Bagaimana saya ingin menghubungi Pasukan Sokongan

Senang saja! Ketahui bahawa sokongan individu adalah disediakan untuk pelanggan-pelanggan berbayar. 

Mula-mula, tanya pembantu bot sembang atas talian kami untuk bantuan. Ia adalah alat bagus yang dapat mencari jawapan kepada soalan anda dalam beberapa saat. Jika isu anda adalah lebih kompleks, anda akan ditawarkan pilihan untuk menghantarkan permintaan sokongan. Agen kami akan menghubungi anda kembali melalui tiket ini.

Sekiranya anda berada pada pelan Asas, anda boleh sahaja menggunakan pembantu bot sembang dan menghantarkan maklum balas jika soalan anda tidak ditemui. Jika anda mempunyai masalah berkaitan pengebilan, jangan ragu-ragu untuk menghantar email kepada support@tradingview.com. Selain daripada itu, anda juga boleh cuba mencari jawapan kepada soalan anda di Pusat Bantuan. Di dalamnya mengandungi pelbagai artikel-artikel yang tersedia untuk semua pengguna. Kami sentiasa menambah informasi baru disitu dan akan cuba merangkumi sebanyak mungkin soalan-soalan anda. Silakan melihat-lihat di semua fail.

Kami juga mempunyai satu blog dimana kami mengumumkan ciri-ciri baru dan menerbitkan berita. Selain daripada itu, terdapat juga komuniti kami di Reddit di mana banyak pengguna-pengguna bertanyakan soalan dan memberikan pendapat mengenai ciri-ciri dan alatan-alatan untuk dikeluarkan di masa depan oleh TradingView. Mungkin dengan mencapai keluar kepada komuniti ini, anda boleh mencari informasi dari ahli-ahli aktif dalam hal mengenai cara menyelesaikan masalah anda atau menjawab soalan-soalan anda.

 

Kami sentiasa berada di sini untuk membantu!