Jenis carta tersedia di TradingView
Carta Super TradingView menawarkan 20+ jenis carta — dari garis klasik dan candlestick kepada pilihan termaju dengan penunjuk terbina dalam seperti Time Price Opportunity (TPO) dan Session volume profile (SVP).
Semua jenis carta boleh disesuaikan dan dilaraskan untuk memenuhi strategi unik anda. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan setiap satu, menjelaskan keupayaan mereka dan mencari contoh kegunaan mereka merentasi jenis dagangan berlainan.
KANDUNGAN:
Apakah jenis carta dan bagaimana untuk membaca mereka
Jenis carta adalah alatan pemvisualan analisis teknikal yang digunakan untuk memaparkan pelbagai maklumat, termasuk harga, masa, volum dagangan, ketidakstabilan dari masa ke semasa dan banyak lagi. Pedagang yang menyelidiki dan mencipta carta adalah dipanggil ahli carta, kerana ia adalah kaedah utama untuk memeriksa prestasi aset.
Anda selalu mendengar terma seperti "carta saham," "carta dagangan," "carta harga," "carta pasaran" — semuanya merujuk kepada carta analisis teknikal. Terma-terma ini digunakan secara bergantian tetapi semuanya bermaksud yang sama.
Pendekatan pemvisualan untuk menyelidiki aset boleh didagangkan dan data kewangan lain, carta menggunakan dua paksi — menegak untuk harga dan mendatar untuk masa. Semakin masa bergerak, garisan dan nilai-nilai carta akan bergerak ke atas dan ke bawah. tetapi sentiasa ke kanan, kerana kita — manusia — menganggap masa adalah linear. Akan tetapi, ada carta berdasarkan harga yang tidak menggunakan masa sebagai asasnya — mereka hanya menggunakan harga.
Jenis carta berbeza menggunakan kaedah unik kepada mereka untuk memplot garisan, bars dan elemen visual lain. Tetapi semua menggunakan data yang sama, yang datang dari bursa di mana aset didagangkan.
Sebagai contoh, apabila seseorang merujuk kepada harga saham Nvidia, mereka selalunya bercakap mengenai harga dari bursa Nasdaq — kerana itu adalah tempat penyenaraian utamanya untuk saham Nvidia.

Akan tetapi, saham syarikat yang sama — atau aset lain seperti mata wang kripto dan pasangan Forex — boleh didagangkan pada beberapa bursa secara serentak. Berhati-hati dengan ini, supaya anda tidak tersilap menggunakan data dalam dagangan anda.
Sebagai contoh, jika anda membuka carta Bitcoin dengan data dari Kraken dan Coinbase dan menggunakan jenis carta yang sama untuk kedua-duanya, anda akan melihat carta yang berbeza. Ini kerana jenis carta mencerminkan data khusus bursa — pedagang di Kraken dan pedagang di Coinbase meletakkan pesanan berbeza, yang mengakibatkan perbezaan harga.

Untuk memahami dengan lebih baik perbezaannya, mari pergi lebih jauh dan lihat bagaimana menggunakan jenis carta berbeza untuk mempertingkatkan analisis teknikal anda.
Jenis carta TradingView
Carta berbeza membenarkan anda melakukan jenis analisis berbeza. Mereka boleh dikategorikan bergantung kepada kaedah pemvisualan mereka, asas untuk pengiraan dan kes kegunaan yang diinginkan.
Carta berdasarkan masa dan harga
Seperti dijelaskan sebelumnya, carta boleh menjadi sama ada berdasarkan masa atau harga, bergantung kepada apa yang mencetuskan penampilan elemen carta baharu.
Carta berdasarkna masa: Menggunakan masa sebagai asas untuk melukis elemen carta baharu. Masa dipaparkan secara linear sepanjang paksi bawah (mendatar). Setiap elemen mewakili unit masa yang sama yang konsisten merentasi carta.
Sebagai contoh, pada carta bar empat jam ini, setiap bar mewakili empat jam dagangan. Jika anda menggerakkan kursor di atas bar, anda akan melihat masa permulaan bar tersebut. Semua aktiviti dagangan yang terjadi semasa empat jam itu akan dimasukkan dalam bar tersebut.

Carta berdasarkan harga: Tidak memfaktorkan masa — mereka melukis elemen carta sahaja apabila satu perubahan harga tertentu terjadi.
Sebagai contoh, carta Kagi melukis garisan menegak dan mendatar selagi pergerakan ke bawah atau ke atas berterusan. Dalam syot skrin ini, anda boleh melihat jarak yang sama antara garisan grid pada carta untuk enam hari pada satu bahagian dan tiga hari dalam yang lain. Ini kerana semasa tempoh enam hari, harga tidak menukar arah dengan cukup, jadi carta tidak melukis garis Kagi baharu.

