Berapa banyakkah data yang tersedia untuk Ulangan Bar?

Panjang data sejarah di dalam Ulangan Bar boleh berubah-ubah bergantung kepada simbol dan rangka masa carta yang dipilih. Untuk rangka masa harian atau berdasarkan harian, kami memaparkan semua data yang tersedia pada carta dan data yang sama boleh digunakan di dalam mod Ulangan Bar. Untuk rangka masa intrahari, TradingView mengekalkan bilangan terhad data dan panjang dalam Ulangan Bar bergantung kepada pelan. 

Untuk pemegang pelan Essential dan Plus, panjang data intrahari yang tersedia dikira seperti berikut: dari sekarang hingga 6 minggu sebelumnya didarabkan dengan rangka masa (dalam minit), cth, anda boleh kembali 6 minggu kebelakang pada carta 1 minit, 12 minggu kebelakang pada carta 2 minit, 30 minggu kebelakang pada carta 5 minit, 90 minggu kebelakang pada carta 15 minit dan seterusnya. Semakin tinggi rangka masa dipilih, semakin banyak data intrahari tersedia.

Pemegang pelan Premium mempunyai lebih banyak data sejarah untuk Ulangan Bar: dari sekarang hingga 6 bulan sebelumnya didarabkan dengan rangka masa (dalam minit), cth, pengguna Premium mempunyai akses kepada 6 bulan untuk data 1 minit. Untuk rangka masa 2 minit, had ini digandakan dan satu tahun untuk dua minit data adalah tersedia; untuk 3 minit ia digandakan tiga dan 18 bulan untuk data 3 minit adalah tersedia dan seterusnya. 

Untuk semua rangka masa berasaskan saat, pengguna Premium mempunyai akses sehingga 90 hari pada data di dalam Ulangan Bar.

Pelan Profesional kami memberikan lebih banyak data intrahari untuk Ulangan Bar. Hadnya adalah berikut:

  • untuk pelan Expert - dari sekarang hingga 270 hari sebelumnya digandakan dengan rangka masa (dalam minit)
  • untuk pelan Elite - dari sekarang hingga 360 hari sebelumnya digandakan dengan rangka masa (dalam minit)
  • untuk pelan Ultimate - dari sekarang hingga 450 hari sebelumnya digandakan dengan rangka masa (dalam minit) 

Untuk semua rangka masa berasaskan saat, pelan Expert mengandungi akses kepada data 120 hari, pelan Elite mengandungi akses kepada data 150 hari dan pelan Ultimate boleh mempunyai panjang maksimum data berdasarkan saat dalam Ulangan Bar iaitu 180 hari.

Sila ambil maklum bahawa had ulangan yang diberitahu di atas tidak termaktub kepada carta hadapan berterusan (continuous futures) simbol - 1! dan 2! (contohnya, ES1!, BANKNIFTY1!) kerana mereka mempunyai had intrahari istimewa mereka sendiri dan tidak boleh untuk memainkan lebih daripada 20K bar intrahari di dalam mod ulangan.

Nota: untuk mengakses data intrahari sebelum ini, anda perlu memilih titik permulaan untuk Ulangan Bar pada satu rangka masa yang lebih tinggi dan menukarkannya kepada satu rangka masa lebih rendah. Sebagai contoh, jika anda mahu memainkan bar-baru 1 min lama, anda boleh pergi ke rangka masa harian, aktifkan mod Ulangan dan pilih titik permulaan di mana-mana dalam had pelan anda, kemudian tukar semula kepada rangka masa 1 minit dan tekan Main. Ikuti pautan ini untuk melihat video dalam siaran blog. 

Jika tiada data untuk tempoh masa yang dipilih, Ulangan Bar akan memberikan notifikasi "Titik permulaan yang ditentukan untuk ulangan carta adalah terlalu jauh. Sila pilih yang lain."

Apabila anda menukar rangka masa dari tinggi kepada rendah, akan ada situasi di mana apabila ada data tersedia pada rangka masa lebih tinggi (cth. 1 hari) yang tidak tersedia pada carta rangka masa lebih rendah (cth. 1 min) disebabkan had intrahari telah dicapai. Dalam kes sebegini, anda akan mendapat mesej "Titik data tidak tersedia" di bahagian bucu kiri bawah carta dan Ulangan Bar akan membawa anda kepada bar paling terkini tetapi anda akan masih berada di dalam mod Ulangan Bar dan boleh memilih satu titik permulaan baru untuk ulangan dengan mengklik butang "Lompat Ke...".