yang dirujuk membeli langganan untuk mana-mana pelan Pro. Dia tidak perlu mendapatkan pelan berbayar pada hari pertama - ada tempoh 3 bulan untuk memikirkannya dan melakukannya, akan tetapi, pengguna yang mahu mengambil kesempatan semasa tawaran Jualan, adalah lebih baik anda cepat, kerana ia tidak akan kekal selamanya!
  4. Kedua-dua rakan akan mendapat 3000 atau 1000 syiling TradingView sebagai ganjaran; 3000 untuk satu pelan tahunan dan 1000 untuk satu pakej bulanan (100 syiling bersamaan dengan 1 USD. Syiling tidak boleh ditukar kepada tunai dan hanya boleh digunakan pada platform). Sila ambil maklum, ganjaran hanya akan diberikan pada pembelian pertama sahaja.

Jika anda tidak mengikut peraturan untuk Program Rujukan atau melanggarnya, tidak ada ganjaran akan diberikan, jadi kami galakkan anda utuk membacanya. Penyelesaian ini juga mungkin dapat membantu.