Alat lukisan

Dengan alat lukisan TradingView, anda boleh membuat nota, menambah komen, menanda arah aliran dan corak, melakukan pengukuran dan ramalan, dan mengira tingkatan harga. Kesemua ini terletak pada panel kiri pada carta.

Semua alat mempunyai tetapan gaya dan kebolehlihatan pada rangka masa berbeza. Anda boleh mengubah mereka dalam menu yang dibuka dengan mengklik dua kali atau menggunakan butang “Tetapan” pada panel terapung. Gaya boleh disimpan dalam satu templat untuk digunakan di masa hadapan dengan satu klik.

Untuk akses pantas, ada satu fungsi untuk menambahkan ke kegemaran. Klik pada ikon bintang bertentangan dengan alat yang diingini dalam menu lungsur turun, dan mereka akan muncul pada satu panel terapung yang berasingan.

Alatan dibahagikan kepada 7 kumpulan:

  1. Garisan arah aliran membenarkan anda untuk menanda arah pergerakan dan tingkatan harga. Alatan ini adalah yang paling kerap digunakan. Dan kebanyakan mereka mempunyai fungsi menambahkan teks.

  2. Alatan Gann dan Fibonacci. Alatan yang membenarkan anda membina tingkatan secara automatik berdasarkan kepada formula Fibonacci dan teori Gann adalah dikumpulkan di sini. Dalam tetapan, anda boleh menukar bilangan tingkatan dan melaraskan pekali dalam pengiraan mereka.

  3. Bentuk geometri. Satu set untuk garisan lukisan bebas (Berus, Penanda, Poligaris) atau bentuk geometri standard.
  4. Alat anotasi membenarkan anda menambahkan nota teks secara terus ke dalam carta, menjadikan analisa teknikal lebih jelas.


  5. Corak. Satu set corak standard yang membenarkan anda untuk menandakan tinggi dan rendah, dan jarak di antara mereka.

  6. Alat ramalan dan pengukuran yang boleh digunakan untuk mengukur jarak carta, meramalkan pergerakan harga dan menilai posisi dagangan.

  7. Ikon. Lihat di kumpulan ini untuk menambahkan kelainan dan kecemerlangan kepada analisa anda. Alat-alat hiasan juga penting seperti yang lain. Bahagian ini membenarkan anda menambah bukan sahaja ikon, tetapi juga emoji dan pelekat. Anda boleh menukar satu kumpulan objek-objek menggunakan butang ini – tab pada bahagian bawah menu.

Anda boleh mempelajari lebih lanjut mengenai setiap instrumen di sini.