Saya telah membayar untuk satu pelan tetapi akaun saya masih belum dinaiktaraf. Bagaimana saya boleh menghubungi Sokongan?
- Pastikan anda telah log masuk kedalam akaun yang mana anda telah dicas. Anda boleh memeriksa nama pengguna dalam invois yang kami telah e-melkan kepada anda selepas menyelesaikan pembayaran. Mungkin anda tidak sengaja mencipta yang lain, akaun percuma yang anda log masuk sekarang. Jika ini adalah isunya, hanya log masuk ke dalam akaun yang betul untuk menikmati ciri-ciri berbayar. Sila ambil maklum bahawa jika sistem menjumpai satu akaun dinaiktaraf, yang kami percaya ia adalah kepunyaan anda, kami akan memberitahu anda melalui mesej timbul.
- Pembayaran masih belum diproses oleh bank/pemproses pembayaran. Kadang-kala ini boleh mengambil masa beberapa jam dan diluar kawalan kami. Sila periksa status langganan anda selepas itu.
- Jika anda tidak mengetahui nama / email untuk akaun berbayar anda, sila isikan borang carian pembayaran dengan nama sebenar anda dan e-mel yang kami boleh hubungi. Ia mempunyai bahagian wajib yang perlu diisikan, tetapi sila berikan kami maklumat pembayaran selengkapnya, supaya kami dapat mencari transaksi pembayaran anda dengan pantas. Lihat dengan teliti kaedah pembayaran yang digunakan. Pengurus kami akan menghubungi anda melalui email yang anda letakkan di dalam borang dan membantu anda mencari akaun berbayar.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun dengan kami, sila klik di sini.