Bagaimana saya ingin menghubungi Pasukan Sokongan

Senang saja! Ketahui bahawa sokongan individu adalah disediakan untuk pelanggan-pelanggan berbayar. Periksa fail isu berkaitan di Pusat Bantuan. Masih belum menjumpai jawapan? Gerak turun fail dan tekan Masih memerlukan bantuan? Buka satu tiket sokongan dan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

Selain daripada itu, tiket-tiket juga boleh dibuka di laman Pusat Bantuan. Klik Tiket sokongan saya -> Tiket dibuka.

Sekiranya anda berada pada pelan Asas, anda boleh sahaja menghantar kepada kami maklumbalas: Pusat Bantuan -> FAQ pengguna percuma -> Sumber bantuan kendiri untuk pengguna percuma -> Kongsi maklumbalas. Jika anda menghadapi isu-isu mengenai pembayaran bil pada pelan Asas, jangan ragu-ragu untuk menghantar email kepada support@tradingview.com. Selain daripada itu, anda juga boleh cuba mencari jawapan kepada soalan anda di Pusat Bantuan. Di dalamnya mengandungi pelbagai artikel-artikel yang tersedia untuk semua pengguna. Kami sentiasa menambah informasi baru disitu dan akan cuba merangkumi sebanyak mungkin soalan-soalan anda. Silakan melihat-lihat di semua fail.

Kami juga mempunyai satu blog dimana kami mengumumkan ciri-ciri baru dan menerbitkan berita. Selain daripada itu, terdapat juga komuniti kami di Reddit dimana banyak pengguna-pengguna bertanyakan soalan dan memberikan pendapat mengenai ciri-ciri dan alatan-alatan untuk dikeluarkan di masa depan oleh TradingView. Mungkin dengan mencapai keluar kepada komuniti ini, anda boleh mencari informasi dari ahli-ahli aktif dalam hal mengenai cara menyelesaikan masalah anda atau menjawab soalan-soalan anda.

 

Kami sentiasa berada di sini untuk membantu!