Mengapakah pilihan Sekali Per Bar hilang?
Parameter “Pencetus” menentukan kekerapan dan bila secara tepatnya bila pemberitahuan akan tercetus.
Bahagian “Pencetus” boleh mengandungi dua atau empat pilihan frekuensi.
Semua empat pilihan (Hanya Sekali, Sekali Per Bar, Sekali Per Bar Tutup, Sekali Per Minit) adalah hanya tersedia untuk pemberitahuan bersandarkan selang waktu – cth., berdasarkan kepada lukisan, penunjuk dan jenis carta seperti Heikin Ashi atauJulat.
Dua pilihan tersedia untuk pemberitahuan berasaskan harga biasa - Hanya Sekali dan Setiap Masa.
Nilai harga adalah sama pada semua selang waktu dan pemberitahuan sebegini adalah dicetuskan tanpa mengira selang waktu. Sekiranya anda mahu menetapkan satu pemberitahuan selang waktu kendiri, anda boleh mencipta satu pemberitahuan garisan mendatar.
Untuk pemberitahuan berdasarkan kepada jenis carta seperti Line Break, Kagi, Renko, Titik & Angka, hanya dua pilihan tersedia - Hanya Sekali dan Sekali Per Bar Tutup. Ini disebabkan kerana pada carta-carta sebegitu, bar-bar adalah akhirnya terbentuk dan kekal tidak berubah hanya pada penutup, dan sebelum itu, bar-bar menjadi satu unjuran. Sebagai contoh, pada carta Renko selang waktu 10-minit, satu atau lebih bata unjuran hanya akan kelihatan semasa penutup terkini bergerak ke arah ambang bata seterusnya. Bata unjuran hanya terjadi pada masa nyata, di antara nilai-nilai selang waktu carta. Data ini hilang apabila carta dimuatkan semula. Jadi, baki keseluruhan keadaan pemberitahuan tidak akan memberikan makna.
Pemberitahuan strategi adalah tercetus pada setiap pesanan. Frekuensi cetusan untuk pemberitahuan sebegini adalah ditentukan dalam kod strategi, jadi tiada pilihan frekuensi tersedia di dalam kotak dialog.