Berapa banyakkah data yang tersedia untuk Ulangan Bar?

Panjang data sejarah di dalam Ulangan Bar boleh berubah-ubah bergantung kepada simbol dan rangka masa carta yang dipilih. Untuk rangka masa harian atau berdasarkan harian, kami memaparkan semua data yang tersedia pada carta dan data yang sama boleh digunakan di dalam mod Ulangan Bar. Untuk rangka masa intrahari, TradingView mengekalkan bilangan terhad data dan panjang dalam Ulangan Bar bergantung kepada pelan. 

Pelan Essential
  • Dikira menggunakan formula: sekarang sehingga 6 minggu kebelakang, didarabkan dengan rangka masa dalam minit
  • Semakin tinggi rangka masa yang dipilih, semakin banyak data intrahari tersedia

Contoh

Anda boleh kembali 6 minggu ke belakang pada carta 1 minit, 12  minggu ke belakang pada carta 2 minit, 30 minggu ke belakang pada carta 5 minit,  90 minggu ke belakang pada carta 15 minit . 

Pelan Plus
  • Dikira dengan memberikan lebih banyak data sejarah intrahadi untuk Ulangan Bar: sekarang sehingga 6 bulan kebelakang, didarabkan dengan rangka masa dalam minit
  • Semakin tinggi rangka masa yang dipilih, semakin banyak data intrahari tersedia

Contoh

Pengguna Plus mempunyai akses kepada data 6 bulan untuk data 1 minit. Untuk rangka masa 2 minit, had ini digandakan dan setahun untuk data 2 minit adalah tersedia, untuk 3 minit ia diganda tiga dan 18 bulan untuk data 3 minit adalah tersedia. 

Langganan

Rangka masa berasaskan saat

Carta 1 minit

Carta 2 minit

Carta 3 minit

Carta 5 minit

Carta 15 minit

Essential

-

6 minggu

12 minggu

18 minggu

30 minggu

90 minggu

Plus

-

6 bulan

12 bulan

18 bulan

30 bulan

90 bulan 

Pelan Premium dan profesional

Pelan Premium dan profesional kami (Expert dan Ultimate) memberikan lebih banyak data sejarah intrahari untuk Ulangan Bar dan membenarkan anda untuk memainkan hampir semua data yang ada dalam simpanan data TradingView. Maksud “semua data” di sini bermaksud semua data sejarah yang kami ada tanpa set had tambahan. Untuk semua selang masa, sama ada 1 jam, 1 minit atau 1 saat, anda mendapat akses kepada kedalaman maksimum sejarah data dan anda boleh memainkannya dalam mod Ulangan sejauh mana ke belakang sebanyak mana data simbol tersedia di TradingView.

Jumlah data sejarah mungkin berbeza bergantung kepada simbol pilihan dan rangka masa carta. Pada rangka masa intrahari, TradingView menyimpan jumlah data yang terhad. Disebabkan ini, panjang data pada rangka masa intrahari mungkin lebih pendek daripada rangka masa harian. Sebagai contoh, jika anda memainkan NASDAQ:AAPL pada rangka masa harian, sejarah hariaan bermula pada 12 Disember, 1980, manakala data 1 minit AAPL bermula dari 3 Januari, 2000, dan bar 1 saat terawal dalam Ulangan akan bermula dari 17 Ogos, 2022.

Untuk beberapa simbol, kami mempunyai data 1 minit kebelakang sehingga tahun 2011, untuk beberapa yang lain, sehingga tahun 2009, manakala untuk yang lain, data boleh dipanjangkan lebih lagi, sehingga tahun 2000. Jadi, anda boleh memainkan sehingga 20+ tahun data minit dalam mod Ulangan. Pada masa yang sama, simbol lain mempunyai sejarah intrahari lebih pendek, disebabkan itu kurang data berada dalam Ulangan.

Untuk semua rangka masa berasaskan saat, TradingView menyimpan data bermula dari Ogos 2022, dan bar saat terawal dalam Ulangan akan bermula dari 2022-08-17.

