Carian Pantas di TradingView: cari semuanya dengan sangat pantas

Carta Super TradingView datang dengan pelbagai ciri-ciri berkuasa dan keupayaan tanpa batas — terbaik untuk pengguna berpengalaman tetapi agak mengelirukan jika anda yang baru bermula. Untuk membantu anda menjimatkan masa dan menjadikan analisis anda lebih efisyen, kami mempunyai ciri Carian Pantas. Ciri berguna ini membantu anda mencari dan mengaktifkan alatan, arahan dan tetapan dengan serta-merta, tanpa anda perlu meninggalkan ruang kerja anda.

 

Mari kita lihat apa yang ada dalam alat Carian Pantas.

KANDUNGAN

Apakah Carian Pantas?

Carian Pantas adalah pintasan anda untuk segalanya yang ditawarkan oleh TradingView dalam Carta Super. Dari alatan lukisan dan tetapan carta kepada penunjuk dan arahan, semuanya boleh diakses dalam dialog carian tunggal.

Untuk membuka dialog, anda boleh menggunakan butang “Carian pantas” pada bar alat atas, tetapi adalah lebih mudah untuk menggunakan kekunci panas ⌘ + K (macOS) atau Ctrl + K (Windows).

Carian Pantas menawarkan tiga cara untuk mencari apa yang anda perlukan, setiap satu direka untuk menjadikan pencartaan anda lebih efisyen:

  • Lukisan: Adakah anda mahu menambahkan satu garisan trend, anjakan Fibonacci atau segi empat tepat? Hanya taip nama alat berkenaan. Sebaik sahaja ia muncul, anda boleh memilihnya terus, atau menambahkannnya dalam kegemaran anda untuk akses lebih pantas di lain masa.
  • Ciri carta: Ini termasuk arahan yang membantu anda berinteraksi dengan carta anda — buka dialog, tambahkan penunjuk, tambah nota dan banyak lagi. Mulakan carian anda dengan perkataan seperti "Tambah," Masukkan, Tukar atau Buka untuk menerokai semua pilihan yang ada.
  • Tetapan carta: Jika anda perlu melaraskan skala, tukar tema warna atau sesuaikan label, anda juga boleh melakukannya dari bar carian tanpa perlu membuka secara manual menu tetapan.

Anda juga boleh mencari metrik dan data yang berkaitan dengan simbol yang dibuka pada carta anda. Hanya taip ticker dan anda akan melihat senarai data tersedia untuk analisis anda.

Sejarah carian

Setiap arahan atau alat yang anda telah gunakan melalui Carian Pantas disimpan dalam senarai "Carian terkini". Jadi jika anda memerlukan ciri yang sama di lain masa, anda tidak perlu menaipnya sekali lagi — hanya buka Carian Pantas dan pilih dari sejarah anda.

Kesimpulan Carian Pantas

Carian Pantas adalah cara mudah tetapi efisyen untuk bekerja dengan carta anda. Sama ada anda sedang meneroka tetapan carta, menambahkan alat lukisan baharu atau hanya cuba mencari sesuatu dengan pantas, ciri ini membantu anda kekal fokus kepada analisis anda, tanpa perlu mencari dalam menu-menu.

Juga baca: