Carta garis dasar dijelaskan
Jenis carta garis dasar menggunakan garisan untuk memaparkan tingkatan harga dan mewarnakan kawasan di bawah di mana harga adalah di atas atau di bawah garis dasar peratusan. Tingkatan ini bertindak sebagai titik penting yang boleh digunakan untuk menilai sejauh mana ketidakstabilan aset tersebut.
KANDUNGAN:
Apakah carta garis dasar
Carta garis dasar boleh jadi satu pilihan yang bagus apabila anda perlu melihat sejauh mana ke atas atau ke bawah sesebuah aset sudah bergerak dari satu tingkatan peratusan tertentu. Ia melaraskan secara automatik kepada kawasan carta yang sekarang dipaparkan pada Carta Super anda.

Ia adalah hampir sama dengan carta garis standard, menggunakan teknik pemvisualan, dan pada masa yang sama memberikan maklumat tambahan tentang bagaimana trend sudah berubah dari masa ke semasa.
Sebagai contoh, jika anda melihat bahawa kawasan hijau sebelumnya mula mengecil dan harga bergerak lebih dekat dengan garis dasar, ini boleh menjadi isyarat bahawa trend semakin melemah.
Juga, garis dasar itu sendiri boleh bertindak sebagai zon sokongan dan rintangan.
Carta garis dasar vs carta garis
Carta garis mempunyai banyak variasi, jadi setiap satu kelihatan hampir sama, tetapi mempunyai tujuan yang berbeza.
Dua jenis carta berikut memaparkan data yang sama dengan input yang sama untuk tingkatan harga tetapi disebabkan kawasan dilorekkan, mereka mempunyai aplikasi dan kelebihan yang unik.
Garis dasar
- Boleh menjadi lebih bermaklumat untuk pengenalan perubahan trend
- Membantu mengenal pasti tingkatan utama sokongan dan rintangan
- Berfungsi dengan semua corak carta, serupa dengan carta garis
Garis
- Tidak menunjukkan titik sebenar di mana pangsi (pivot) terjadi
- Lebih mudah dibaca untuk trend biasa tetapi bukan untuk perubahannya
- Lebih baik untuk membandingkan beberapa aset
Mengaktifkan jenis carta
Sebaik sahaja anda berada pada Carta Super, buka menu jenis carta pada bar alat atas dan pilih "Garis dasar."

Tetapan
Untuk memanfaatkan carta garis sepenuhnya, anda boleh mensesuaikannya mengikut kegemaran dan keperluan anda.
Untuk melakukan ini, cari butang berbentuk gear "Tetapan" pada bar alat atas dan pergi ke tab "Simbol".

Bahagian "Garis dasar" menyenaraikan tetapan khusus kepada jenis carta ini:
- Sumber harga: Pilih harga yang anda mahu carta tunjukkan. Secara lalai, ia ditetapkan kepada harga tutup, bermaksud carta garis dasar akan terbentuk dengan harga tutup aset. Dari gaya dagangan anda, pilih harga disukai:
- Buka: Carta menunjukkan harga buka
- Tinggi: Menunjukkan hanya harga tertinggi
- Rendah: Menunjukkan hanya harga terendah
- Tutup: Menunjukkan hanya harga tutup
- (H + L)/2: Menunjukkan purata harga tertinggi dan terendah
- (H + L + C)/3: Menunjukkan purata harga tertinggi, terendah dan penutup
- (O + H + L + C)/4: Menunjukkan purata harga buka, tertinggi, terendah dan penutup
- Garisan atas: Pilih warna, ketebalan dan kelegapan garisan yang memaparkan sempadan atas
- Garisan bawah: Pilih warna, ketebalan dan kelegapan garisan yang memaparkan sempadan bawah
- Isikan bahagian atas: Laraskan warna dan kelegapan pada bahagian atas
- Isikan bahagian bawah: Laraskan warna dan kelegapan pada bahagian bawah
- Aras dasar: Tetapkan nilai aras garisan dikira sebagai peratusan untuk ketinggian panel. Secara lalai, nilai ini ditetapkan kepada 50%. 0 % – bersamaan dengan sempadan bawah panel dan 100 % bersamaan sempadan atas
Kesimpulan carta garis dasar
Jika anda adalah pedagang trend dan perlu mencari dan menyerlahkan tingkatan sokongan dan rintangan dan pada masa yang sama memsasarkan kepada kesederhanaan dan mengelakkan daripada menyesakkan carta anda — carta garis dasar boleh menjadi pilihan yang tepat untuk analsis anda.
Untuk memanfaatkan mereka, anda boleh menggunakan pelbagai alatan lukisan dan penunjuk teknikal dan berlatih menggunakan mereka dalam pensimulasi dagangan tanpa risiko mereka .
Juga baca: