Susun atur, carta, lukisan, penunjuk dan interaksi mereka
Susun atur
Satu susun atur mengandungi carta, tetapan mereka, alatan lukisan dan penunjuk. Ia dikenalpasti dengan URL unik.

Adalah penting diketahui bahawa senarai amatan dan pemberitahuan tidak disimpan dalam susun atur. Anda boleh melihat senarai susun atur anda dalam tetingkap susun atur.

Anda boleh memuat turun susun atur digemari di sini dan menambahkannya kepada kegemaran atau memadamkannya.

Apabila anda cuba memadamkannya, kami akan memaparkan satu kotak dialog yang memberitahu anda data mana yang disimpan dalam susun atur yang anda cuba padamkan.

Berhati-hati semasa memadamkan susun atur anda. Adalah dinasihatkan untuk menamakan susun atur berlainan untuk mengelak kekeliruan dan kesilapan memadamkan yang betul.
Jika anda tersilap memadamkan satu susun atur, mengembalikannya semua adalah tidak dibenarkan.
Carta
Carta adalah satu komponen susun atur. Kotak gambar tunggal ini memaparkan satu siri (simbol) dan juga boleh memaparkan skala, penunjuk pada siri, panel penunjuk berasingan dan alatan lukisan.
Boleh ada 1 hingga 16 carta dalam susun atur. Bilangan carta maksimum dalam susun atur adalah bergantung kepada tingkatan langganan anda.

Tetapan carta: warna latar belakang, garisan, lilin dll
Tetapan boleh menjadi berbeza untuk setiap carta dalam susun atur.
Tetapan ini tidak disegerakkan antara susun atur. Hanya perubahan terkini akan disimpan jika anda bekerja dengan satu susun atur dalam beberapa tab dan menetapkan tetapan berbeza untuk satu carta.
Anda boleh melaksanakan tetapan untuk carta khusus kepada semua carta lain dalam susun atur dengan mengklik pada butang "Laksanakan untuk semua" dalam tetapan carta.

Penunjuk
Penunjuk tidak disegerakkan antara susun atur dan carta di dalam mereka. Akan tetapi, anda masih boleh melaksanakan penunjuk khusus kepada semua carta dalam satu susun atur dengan mengklik Tambah penunjuk ini kepada seluruh susun atur dalam menu konteks penunjuk.

Atau, dari menu konteks carta, anda boleh melaksanakan semua penunjuk dari carta semasa kepada semua yang lain dengan mengklik pada Gunakan penunjuk ini kepada seluruh susun atur.

Satu set penunjuk dengan tetapan semasa boleh disimpan sebagai satu templat pada carta semasa.

Apabila menggunakan satu templat, penunjuk semasa pada siri dan panel penunjuk tambahan akan dibuang dari carta dan penunjuk dari templat akan ditambahkan.
Objek lukisan tidak disimpan dalam templat penunjuk, jadi mereka dibuang dari panel penunjuk tambahan semasa menggunakan templat, walaupun jika templat sebelum ini mengandungi penunjuk yang sama pada carta.
Jika anda tersilap melaksanakan satu templat penunjuk dan membuang objek lukisan dari panel penunjuk, sila klik "batal" serta-merta. Jika tidak, objek lukisan tidak akan dikembalikan semula.
Alatan lukisan dan segerakan
Alatan lukisan boleh disegerakkan antara susun atur carta atau secara sejagat, bergantung kepada mod dipilih.

Jika segerakan dinyahaktifkan, objek lukisa akan disimpan hanya pada carta khusus untuk susun atur tersebut. Penyegerakan dengan susun atur menyegerakkan lukisan pada simbol semasa merentasi semua carta dalam susun atur semasa. Menyahaktifkan segerakan pada objek lukisan membuangnya dari carta lain.
Penyegerakan sejagat. Objek lukisan akan disegerakkan merentasi semua carta dan susun atur, yang bermaksud mereka akan muncul walaupun dalam susun atur yang baharu sepenuhnya. Menukar mod segerakan sejagat pada objek lukisan akan membuangnya dari semua susun atur lain.

Objek adalah disegerakkan secara sejagat antara tetingkap/tab/peranti berbeza dalam masa nyata sahaja apabila simpan automatik susun atur diaktifkan. Jika simpan automatik dinyahaktifkan, objek akan disegerakkan sekali hanya selepas simpanan secara manual.
Berhati-hati semasa bekerja dengan menu objek lukisan. Jika anda memadamkan objek lukisan pada simbol yang pada masa itu tidak dibuka pada carta, arahan "buat asal" tidak akan mengembalikan objek lukisanommand will not restore the drawing objects.

Jika anda tersilap memadamkan objek lukisan dari simbol, ia tidak boleh dikembalikan semula.
Simpan automatik
Jika susun atur ada perubahan tidak disimpan, isyarat "Simpan" biru berada pada panel atas di bawah namanya.

Jika anda melihat mesej ini, simpan susun atur anda sebelum menutup halaman untuk mengelakkan kehilangan perubahan terkini anda.
Apabila penyimpanan automatik diaktifkan, objek lukisan yang dicipta dan perubahan mereka akan disimpan serta-merta. Juga, perubahan yang disimpan kepada objek lukisan akan dipaparkan pada tab lain di mana susun atur dan simbol yang sama dibuka.