Ada pepatah mengatakan bahawa carta berdasarkan harga "membantu pedagang menapis hingar masa." Akan tetapi, ini tidak selalunya benar — beberapa strategi dagangan bergantung kepada masa dan tidak melihatnya sebagai hingar.
Jenis carta berdasarkan harga TradingView yang tersedia adalah:
Jenis carta klasik
Carta garis, carta bar dan carta lilin adalah jenis paling umum disebabkan kesederhaan dan kelengkapannya. Mereka selalunya dirujuk sebagai jenis carta "klasik".
Yang pertama, mereka adalah tertua — dagangan paling klasik.
Yang kedua, hampir semua pedagang biasa dengan mereka, kerana mereka selalunya merupakan titik awalan untuk belajar analisis teknikal. Dan — selalunya dalam kes candlesticks — mereka mungkin semuanya yang anda perlukan untuk menyokong keputusan dagangan anda.
Di TradingView, carta garis dalam pelbagai jenis:
- Carta garis
- Carta garis dengan penanda
- Carta garis tangga
- Carta kawasan
- Carta kawasan HLC
- Carta Garisan Dasar

Bar diwakili sebagai:

Candlestick Jepun tersedia sebagai:

Jenis carta berdasarkan penunjuk
Semakin mendalam anda dalam pencartaan, anda akan akhirnya menyedari beberapa jenis carta memberikan lebih maklumat daripada sesetengah penunjuk.
Ini selalunya terjadi untuk jenis carta dengan penunjuk terbina dalam.
Penunjuk selalunya datang dalam dua bentuk:
- Pengayun: Dipaparkan dalam panel berasingan di atas atau di bawah carta
- Tindanan (overlay): Diplotkan terus pada carta bersama-sama bar, lilin atau garisan
Lihat pada syot skrin. Susun atur terpisah kita mengandungi dua carta lilin — satu di atas dan satu di bawah.

Carta di atas menggunakan lilin Jepun dengan penunjuk "Volum" sebagai tindanan dan "Volume Delta" sebagai pengayun.
Lilin menunjukkan kepada anda harga tinggi, rendah, buka dan tutup untuk setiap rangka masa dipilih — dalam kes ini, dalam satu jam.
Penunjuk "Volum" menunjukkan jumlah volum dagangan dalam unit — di sini, untuk saham Microsoft.
Penunjuk "Volume delta" mencerminkan perbezaan antara volum beli dan jual. Satu delta positif bermaksud pembeli adalah lebih kuat daripada penjual dan sebaliknya.
Bahagian bawah memaparkan carta Volume footprint. Ia menunjukkan lilin yang sama, jumlah volum dagangan dan delta volum — tetapi juga memvisualkan pengagihan volum beli dan jual pada tingkatan harga berebza dalam setiap lilin 1 jam.
Satu carta tunggal boleh memberikan anda lebih banyak maklumat daripada satu carta dengan dua penunjuk berasingan.
Di TradingView, anda boleh mengakses jenis carta berikut dengan ciri-ciri tersebut:
Carta SVP dan TPO tersedia sebagai penunjuk dan jenis carta.
Jenis carta lajur
Kedua-dua analisis teknikal dan asas selalunya digunakan bersama-sama. Metrik dan penunjuk mereka membantu pedagang dan pelabur menilai kesihatan pasaran sejagat dan ekonomi nasional.
Dengan carta lajur, penunjuk ekonomi seperti KDNK, kadar faedah atau kadar inflasi adalah dipersembahkan sebagai susunan lajur hijau dan merah, membantu anda mengenal pasti dengan mudah trend dan perubahan makroekonomi.

Lajur adalah tidak dihadkan kepada penunjuk kewangan pencartaan sahaja — anda boleh menggunakan mereka sesuka hati anda. Bandingkan bagaimana mereka memvisualkan data dengan jenis carta lain dan cari yang mana paling sesuai dengan anda.
Kesimpulan
TradingView menawarkan pelbagai alatan untuk melakukan analisis kewangan yang mantap. Jika anda baru memulakan perjalanan anda dalam dagangan, setiap jenis carta boleh menjadi titik masukan anda ke dalam alam dagangan.
Setiap jenis carta adalah unik dan menambah baik yang lain, membantu anda mencari jawapan sebelum anda melakukan lompatan. Each chart type is unique and compliments the others, helping you seek out the answers before you leap.
Untuk menguasai analisis teknikal, gabungkan jenis carta dengan penunjuk TradingView dan pelajari bagaimana menggunakan sepenuhnya susun atur TradingView.
Untuk menjadi lebih yakin dan menambah baik dagangan dan pelaburan anda dengan mempelajari kedua-dua analisis teknikal dan asas — dan pelajari semua yang anda perlu tahu mengenai Carta Super
Juga baca: