Mengapakah pilihan Sekali Per Bar hilang?
Parameter “Pencetus” menentukan kekerapan dan bila secara tepatnya bila pemberitahuan akan tercetus.
Bahagian “Pencetus” boleh mengandungi dua atau empat pilihan frekuensi.
Semua empat pilihan (Sekali sahaja, Sekali per bar, Sekali per bar tutup, Sekali per minit) adalah hanya tersedia untuk pemberitahuan bersandarkan selang waktu – cth., berdasarkan kepada lukisan, penunjuk dan jenis carta seperti Heikin Ashi atau Julat.

Dua pilihan tersedia untuk pemberitahuan berasaskan harga biasa - Sekali sahaja dan Setiap masa.
Pemberitahuan sebegini adalah berdasarkan kepada harga semasa, jadi mereka dicetuskan tanpa mengira selang waktu. Sekiranya anda mahu menetapkan satu pemberitahuan selang waktu kendiri, anda boleh mencipta satu pemberitahuan garisan mendatar.

Pemberitahuan strategi adalah tercetus pada setiap pesanan. Frekuensi cetusan untuk pemberitahuan sebegini adalah ditentukan dalam kod strategi, jadi tiada pilihan frekuensi tersedia di dalam kotak dialog.