Jadi, pelan Premium dan profesional boleh memainkan semula data kebelakang sejauh mana data simbol ada dalam simpanan kami. Berikut adalah beberapa contoh:

SimbolBar 1 saat terawalBar 1 minit terawalBar harian terawal
NASDAQ:AAPL17 Ogos, 20223 Januari, 200012 Disember, 1980
NASDAQ:MSFT17 Ogos, 2022
3 Januari, 2000
13 Mac, 1986
SP:SPX17 Ogos, 2022
3 Januari, 2000
1 Januari , 1871
TVC:VIX17 Ogos, 2022
8 April, 19973 Januari , 1990
TVC:DXY17 Ogos, 2022
13 Mac, 200731 Januari , 1967
FX:EURUSD
FX:GBPUSD
17 Ogos, 2022
28 November, 20014 Januari , 1971
BITSTAMP:BTCUSD17 Ogos, 2022
18 Ogos, 201118 Ogos, 2011
BITSTAMP:ETHUSD17 Ogos, 2022
7 Ogos, 2015August 7 Ogos, 2015

 

Sila ambil maklum bahawa had ulangan semula di atas adalah tidak termasuk carta niaga hadapan berterusan — simbol 1! dan 2! (contohnya, ES1!, BANKNIFTY1!), dan untuk kontrak hadapan dengan tetapan diaktifkan "Guna penyelesaian sebagai tutup pada selang harian" kerana mereka mempunyai had intrahari harian khas disebabkan sifat sintetik mereka:

  • Pengguna Premium, Expert dan Ultimate mempunyai akses kepada 30 hari data saat untuk simbol sintetik untuk semua rangka masa berasaskan saat.
  • Pengguna Premium, Expert dan Ultimate mempunyai akses kepada 1 tahun data 1 minit untuk simbol sintetik. Untuk rangka masa 2 minit, had ini digandakan, dan 2 tahun data 2 minit adalah tersedia, untuk 3 minit ia digandakan tiga dan 3 tahun data 3 minit tersedia dan seterusnya.
  • Pengguna Plus boleh kembali 6 bulan ke belakang pada carta 1 minit, 12 bulan ke belakang pada carta 2 minit dan seterusnya.
  • Pengguna Essential boleh kembali 6 minggu ke belakang pada carta 1 minit, 12 minggu ke belakang pada carta 2 minit dan seterusnya. 

Untuk mencari di mana bar yang boleh diulang terawal untuk simbol tertentu berdasarkan kepada langganan anda, sila aktifkan mod Ulangan, pilih “Pilih tarikh…” dalam menu lungsur turun pada panel ulangan dan tekan “Pilih hari tersedia pertama”. 

Jadi, anda boleh memulakan ulangan daripada bar pertama atau mana-mana bar dalam sejarah yang ada daripada menu “Pilih tarikh”.

Selain daripada itu, untuk mengakses data intrahari lebih dalam, anda boleh memilih titik permulaan untuk Ulangan Bar pada rangka masa lebih tinggi dan menukarkannya kepada satu rangka masa lebih rendah. Sebagai contoh, jika anda mahu memainkan bar-bar 1 minit yang sebelumnya, anda boleh pergi ke rangka masa harian, aktifkan mod Ulangan Semula, pilih pilihan “Pilih bar” dan pilih titik permulaan secara manual di mana-mana pada carta dalam had pelan anda. Kemudian, tukar kepada rangka masa 1 minit dan tekan Main. 

Jika titik permulaan yang ditentukan untuk ulangan adalah terlalu jauh dan tiada data tersedia untuk tempoh masa yang dipilih, Ulangan Bar akan membawa anda secara automatik ke bar pertama yang ada.


Apabila anda menukar rangka masa dari tinggi ke rendah, ada kemungkinan terjadi data yang tersedia pada rangka masa lebih tinggi (cth 1 hari) yang tidak tersedia pada carta rangka masa lebih rendah (cth 1 minit) kerana had pelan intrahari sudah tercapai atau di mana tiada data intrahari dalam simpanan data kami sejauh ini. Dalam kes ini, anda akan dapat melihat mesej “Titik data tidak tersedia” pada bucu kiri bawah carta dan rangka masa anda kekal tidak berubah.

Jika anda masih mahu menggunakan satu rangka masa lebih rendah dalam Ulangan Bar, anda perlu memilih satu titik permulaan di mana data rangka masa lebih rendah adalah tersedia dengan menggunakan pilihan “Pilih tarikh” →  “Pilih hari pertama tersedia”.